Irma Hasmie Doakan Nabil Bahagia

Pelakon Irma Hasmie 29, memberitahu dia tidak akan menghadirkan diri ke majlis perkahwinan bekas kekasihnya, Nabil Raja Lawak 28, yang...




Pelakon Irma Hasmie 29, memberitahu dia tidak akan menghadirkan diri ke majlis perkahwinan bekas kekasihnya, Nabil Raja Lawak 28, yang bakal berlangsung pada 30 September ini.

Tindakannya itu bukanlah kerana tidak sudi melihat hari bahagia bekas kekasihnya, tetapi lebih kepada menghormati Nabil dan bakal isterinya, Nazirah.

"Saya tetap doakan yang terbaik untuk Nabil," ujar pelakon Irma Hasmie, 29 bila disentuh mengenai pernikahan Nabil yang bakal menjelang 30 September 2011.

"Tak manis rasanya, jika saya nak hadir ke majlisnya. Nampak agak pelik pula nanti bila bekas kekasih hadir dan saya tak mahu timbul perkara yang tak elok pula nanti. Lagipun inilah salah satu cara saya menghormati hari bahagia Nabil dan isteri.

"Apa-apa pun, saya mahu ucapkan tahniah pada Nabil. Mudah-mudahan Nabil dapat melayari bahtera perkahwinannya dengan rahmat dan keberkatan dari Allah," kata Irma yang sehingga kini tidak menerima apa-apa jemputan daripada Nabil.





"Saya tak pernah bermusuh dengan Nabil, jauh sekali dengan ahli keluarganya kerana saya juga agak rapat dengan adik beradik perempuannya. Saya pun tak suka nak bermusuh dengan sesiapa kerana takut tidak berkesempatan untuk meminta maaf.

"Jadi, saya tak mahu mereka berkecil hati dengan tindakan saya kerana saya masih menjaga hubungan baik dengan mereka. Tidak pernah putus walau apa juga sekalipun," katanya.

Bila ditanya mengenai teman hidup, Irma bagaimanapun mengakui masih belum mempunyai teman istimewa, malah sedang mencari seorang calon paling sesuai untuk dijadikan bakal suami.

"Bila kita dah tahu banyak benda mengenai ilmu agama, saya sudah mula faham apa yang kita perlu dan ingini dalam hidup ini. Perkahwinan merupakan satu fitrah dan sebagai seorang manusia biasa, saya juga punya keinginan untuk berkahwin.

"Saya akui kini saya sedang mencari calon suami dan bukan kekasih hati. Usia saya pun dah semakin meningkat dan saya perlu memikirkan mengenai pasangan hidup," tambah Irma lagi.


semoga Irma Hasmie bertemu jodoh yang terbaik buatnya..
Amin~~

]

You Might Also Like

28 insan comel komen

  1. Kan best kalau Irma ngan nabil..macam sweet je kan.tapi dah jodoh tak kekal lame..doakan jodoh nabil dan zira berpanjangan dan moga irma bertemu jodoh..aminnn

    ReplyDelete
  2. sy sanggup kut nak datang if perpisahan tu bukan disebabkan oleh sy.. :)

    ReplyDelete
  3. yang terbaik sdg menunggu irma...^^

    ReplyDelete
  4. irma pun dh ayu + sopan lagi.
    jodoh belum smpai.

    ReplyDelete
  5. Amin..moga irma dapat jodoh yang beriman

    ReplyDelete
  6. jiejah kpe dorg putus dlu eh..shida xtaw punca..sbb kontrovesi yg nabil terpeluk dgn dia msa anugrah brita harian tu ke? ke sbb isu gmbr nabil bcium tu..adehh..

    ReplyDelete
  7. ka irma sangat cantik laa. suke tgk :)

    ReplyDelete
  8. jodoh di tgn Tuhan....moga irma akan dpt yg terbaik untuk temani hidupnya

    ReplyDelete
  9. Die pon mnusia biasa.. Bgus uh stetment beliau ni..

    ReplyDelete
  10. dia pun dah ada pengganti dah kan?...

    ReplyDelete
  11. sweet & ayu jer tgk irma ni bertudung..Cantik..

    ReplyDelete
  12. cantek dah..syieda ingat patung tdi..^_^ upenye irma.. dah cantek dan manis dah die..

    ReplyDelete
  13. singgah sini fokus tgk irma hasmie jaa, hikk...

    ReplyDelete
  14. amin..ada yg terbaik tuk irma^^

    ReplyDelete
  15. cntik irma lagi .. pendapat ps la haha

    ReplyDelete
  16. irma manusia biasa juga.. huhu..

    ReplyDelete
  17. Cumel tol isma hanie ne..

    ReplyDelete
  18. Cun... malah mempunyai pandangan yang matang..

    Paling suka.."Saya tak mahu bermusuh dengan siapa... Takut tak sempat mohon maaf"


    Terbaekkk

    ReplyDelete
  19. orang yang tabah jar akan pergi ka majlis perkahwinan bekas kekasih ,.

    kalau itu jodoh nye ,. kita kene redha ,. bukan semua yang kita mahu ,. akan kita miliki ,. kita hanya mampu merancang ,.

    http://syazanasani.com

    ReplyDelete
  20. Manis penampilan irma...Semoga irma mendapat jodoh yang baik2...Amin..

    ReplyDelete
  21. lawanya irma....xjemu tengok :)

    ReplyDelete
  22. lawa nya orma..tak jemu tengok banyak kali pun :)

    ReplyDelete
  23. Erma tak kawin lagi sampai sekrang sebab tunggu aku la tuh.. muahaha3.. Lawa giler dia ni kan

    http://amirnawawi.com

    ReplyDelete
  24. comelnya irma..comel sgt!

    pelamin anganku musnah..sob..sob..:(

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!