Friday, September 23, 2011

Open House Lagi??


Salam Sejahtera kalian :)


Esok dah Sabtu kan. Daku tahu, hari Jumaat lah hari paling best buat kalian kan.. Esok boleh releks-releks kat rumah :-)

Selamat berhujung minggu daku ucapkan buat kalian semua..


Pasti kalian sekarang masih dalam keadaan 'mood' beraya lagi kan. Betul tak?
Daku je la mood kerja sbb shift malam lagi esok...


Sempena musim perayaan ni, daku pasti kalian ada menerima banyak jemputan 'open house' dan beraya di rumah sahabat-handai atau ahli keluarga yang lain hujung minggu ni..


hmmm...kalau kita cakap pasal Raya dan open house ni mesti selalu dikaitkan dengan pertambahan berat badan...


"Alamak! Dulu kan waktu puasa berat badan

turun 5 kilo, dah Raya ni naik 7 kilo laa....."


Begitulah diantara rungutan yang biasa kita akan dengar. Lebih-lebih lagi dikalangan gadis-gadis dan wanita. Kan? hehe..


Sebab berlakunya perkara ini adalah kita tidak mengawal pemakanan kita. Lebih-lebih lagi dengan open house sana, open house sini.


Daku nak berkongsi 'sharing is caring' bersama kalian bagaimana kita boleh mengawal pemakanan kita dan berat badan kita di musim-musim perayaan seperti sekarang ini.


Berikut adalah tips-tips nya:

1. Banyakkan minum air kosong berbanding air manis. Dengan meminum air kosong atau air mineral, kita dapat mengurangkan nafsu makan disamping dapat me-nyah-kan tosik-tosik dalam badan.


2. Kalau kalian pergi 3-4 jemputan open house, pastikan ambil makanan dalam kuantiti yang sikit. Takpe ambil banyak-banyak jenis, tapi kurangkan kuantiti.


3. Kurangkan pengambilan makanan yang banyak minyak dan gula.


4. Perbanyakkan mengambil buah-buahan berbanding makanan lain. Kalau kat open house tu ada dihidangkan buah-buahan, jangan lepaskan peluang untuk mengambilnya.


Semoga kalian akan kekal sihat di musim perayaan ini dan selamat berkunjung-kunjungan daku ucapkan buat kalian semua....



Sekian....

6 comments:

  1. bila gi open house abis lupa tips ni, hikk...

    ReplyDelete
  2. caliph:
    hahaha betol2..men bantai je makan..dah lupa semua diet bagai..

    ReplyDelete
  3. org lain naik berat wanie lak turun..adoi..tips ni wanie xleh gune..keke

    ReplyDelete
  4. wanie: kita sama. makan turun ada la..hehe :P

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!