Majlis perkahwinan Norman Hakim dan Memey Suhaiza
memey dan norman
Majlis Resepsi RM12juta Norman Hakim dan Memey Suhaiza
10:00:00 AM
Persandingan pasangan perlakon Norman Hakim dan Memey Suhaiza berlangsung penuh glamor malam tadi 28.9.2011.
Majlis tajaan Rafflesia yang dinamakan Rafflesia Pearl Wedding diadakan di Nirwana Ballroom, Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur.
Pasangan yang pernah hangat dengan kisah sensasi sebelum bernikah itu nampak mewah dengan perhiasan dan persalinan tajaan bernilai jutaan ringgit.
Mempelai masuk ke dewan dengan Memey mengenakan gaun bertatah mutiara Rafflesia bermutu tinggi yang direka khas. Dia juga dihiasi Rafflesia White South Sea Pearls dengan batu Zamrud.
Memey juga dilengkapi dengan sepatu jenama Jimmy Choo yang juga bertatah mutiara Rafflesia. Memey beruntung kerana dapat mengenakan dua pasang kasut rekaan khas Prof Datuk Jimmy Choo bertatah mutiara yang di anggarkan bernilai RM300,000 sepasang. Sementara Norman mengenakan kot hitam putih rekaan Lords Tailor. Kafling dan butangnya menggunakan mutiara Rafflesia.
sepatu jenama Jimmy Choo bertatah mutiara Rafflesia RM300000. nampak je simple tapi mahal wooo~~
Pada acara memotong kek Memey mengenakan gaun Vera Wang yang dibeli dari agen di Hong Kong. Dressnya ditatah dengan mutiara Rafflesia.
Selain bunga-bungaan segar dari jenis phalaenopsis, carla lilly, eustoma, matthila, apple blossom dan cherry blossom, mahligai ini diserikan dengan pelbagai hiasan menarik seperti kaki lilin, kotak cermin kaca, rumah lampu bewarna putih, buah-buahan plastik seperti anggur dan lilin yang akan melitupi seantero ruang dewan, di mana kos keseluruhan mencecah sekitar RM330,000.
Majlis bertema New York dalam hitam dan putih itu dimeriahkan oleh barisan artis tanah air yang turut bergaya sakan.
Istimewa mengenai mahligai ini apabila tidak akan ada pelamin seperti mana majlis perkahwinan masyarakat Melayu yang lain kerana konsepnya lebih memberi tumpuan kepada pasangan pengantin dan tetamu untuk beramah mesra, sama sebagaimana majlis resepsi di kota epal itu.
Miera Leyana, Julia Ziegler, Nurfathia dan Eina menjadi pengapit pengantin wanita manakala Afiq Muiz, Fizz Fairuz dan dua pelakon Indonesia Didi Riyadi dan Samuel Rizal mengiringi Norman.
Mereka mengenakan suit Lords Tailor. Tetamu dihiburkan oleh Fauziah Latiff, Azhar Osman, Farhan, Deja Moss dan koir pimpinan Khairy Leman.
Antara artis yang memeriahkan ialah Farahdhiya, Diana Rafar, Syafinaz Selamat, Didie Alias, Iqram Dinzly, Kilafairy dan ramai lagi.
p/s: ape yang korang perasan dalam resepsi ni? asal ikut macam perkahwinan dekat gereja eh. ke mata den salah tengok ni..emm Nauzubillah harap-harap tak. huhuhu
sumber: manggaonline.com,gua.com,ohbulan,beautifulnara
18 insan comel komen
membazir jela...huhuhu
ReplyDeletearap2 kekal la ye...jgn pisang b'buah dua kali sudeyhhh...weeeee~
membazir betul...ish ish..berbahagialah korang
ReplyDeletemahal dan cantik!
ReplyDeletemmg org putih punye style..cntik..
ReplyDeletemajlis juta-jutaan ..kalau lepas ni cerai mmg tak tahu lahhhhh ....
ReplyDeletewedding of the year lah konon..apehal pulak buat style camni ek..ramai betul tak puas hati dengan dorang ni..paling penting memey takde seri pun..
ReplyDeletetk nempk cam 12 juta pun.. kih kih
ReplyDeletemak aih.. berjuta juta... harap2 kekal lah ye
ReplyDeletedia kawen mahal sebab jenama terkenal yg taja dia. untunglah :)
ReplyDeletependapat jijah sama dengan pendapat cunndaa..
ReplyDeletedia kawen, ala2 kawen berkahwin mcm dalam gereja caranya...
membazir je smua nie...
KENAPE PERLU SEKSI??
ReplyDeleteok.....aku nak termuntah tgk depa pakai seksi sgt....omputih pon x seksi mcm nie...buat malu kaum =='
ReplyDeleteNape memey mcm takde seri ek? gadis pengapit dia lg cntik kot.. huhu cuma takde sifat2 pasangan pngantin Islam lgsung.. hmm.. dunia2..
ReplyDeletetaja kene pulang balik.. dah pinjam.. takde kemelayuan n keislaman langsung perkahwinan ni. sori bkn i jeles k.. tapi mcm chef wan ckp.. macam utk promosi jek... biarla perkahwinan yang sekali utk memey dan 2 kali utk norman tu dibuat kalo nak mewah pn terbitkan la ciri2 kemelayuan.. elok juga kalo ada khatam Quran n pengapit2 tu pakai la sopan2 skit.. camne la org x kondem melayu perasan or Islam sekadar nama tapi tidak pada perbuatan..
ReplyDeletetaja kene pulang balik.. dah pinjam.. takde kemelayuan n keislaman langsung perkahwinan ni. sori bkn i jeles k.. tapi mcm chef wan ckp.. macam utk promosi jek... biarla perkahwinan yang sekali utk memey dan 2 kali utk norman tu dibuat kalo nak mewah pn terbitkan la ciri2 kemelayuan.. elok juga kalo ada khatam Quran n pengapit2 tu pakai la sopan2 skit.. camne la org x kondem melayu perasan or Islam sekadar nama tapi tidak pada perbuatan..
ReplyDeletetambah dosa aku tgk gmbar2 nie.. T_T
ReplyDeletehrm...ye kan..POP pun rasa mcm xda unsur islam pun..tentang perkhwinan cm dkat gereja , maybe lah coz kan..asal pengapitnya mcm pengapit untuk gereja ..?? napa x pkai bju kurung je kew..lagi cntik..kan3...
ReplyDelete@KiDz Playlist
ReplyDeleteDisebabkan kita yg berugama Islam tidak memperbesarkan Islam lah maka orang lain merendah-rendahkan agama kita...
Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!