Bajet 2012 PM Najib Kaji Naik Gaji atau Bonus Lumayan

Datuk Seri Najib Razak sedang mempertimbangkan bonus lumayan atau kenaikan gaji bagi 1.3 juta kakitangan kerajaan bakal diumumkan mener...



Datuk Seri Najib Razak sedang mempertimbangkan bonus lumayan atau kenaikan gaji bagi 1.3 juta kakitangan kerajaan bakal diumumkan menerusi Bajet 2012 untuk menangani kenaikan kos sara hidup dan juga menjamin sokongan tenaga kerja sektor awam pada pilihan raya umum ke-13.

Perdana menteri juga telah meminta Kementerian Kewangan agar mengkaji kos kedua-dua opsyen itu.

Langkah itu mirip pendekatan diambil bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2007, setahun sebelum menjelang pilihan raya umum ke-12.

Ketika itu Abdullah mengumumkan kenaikan gaji bagi 1.02 juta kakitangan awam sehingga 35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100 peratus.

“Najib sedang mempertimbangkan bonus satu bulan setengah untuk dibayar akhir tahun ini atau menaikkan gaji apabila mengumumkan Bajet 2012. Ia bajet menggunakan segala wang yang ada,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.



Najib (gambar) yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober ini.

Bulan lalu, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri. Ia melibatkan kerajaan kos RM2 bilion.

Kakitangan awam lazimnya dilihat sebagai asas sokongan bagi Barisan Nasional (BN) tetapi perikatan itu berhadapan dengan prestasi buruk pada Mac 2008 meskipun Abdullah mencatatkan penguasaan 91 peratus kerusi di Parlimen.

Najib berusaha untuk keluar daripada situasi 2008 dengan mengumumkan beberapa pembaharuan termasuk mahu memansuhkan beberapa undang-undang termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri sebagaimana diumumkan Khamis lalu.


Sekiranya kenaikan gaji bagi kakitangan kerajaan tidak dibentangkan dalam Bajet 2012. kemungkinan besar ianya di gantikan dengan pemberian bonus sebanyak sebulan setengah gaji yang di jangka akan di bayar pada penghujung Disember 2011 ini.


Mana satu pilihan anda??

Jika anda kakitangan kerajaan dan di beri pilihan, mana satu yang menjadi pilihan anda. Kenaikan Gaji untuk kakitangan awam? atau Bonus Sebulan Setengah Gaji dari kerajaan??




You Might Also Like

6 insan comel komen

  1. saya pilih naik gaji..huhuh

    ReplyDelete
  2. naik gaji la..............
    tambah2 gaji nurse ni kan... PM + rakyat kena nmpak bidang nurse nih.... =)

    ReplyDelete
  3. yg kktgn swsta ni tgk ajelah...

    waaaaa...

    ReplyDelete
  4. nek gaji lah...gaji dpt byk sket smpai pencen...bonus kejap aje abih...huhu

    ReplyDelete
  5. mana2 pun boleh..jnji ada..jgn tk ada sudah..

    ReplyDelete
  6. Naik gaji sb stiap bulan dibayar...dpt dua2 pn lg baik..

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!