♥eMEDIK
penyusuan susu ibu
Bahaya Air Kepada Bayi Anda
8:00:00 PM
Salah tanggapan bahawa bayi yang menyusu ibu perlu di berikan air masih berlarutan walaupun telah banyak kajian saintifik membuktikan keburukannya...
Amalan ini telah di praktikkan sejak turun temurun di merata pelusuk dunia. Di Malaysia juga ramai ibu memberikan bayi mereka air masak sejak lahir.
Tanpa ibu sedari pemberian air sebenarnya boleh mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko yang membahayakan kesihatan bayi.
Antara lain, air merupakan salah satu anasir yang boleh:
1. Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. apabila perut bayi telah di penuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat di berikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. disamping itu kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran di kaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.
2. Merencatkan Akal
Menurut Pakar Laktasi dari Kanada Anne Kirkham pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang di serang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan 'Kernicterus' iaitu terencat akal. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tak bermaya.
3. Mengancam nyawa.
Air boleh membawa kuman. ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak di titikberatkan. Pencemaran boleh berlaku dari sumber ynag tak selamat atau bekas air yang tak bersih.Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang di hasilkan oleh susu ibu dan akan meyebabkan bayi kepada jangkitan.
4. Mengakibatkan Sawan tarik
Air sangat bahaya jika di berikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah,kembung atau sawan tarik. sindrom ni di panggil 'oral water intoxication'.
Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu di tambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air.
oleh itu,
jika anda fikirkan bayi anda haus,panas atau sembelitt..
beri bayi anda susu ibu sekerapnya...
misi azizah wad kanak-kanak :))
15 insan comel komen
bgus ilmu ni.
ReplyDeletetenkiu inform sebab selama ni tak pernah tahu pun..
ReplyDeleteitulah, org tua2 selalu suruh bagi minum air. kita ni mau tak mau jer.. huk huk
ReplyDeletejijah...
ReplyDeleteari tu mak mertua sha bagi air kosong pada baby sha. erm..die skang dah 2 bulan lebih. tapi baby dah minum susu formula..
agak2 boleh kena juga penyakit2 macam kat atas ni??
sila jawab misi dari wad kanak2 :P
ouh baru tahu ,,ilmu2,,thnx
ReplyDeletebaru tau ni akak..jadi, bila wktu yg sesuai nak bagi air akak..?hehe
ReplyDeleteentry yg bagus. baik untuk masa depan cik tikah ^^
ReplyDeleteooo xyah bagi air suam ek?oppsss..
ReplyDeletepost yang menarik. bayi yang diberi susu ibu sepenuhnya kurang untuk mendapat sakit.
ReplyDeleteAgreed!YM dulu masa BF Yayan, mmg tak bg air dah.Dah penuhi dada dengan ilmu breastfeed masa preggy, jadi alhmdulillah, tahu la sikit2.(^_^)
ReplyDeleteohh br tau..hee
ReplyDeletethankss jijah utk info y sgt bguna even lmbt lagi nak praktikkan..ngeee
sll gak nmpk ibu2 bg anak dia mnum air msk dlm botol kecil tu..igtkan mmg kena bg..wuuu
@Miss Tasantek yup..lagi mengalakkan punca2 di atas...susu formula umor 2bulan.. susu formula baby susah nak hadam tau..tu sebab baby cepat kenyang je..
ReplyDelete@Ckin Kembaq baby 6bulan ke atas sesuai bagi air :)
ReplyDeleteyeyy betul..nenek saya sebok suruh bg air masak kt anak saya..nasib baikk cucu degil..ahaha :))
ReplyDelete@Golden Lounge hehhe bahaya sebenarnya air masak ni..kdg2 tak bersih kan..
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!