Majlis perkahwinan Norman Hakim dan Memey Suhaiza
memey dan norman
Majlis Persandingan Memey Suhaiza dan Norman Hakim di Kota Tinggi
6:49:00 PM
Pada hari Sabtu lepas, hanya sekali lafaz tepat jam 5.11 pm, Mohammad Norhakim Zakaria atau lebih dikenali sebagai Norman Hakim,35 sah bergelar suami kepada Suhaiza Suhaimy, atau dikenali sebagai Memey Suhaiza, 23 di kediaman pengantin perempuan, Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor.
Norman Hakim dinikahkan oleh imam Mukim Kambau, Zulkipli Tarmizi dengan mas kahwin berjumlah RM22.50 dan hantaran berjumlah RM24000. Sekitar gambar Majlis Pernikahan mereka di SINI.
Majlis resepsi sebelah pengantin perempuan telah berlangsung di rumah pihak perempuan pada hari ini Ahad dengan berkonsepkan perkahwinan dalam taman. Pakaian persandingan direka oleh Hatta Dolmat manakala untuk upacara memotong kek direka oleh Rizman Ruzaini.
Pada 28 September depan pula, majlis perkahwinan yang bernilai RM12 juta, akan diadakan di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur, ditaja sepenuhnya oleh jenama barangan kemas, Rafflesia.
Tema majlis perkahwinan itu berkonsepkan Kosmopolitan dan hanya 200 orang tetamu sahaja di undang iaitu pihak media dan selebriti. Menariknya Memey akan menyarungkan gaun pengantin pereka tersohor dunia, Vera Wang pada majlis perkahwinannya pada 28 September itu.
Menurut perancang perkahwinan mereka, Billbora, gaun yang menjadi pilihan selebriti Hollywood seperti Kim Kardashian, Mariah Carey dan Invanka Trump itu telah dibeli oleh Rafflesia, menerusi sebuah agen di Hong Kong.
Memey akan mengenakan dua gaun pengantin pada majlis tersebut dan salah satunya daripada rekaan Vera Wang yang berkonsepkan Bohemian. Bagaimanapun ia bukanlah ditempah khas sebaliknya dibeli oleh pihak Rafflesia yang inginkan kelainan pada majlis tersebut.
Sepasang lagi gaun yang akan dikenakan pula direka khas oleh tiga pereka tempatan daripada Rafflesia dengan bertatahkan mutiara gred A yang bernilai RM500,000.
Bagi pakaian pengantin lelaki pula, Norman akan mengenakan dua pasang sut tradisional Inggeris rekaan Lord's Taylor bernilai RM10,000 setiap satu.
Keempat-empat gaun dan sut pengantin tersebut akan dipamerkan untuk satu acara istimewa di Muzium Negara pada 26 November hingga 31 Disember depan.
Selain Rafflesia, Lord's Taylor dan Vera Wang, Profesor Datuk Jimmy Choo juga akan menghasilkan dua pasang kasut khas buat Memey yang bernilai RM300,000.
13 insan comel komen
huhu..smart gile kek:)
ReplyDeletecantiknya...
ReplyDeletebertuah badan dapat tajaan..
rm12 juta? fuh!!!
ReplyDeletekat kl nanti dengar kata,pengapitnya pelakon2 indonesia..
ReplyDeletesuka gila design baju memey...cantek !!!
ReplyDeletelawanya baju diee..... mahal pulak tu.. fuhhhhh
ReplyDeletekat kek pun ada pics dorg. sape nk kek? nk tgk la pics ms mjlis rm12juta tu...
ReplyDeleteMemey cantik..!!
ReplyDeletetahniah buat memey dan norman hakim..
ReplyDeletesemoga kekal hingga hujung nyawa..
asal memey nampak macam sgt kurus? diet ke? cbuk je tanya kan? ahaha
norman ni sama sekolah dengan akak...hahaha...oh! meluat okkkk
ReplyDeletedesign baju die memang cun gilossssss! baju je k..heee :P
ReplyDeletetak de tastenya baju pengantin memey.ahaks!
ReplyDeletehmm , sara tak berapa minat memey lha jijah . maaf ;) tapi , thanks atas perkongsiannya .
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!