Tips Memperkukuhkan Ikatan Cinta

Bagi merealisasikan setiap impian berkenaan, pasangan yang bercinta sering mendambakan harapan supaya suatu hari nanti mereka mampu ber...



Bagi merealisasikan setiap impian berkenaan, pasangan yang bercinta sering mendambakan harapan supaya suatu hari nanti mereka mampu bersatu dan mendayung kebahagiaan bersama hingga ke akhir hayat. Namun bukan semua harapan itu dipenuhi. Ada kalanya setiap perhubungan diuji bagi mengenal sejauh mana kentalnya rasa kasih pasangan. Adakah anda tabah dengan dugaan yang diberi?


- Setiap insan ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang seseorang itu bertemu jodoh yang berada jauh darinya.

-Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakal, insya-Allah akan menemukan anda dengan pasangan.


- Banyak orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

- Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti magnet yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

- Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

- Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca al-Quran, memaafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

- Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan akan membenci anda.

- Harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangan pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

- Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama.

- Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

- Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

- Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.




selamat menjaga kebahagiaan cinta kalian..


You Might Also Like

16 insan comel komen

  1. Wah bagus tips ni..

    thanks ye jijah kongsi tips ni :-)

    p/s : moga jijah & couple ada kekal berpanjangan ke jinjang plamin & akhir hayat..

    ReplyDelete
  2. semua orang mahukan kebahgiaan tapi jika bukan jodoh kita teruskanlah mencari..

    doakan sy bertemu jodoh juga ya? :-D

    ReplyDelete
  3. jaga cinta n jga maruah bila bercinta :)

    ReplyDelete
  4. amin..mudah-mudahan kite semua jumpe jodoh yg tepat dan sepadan :)

    ReplyDelete
  5. percaya, jujur dan setia. enough:)

    ReplyDelete
  6. nice info..hope dpt jodoh yg terbaik dlm hidup..amin

    ReplyDelete
  7. intanberlian:
    Amin akak! InsyaAllah sampai seru akan bina keluarga bahagia hingga akhir hayat...


    yna:
    moga kamu juga bertemu jodoh yayunk! amin


    nonie:
    jaga maruah paling penting..


    arulchelsea:
    selamat beramal ^^


    amirah adnan:
    InsyaAllah semoga dipertemukan suami soleh..


    nuyui:
    InsyaAllah yunk!


    nazirulhazwan:
    jujur,setia paling utama kan..


    nelly:
    hehe maceh yunk! selamat berbahagia :D


    ika:
    akan dapat mr right! insyaAllah.

    ReplyDelete
  8. saya suka ayat2 tu...buatkan aku rse nak carik jodoh time ni gak!hehe

    ReplyDelete
  9. jodoh itu rahsia ALLAH..
    smg kita semua bertemu jodoh dengan orang yang beriman dan bertaqwa ke jalan yang diredhai Ilahi..

    ReplyDelete
  10. jodoh ditangan tuhan , jangan bersedih jika ditinggalkan kerna tuhan tahu apa yang terbaik untuk kita.

    http://khayalan27.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. Wow... best ni....

    Apa-apapun kena ikhlas kan?

    ReplyDelete
  12. nice tips my dear.. kepercayaan juga penting dalam sesebuah perhubungan.. insyaAllah, dgn kepercayaan sikap curang dapat dihalang..

    ReplyDelete
  13. aku:
    hahaha cr la jodoh cepat2..pastu kawen nikah...ngee


    cunndaa:
    InsyaAllah dia yang memimpin kita ke jalan yg benar...


    CTK:
    betul die..jgn terlalu bersedih mungkin ada hikmah disebaliknya..


    wuming:
    yup ikhlas bercinta kunci kejayaan sesebuah hubungan..


    zana adieyza:
    betul kak! jijah sokong tu..dgn kepercayaan kecurangan akan terhalang..

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!