CINTA Lama Biarkan Berlalu

Pernahkah anda terasa dalam hidup sentiasa ingatkan seseorang, ingin mendengar suaranya selalu dan kadangkala terasa dirinya begitu dekat...


Pernahkah anda terasa dalam hidup sentiasa ingatkan seseorang, ingin mendengar suaranya selalu dan kadangkala terasa dirinya begitu dekat meskipun jauh beribu batu? Jika ada, itu namanya cinta.

Cinta suatu elemen hidup yang amat misteri dan tersendiri. Ia sentiasa wujud bersama berdenyutnya nadi. Tidak kira apakah seseorang itu sudah berusia ataupun masih teruna  atau  dara, rasa cintanya tetap wujud. Jangan sangka orang yang sudah bongkok  sudah tidak memiliki cinta. Jangan sangka orang yang sudah kerepot sudah tiada cinta. Jauh di dalam cinta terus segar dan mewangi.

Kita sudah dibungkus kebahagiaan, ada kalanya kita masih teringat si dia. Walaupun semuanya itu sudah berlalu, dia terasa begitu dekat dengan kita. Kita masih ingat suaranya. Kita masih nampak senyum tawanya. Kita masih terdengar-dengar gurau sendanya. Rasanya baru semalam berlalu. Tahu-tahu usia kita sudah menghampiri setengah abad. Sudah bertahun rupanya dia pergi meninggalkan kita atau kita yang pergi membawa kejujurannya. Terkadang kita berasa sunyi dan mahu mendengar kembali semua yang pernah kita dengari dari mulutnya. Kita mahu dia mengulanginya. Namun tidak mungkin. Lantaran kita sekarang sudah hidup dalam persekitaran yang kondusif dan eleklusif, tersendiri amat.

Kata orang, kita sudah terlalu tua untuk kembali bercinta. Tubuh kita mungkin sudah tidak upaya tetapi minda dan harapan kita masih berbunga. Kita mereka-reka andaian itu dan ini. Angan-angan kita menerawang jauh. Imaginasi kita mereka sesuatu. Kita tersenyum dan menangis.

Wahai insan yang pernah bertakhta di hati, di manakah engkau sekarang? Apakah engkau juga sering teringatkan aku sebagaimana aku sentiasa teringatkanmu? Kita sering tertanya-tanya, di manakah dia? Kita sering memujuk hati kita supaya menerima hakikat bahawa dia ‘telah tiada’.

Tetapi hati kita sukar hendak percaya. Ia terus teringat dan ia terus mereka-reka cerita. Pernahkah anda teringatkan seseorang dan amat merinduinya. Anda mahu segera berada di sampingnya. Anda mahu dia mendengari anda? Itulah cinta namanya.

Misteri sungguh perasaan ini. Ia datang dan terus datang tanpa mempedulikan hakikat siapa kita lagi, dan siapa dia sekarang ini. Kita terus teringat dan terus teringat. Kita merindui suaranya, merindui gelak tawanya yang pernah kita simpan jauh di sudut hati kita. Kita ingin sekali mendengar kata-kata cintanya terucap lagi di telinga kita.

Itulah cinta. Ia misteri yang tidak pernah berjaya diberikan jawapan oleh manusia sejak dulu hingga kini. Tuhan menciptakan manusia bersama cinta dan kasih sayang. Bagaimanapun kita cuba menghilangkannya dan melupakannya. Tetapi  ia tetap kembali, dan kembali, dan kembali …….



You Might Also Like

8 insan comel komen

  1. tak payah la nk ingat old story.. merana nanti~

    ReplyDelete
  2. alamak sweet sgt entry nie tetiba rindu kenangan lama ^___^

    ReplyDelete
  3. suka entry ni. kena tepat kat diri sendiri. sbab aku selalu tringat 1st love aku yang aku duk suka selama 11 tahun. thanx for dis entry ye :)

    ReplyDelete
  4. kdg2 rasa mcm tu..bila dah mcm ni..tk de dah.. biarkan je kenangan tu pergi..

    ReplyDelete
  5. Pena hadir dan absen amalam di sini sahabat...
    Entry-nya bagus sahabat

    ReplyDelete
  6. selalu macam ne..teringat si dia yang kini sudah bahagia.dulu beria2 janji dengan si dia,akan cari kebahagian sendiri..tapi sebenarnya susah.sehingga temui cinta baru,perlahan luput kenangan dengan si dia.bak orang kata, 'yang pertama memang indah,tapi kedua dan seterusnya itu pasti lebih indah sebab kita takkan mengulangi kesilapan yang sama..

    eh eh,rasa cam nak nangis je baca entry ini.teringat dekat si dia yang tengah operasi.hehehe

    ReplyDelete
  7. cite lama memang tak dapat lupa kadang memang slalu datang bertandang bila ada benda yang wat kita ingatkan memori tu. yg penting hendel emosi kita bebaik :D

    ReplyDelete
  8. biarkan cinta lama terus berlalu kan..pandang ke depan.. teruskan kehidupan baru. hehe macam aku ade pengalaman pulak! ngehngehngeh

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!