Sunday, September 18, 2011

Majlis Persandingan Ashraf Muslim


Sebelum ini, pasangan ini telah selamat diijabkabulkan di Kota Mekah pada 1 Syawal lalu. Majlis resepsi pelakon, Mohd Ashraf Muslim dengan pasangannya, Noor Dayana binti Lokman telah berlangsung pada semalam.

Majilis resepsi pelakon Ashraf Muslim, 30, bersama pasangannya Noor Diyana binti Lokman yang berlangsung di rumah pengantin perempuan di Villa Bestari, Kg. Sungai Pusu, Gombak, Selangor berlangsung secara sederhana tetapi meriah dengan kehadiran rakan-rakan, kenalan dan saudara-mara kedua-dua belah pihak pengantin .Dalam majlis ini, Ashraf dan Dayana tampil dalam persalinan berona putih dan lilac rekaan Ezuan Ismail. 

Pihak lelaki membawa sembilan dulang hantaran yang terdiri daripada Al-Quran, Telekung, Beg Tangan Salvatore Ferragamo, Jam Tangan Esprit, I-Phone 4, Sireh Junjung, dan kek. Manakala pihak perempuan membalas dengan 11 dulang hantaran. Antara buah tangan untuk pihak lelaki ialah Set Wangian Boss, Jam tangan Gucci, Al-Quran, Sepasang kasut Bally dan Cermin Mata Prada.


Majlis resepsi pihak lelaki akan diadakan pada 24 September hadapan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka.


gambar persandingan ashraf muslim


Bagaimana pun Ashraf menangguh rancangan berbulan madu kerana sibuk dengan urusan di pusat rawatan dan Diyana juga masih belum habis belajar. 


"Mungkin kami akan berbulan madu pada tahun hadapan iaitu selepas Dayana habis belajar. Kami telah memilih New Zealand sebagai destinasi pilihan,” ujar Ashraf Muslim"


Tahniah di ucapkan kedua mempelai dari cik azizah's blog >_<


20 comments:

  1. err, apsal tangguh sampai tahun depan? tak merasa la kihkih.

    ReplyDelete
  2. bila lak nak siarkan majlis perkahwinan aku ni jijah..hahaha..tahniah asraf..

    ReplyDelete
  3. kaler cm same wkt dorg tunang ri tu je...

    ReplyDelete
  4. Tahniah Ashraff. Memang peminat setia kaler putih ni. Hehe.

    ReplyDelete
  5. akhirnya . .
    boyfie CHP curang !
    die dah kahwin dgn org lain . .
    sedihnye . ..
    oh ASHRAF MUSLIM . .

    ReplyDelete
  6. chiLIeD:
    so sweet kan..pemalu la bini die..


    roti telur:
    dah merasa lah..eh merasa ape tu?? hehehe


    kiz:
    ala...bro kan pengantin lama..tak tersiar pulak dah..ngee~~


    mysara:
    haah kan yunk..mcm baju tunanh ari tu je..mesti bini die minat kaler purple.


    fadzmie mohamad:
    putih itu bersih dan suci. ekeke :p


    cik hijau purple vs nur faie:
    hahaha lambat sgt nak tunggu cik hijau purple..

    ReplyDelete
  7. sama cantik dan sama pada le depa berdua ni...

    ReplyDelete
  8. sweet lah mereka berdua! hop kekal bahagia hingga keakhirnye... :)

    ReplyDelete
  9. pelamin rekaan https://www.facebook.com/pages/Raja-Nurul-weddingfloral-artistevent/219472748080902

    ReplyDelete
  10. sweet je mereka ni kan..

    nmpk simple tp cun aje..

    ReplyDelete
  11. putih tu suci...hehehe ... sweet je dOrg ni..
    asyraf. selamat tinggal, knangan kita bersama akan ku semat di hati...hahahahaha


    http://khayalan27.blogspot.com/

    ReplyDelete
  12. pelamin rekaan https://www.facebook.com/pages/Raja-Nurul-weddingfloral-artistevent/219472748080902

    ReplyDelete
  13. sweet jer majlis kahwin diaorang ni..

    ReplyDelete
  14. bagai pinang di belah 2 kan..sama cantik sama padan!semoga perkahwinan yg di bina ni berkekalan..

    ReplyDelete
  15. sweet...
    smg mereka bahagia ke akhir hayat...

    ReplyDelete
  16. weee..tangguh honeymoon tu..ok je honeymoon kat umah pun boleh kan..hehe

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!