6 cara pikat suami supaya terus sayang

Rutin dan amalan ketika bercinta-cinta dulu haruslah kita kekalkan sehingga telahpun berkahwin. Ini dapat menjamin hubungan saling kasih-...


Rutin dan amalan ketika bercinta-cinta dulu haruslah kita kekalkan sehingga telahpun berkahwin. Ini dapat menjamin hubungan saling kasih-mengasihi agar ia terus mekar berbunga hingga ke akhir hayat korang berdua.


Berikut daku kongsikan bersama kalian 6 cara yang berkesan dan mudah untuk kalian amalkan sebagai seorang isteri.


Cara 1: Lakukan aktiviti kegemarannya bersama

Mungkin anda berdua mempunyai minat dan hobi yang berlainan.Tidak perlu pada setiap masa atau mengambil masa yang lama. Cuba lakukan aktiviti kegemaran suami anda bersama-sama bagi mewujudkan satu suasana yang harmoni diantara anda berdua.


Perkara ini juga dapat menunjukkan bahawa anda seorang isteri yang mengambil berat dan prihatin terhadap perasaan dan gaya hidup suami tercinta anda.


Cara 2: “Ikat dan tambat” perut dia

Anda perlu tambat perut suami anda dengan masakan. Tak perlu anda menjadi seperti chef yang berkerja di hotel 5 bintang. Cukup sekadar anda masak makanan di rumah dengan air tangan anda sendiri. Yang penting, ianya boleh membuatkan suami anda terus berselera dan kenyang makan masakan anda di rumah. Ini mampu menambahkan lagi rasa sayang suami anda kepada anda. Mereka akan menghargai pengorbanan anda dalam memastikan diri mereka sentiasa kenyang.


Tak pandai memasak? Usah risau, laburkan wang anda untuk menghadiri kursus masakan yang sekarang banyak boleh didapati bak ‘cendawan tumbuh selepas hujan’ di kawasan rumah anda tu atau di pusat-pusat bandar.


Cara 3: Luahkan kata-kata cinta

Jangan berat mulut untuk anda yang memulakan lafaz kata-kata cinta seperti “I love you”, “Saya sayang awak” dan sebagainya. Amalan ini patut anda teruskan walaupun anda sudah berkahwin. Kata-kata ini juga haruslah ikhlas dari hati dan pastikan anda luahkan pada waktu-waktu yang sesuai ye.


Cara 4: Pujuk dengan sepenuh hati anda

Hubungan suami-isteri tidak akan lari daripada perselisihan faham. Jika anda berdua terlibat dengan pergaduhan, cuba untuk pujuk semula suami anda. Jika selama ini anda memang suka dipujuk, apa kata sekali-sekala anda pula yang pujuk dia. Pasti suami anda akan “cair” dengan anda.


Cara 5: Gunakan panggilan manja

Bila anda dah berumahtangga, anda boleh panggil diantara satu sama lain dengan panggilan yang lebih manja bagi mengeratkan lagi ikatan kasih sayang anda. Anda boleh panggil dia baby, sayang, honey, papa atau bucuk. Ini boleh membezakan tahap hubungan anda berbanding hanya sepasang kekasih ketika bercinta.


Cara 6: Ringan-ringankan tangan untuk mengurut dia

Setelah suami anda pulang dari tempat kerja, anda boleh tawarkan diri untuk mengurut-urut dia. Ini boleh melegakan rasa letih dan tekanan suami anda dipejabat. Urut lah dengan penuh kelembutan. Kemudian, bolehlah anda berdua teruskan aksi yang seterusnya di dalam kamar beradu anda. Jangan pula anda tolak pelawaan suami anda pula ye jika dia meminta ^_____^



sumber bermanfaat dari KursusPerkahwinan.com


You Might Also Like

8 insan comel komen

  1. bab urut2 tu yg besh tu.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. hahaha...gatal ni!
    tolong dont be gelojoh macam entry solihin tu...hahaha
    tips supaya suami lagi syg...kena la buat...hohoho

    ReplyDelete
  3. Tips bagus ni ^__^.harap harap berkesan akan datang ^__^

    ReplyDelete
  4. wah bagus2..dah siap amik nota ringkas ckit..hehe

    ReplyDelete
  5. errr org lum kawin..leh baca ke ni?hahahah

    ReplyDelete
  6. @MaYa MustWany boleh je persiapan menjelang perkahwinan..ngee~

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!