Wednesday, September 14, 2011

Penyakit Herpes Simplex



Penyakit herpes iaitu Herpes Genital sangat mudah berjangkit. Penyakit herpes ini berjangkit melalui hubungan kelamin.

Apa itu Herpes

Penyakit herpes genital disebabkan oleh virus herpes simplex. Dua jenis virus herpes dikenal pasti: Virus herpes mulut atau HSV 2. Virus herpes genital atau HSV 1. Virus herpes menjangkit dengan memasuki luka kecil pada kulit atau lapisan mukosa. Apabila anda dijangkiti virus herpes, virus akan tinggal kekal di dalam tubuh. Virus herpes tidak akan hidup di luar tubuh badan anda. Oleh itu tidak ada risiko penularan melalui perkongsian guna tandas, tuala atau barang-barang lain yang diguna oleh orang yang mengidap penyakit herpes.


Tanda-tanda herpes
  1. Penyakit Herpes Simplex Jenis 1
Tanda-tanda herpes yang boleh dilihat ialah ruam,kudis berisi air di dalam mulut atau bibir. Ia diikuti dengan ulser mulut yang sakit. Tanda-tanda herpes lain ialah demam ,gusi bengkak serta merah, selaput putih pada lidah, bengkak kelenjar leher dan sakit-sakit otot. Organ mata dan sistem saraf juga boleh terlibat sama. Tanda-tanda herpes ini agak lewat terjadi,mungkin beberapa hari,minggu atau bulan kemudian.

  1. Penyakit Herpes Simplex Jenis 2
Tanda-tanda penyakit herpes simplex 2 biasanya kelihatan di faraj, zakar, kerandut zakar, punggung dan dubur. Virus herpes ini boleh menjangkit melalui seks oral. Simptom penyakit herpes ini ialah gatal-gatal atau sakit serta ruam di kawasan terbabit. Kadangkala berlaku pembengkakan kelenjar dan demam. Anda akan terasa sakit semasa kencing jika jangkitan virus herpes ini menjangkit zakar. Ruam ini kadang kala menjadi ulser. Lelehan cecair atau darah akan keluar dari ulser tadi. Ulser herpes genital akan sembuh dalam tempoh 2 hingga 4 minggu. Herpes genitalis berjangkit melalui hubungan kelamin tidak selamat.


Komplikasi herpes

Virus herpes tidak akan menyebabkan komplikasi yang teruk selain ruam pada kulit jika menjangkiti individu yang sihat. Pesakit HIV dan Aids dan pesakit-pesakit yang mempunyai sistem pertahanan imuniti yang rendah akan mengalami jangkitan herpes yang lebih teruk dan lama. Individu yang menghidapi virus herpes genitalis lebih berisiko untuk membawa penyakit-penyakit kelamin lain termasuk HIV. Jika ibu-ibu melahirkan anak dan mengalami ruam kemaluan disebabkan virus herpes genital, ia boleh menjangkiti anaknya yang baru lahir. Bayi yang dijangkiti akan mendapat komplikasi kerosakan otak, kebutaan atau kematian. Kadar jangkitan mudah berlaku dan lebih tinggi pada bayi sekiranya jangkitan herpes sedang aktif pada ibu semasa bersalin. tanpa kondom).


Rawatan penyakit herpes

Oleh sebab penyakit herpes diakibatkan oleh virus, setakat ini tiada ubat untuk menyembuhkan penyakit ini. Ubat antivirus oral seperti Acyclovir (Zovirax), Famciclovir (Famvir) dan Valacyclovir (Valtrex), digunakan secara meluas untuk rawatan simptom penyakit herpes ini. Ubat antivirus tersebut boleh membantu menyembuhkan ruam kulit dan mengurangkan jangkitan ulangan. Risiko jangkitan virus herpes kepada pasangan juga boleh dikurangkan dengan pengambilan ubat oral antivirus.


Pencegahan virus herpes

Amalkan seks selamat. Gunakan kondom. Jangan bertukar-tukar pasangan. Amalkan seks sihat. Lakukan dengan pasangan sah iaitu suami-isteri. Sekiranya dijangkiti virus herpes genital, beritahu pasangan anda. Tangguhkan aktiviti seks sehingga ruam pada kemaluan sembuh sepenuhnya. Gunakan kondom,jika perlu, bagi mengurangkan kemungkinan jangkitan virus herpes pada pasangan anda. Kekalkan sistem daya pertahanan kuat dengan gaya pemakanan sihat, sentiasa melakukan senaman badan dan rehat yang cukup. Elakkan bercium jika anda sedang dijangkiti virus herpes genital. Elakkan berkongsi makanan dengan orang yang ada ulser mulut.


Mengapa penyakit virus herpes boleh berulang-ulang?

Faktor-faktor yang menyebabkan jangkitan berulang: Kekerapan ulangan penyakit herpes berhubung kait dengan sistem pertahanan badan yang rendah. Sistem pertahanan badan rendah berlaku pada:
  1. Pemakanan tidak sihat
  2. Tekanan (stress)
  3. Pembedahan
  4. Amalan sek ganas menyebabkan luka pada alat kelamin
  5. Datang haid atau mengandung (perubahan hormon)



6 comments:


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!