Siti Nur Fatihah Hilang di culik

Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dipercayai diculik tiga individu termasuk seorang wanita ketika dalam perjalanan pulang ...





Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dipercayai diculik tiga individu termasuk seorang wanita ketika dalam perjalanan pulang selepas membeli kad prabayar bersama dua adiknya kira-kira 100 meter dari rumahnya di Taman Tas Kuantan.


Dalam kejadian jam 3 petang itu, Siti Nur Fatihah Mahadi, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan diseret ke dalam sebuah kereta Honda berwarna ungu gelap yang berhenti di depan kedai berkenaan sebelum memecut meninggalkan kawasan itu.


Ketika kejadian, Siti Nur Fatihah bersama dua adiknya, Muhammad Syahmi Aiman dan Siti Nurul Aisyah, 11, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka.


Menceritakan kejadian itu, Nurul Aisyah berkata, tiba-tiba kereta dipandu seorang wanita berhenti di depan mereka sebelum seorang lelaki yang duduk di belakang keluar dan menarik kakaknya masuk ke dalam kenderaan itu.


“Kakak menjerit kepada Muhammad Syahmi ‘Baby..tolong kakak’ sebelum dia dan saya cuba menyelamatkan kakak dengan menarik tangannya sekuat hati,” katanya ketika ditemui di rumahnya.


Ya Allah kenapa musim culik ni.. menakutkan je. padahal beli topup depan rumah je. mudah-mudahan adik Fatihah ni di jumpai.

You Might Also Like

7 insan comel komen

  1. macam ada motif aje. tapi sekarang nk jalan- jalan pun dah takut.depan orang ramai pun selamba je nk culik.mintak di jauhkan.

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan. Ngeri dengar...

    ReplyDelete
  3. ya ALLAH,mcm2 hal skg ni..moga cpt2 jumpa.

    ReplyDelete
  4. aduyai kena culik lagi ker...hope ending kes ni elok sikit drpd kes yg sblum2 ni...msia dh xselamat agknya utk budak2...

    ReplyDelete
  5. Dimana mana ada bahaya.mintak mintak adik fatihah dikembalikan semula kepada keluarga.

    ReplyDelete
  6. awasi lah anak2 anda..mane2 tempat tak selamat dah..

    ReplyDelete
  7. paper ari ni dok kata dia g ikut kekasih..planning..ntahla..

    mas rasa x kut..tapi kalau la betul hanya planning nk g ngan pakwe nya mmg asbestos la

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!