Perkembangan Bayi Minggu ke-19

19weeks= 8/4/2013 Anda mungkin telah biasa dengan perubahan bentuk tubuh badan baru. Namun mungkin ada yang merasa bimbang jika p...



19weeks= 8/4/2013

Anda mungkin telah biasa dengan perubahan bentuk tubuh badan baru. Namun mungkin ada yang merasa bimbang jika perut anda terlanggar dengan apa-apa objek sementara anda belajar untuk mengimbanginya. Jangan bimbang dengan bayi anda di dalam tubuh anda kerana ianya dilindungi terhadap perlanggaran atau lebam-lebam.

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Bayi anda kini berukuran kira-kira 6 inci atau 15cm panjang dari mercu kepala ke punggung dan berat kira-kira 200 gram. Pada peringkat ini, kalenjar minyak sedang mengeluarkan verniks iaitu satu lapisan putih yang mengelilingi badan bayi sebelum ia dilahirkan.

Dia sudah mula menelan cecair amnion dan ginjalnya terus mengeluarkan kencing. Rambut atas kepala sudah mula tumbuh. Perkembangan deria memuncak pada minggu ini. Sel-sel saraf yang bekerja untuk setiap deria rasa, bau, dengar, lihat dan sentuh sedang berkembang di ruang-ruang khusus di dalam otak. Penghasilan sel-sel saraf menjadi lebih perlahan apabila sel-sel saraf yang sedia ada menjadi besar dan membuat hubungan-hubungan yang lebih kompleks. Jika kandungan anda itu perempuan, dia sudahpun memiliki sekitar enam juta telur dalam ovari. Menjelang kelahiran, dia akan memiliki satu juta.

Apa yang berlaku pada anda?

Bahagian atas uterus anda sudah mencecah pusat anda dan uterus akan membesar lebih kurang satu sentimeter per minggu. Tambahan berat badan anda pada masa ini antara 3.6 – 6.3kg. Daripada berat ini, hanya 200 gram sahaja berat bayi anda. Selebihnya adalah plasenta kira-kira 170 gram, pundi amnion kira-kira 320 gram, berat uterus kira-kira 320 gram, berat buah dada anda lebih kurang 180 gram setiap satu. Selainnya adalah pertambahan darah di dalam badan anda. Jantung anda pula sedang bekerja dua kali ganda mengikut keperluan darah yang sedang meningkat. Uterus dan kulit anda memerlukan dua kali ganda darah daripada sebelum anda hamil dan keperluan untuk buah pinggang pula sekitar 25 peratus.

Anda akan merasakan tendangan dan pergerakan tunggang terbalik bayi anda yang kian membesar. Ada masa-masanya, dia terlalu banyak bergerak sehinggakan anda tidak dapat tidur. Sepuluh minggu ke hadapan ini merupakan masa paling sibuk dan aktif bagi bayi anda, tetapi ini akan berkurangan apabila rahim menjadi terlalu sempit. 

Pengambilan nutrisi anda – Penggunaan herba semasa kehamilan.

Mungkin sebelum ini anda pernah menggunakan herba-herba dan botanicals, pil-pil atau serbuk untuk merawat penyakit. Kini setelah anda hamil, langkah yang bijak ialah meninggalkan kesemua herba-herba tersebut tanpa nasihat doctor. Mungkin daripada anda percaya bahawa herba-herba adalah selamat dan oleh itu anda terus menggunakannya tetapi ia boleh mendatangkan bahaya pengambilan semasa hamil. Bebarapa herba boleh mengganggu usus-usus serta bayi. Oleh itu setiap pengambilan herba mestilah mendapat nasihat doctor terlebih dahulu.


Doa Ibu Mengandung
Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Aminn..



You Might Also Like

24 insan comel komen

  1. jijah..pose la gambar nmpk pewut..hehe

    ReplyDelete
  2. Semoga bayi sihat selalu (^_^)

    ReplyDelete
  3. a'aa masa peknen kita kene berjaga2 dgn apa2 ubat yg kita nak ambik kan

    ReplyDelete
  4. a'aa masa peknen kita kene berjaga2 dgn apa2 ubat yg kita nak ambik kan

    ReplyDelete
  5. take care ye.. :)
    semoga selamat semuanya..

    ReplyDelete
  6. sseronok..bnyak info..ttg hal persiapan kawin hingga anak..best2..

    ReplyDelete
  7. Salam Jijah!

    nikmatnya saat jadi ibu mengandung..
    hope jijah n baby sihat...
    rajin2 ngaji tau jijah...
    moga dpt anak yg soleh/solehah..

    ReplyDelete
  8. take care dear .. mkn tu pantang2 ckit ye ... jg pemakanan demi anak yg sihat ....

    ReplyDelete
  9. @nens cellection jarang amik gambar sekarang ni kak.. nanti la yer..hee

    ReplyDelete
  10. @IntaNBerliaN betul tu kak.. kecuali vitamin2 yg doktor bagi..

    ReplyDelete
  11. @JaSSNaNi insyaAllah mudahan selamat..

    ReplyDelete
  12. @Mrs Velentine Alhamdulilah kak :) cepat sungguh masa berlalu..

    ReplyDelete
  13. @eMMe InsyaAllah moga dapat anak yg soleh n solehah.. Amin..

    ReplyDelete
  14. @eimahehe baiklah kak.. makan yg berkhasiat je sekarang ni..

    ReplyDelete
  15. afzal xnampak plak ada rambut.kalau tau baby tu dah ada rambut, afzal bagi dia sikat awal2 :P

    ReplyDelete
  16. bila selalu bc nanti tak pasan dah nak beranak kan..hihi

    ReplyDelete
  17. @afzalsukasuki hahaha main2 lah afzal ni.. nak jadi bapak dah..huhu

    ReplyDelete
  18. @nuyui a.k.a miss YUI betul tu.. terasa cepatnya masa berlalu..huhu

    ReplyDelete
  19. kak, org pregnant ni mudah hilang imbangan ke?

    tergerak nk tnye bila baca perenggan 1st tu..

    ReplyDelete
  20. @aisyahehe maksudnya bila ada perubahan tubuh badan baru mommy..mommy mudah terlanggar apa2.

    ReplyDelete
  21. Dah nk masok 19minggu..
    Tiap2 mlam dngar kn ayat2 suci at perot. Hehehe nti ase jntung bby laju jee..

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!