Sorok mayat bayi dalam baldi

Disebabkan takut kerana melahirkan bayi luar nikah, seorang gadis berusia 22 tahun dari FELDA Lubuk Merbau Kuala Nerang  menyorok...





Disebabkan takut kerana melahirkan bayi luar nikah, seorang gadis berusia 22 tahun dari FELDA Lubuk Merbau Kuala Nerang  menyorokkan mayat bayi itu dalam baldi di bilik mandi rumahnya selama empat hari, sebelum rahsianya terbongkar pada Khamis lalu.

Gadis itu dikatakan melahirkan bayi perempuan yang sudah cukup sifat, tetapi tidak cukup bulan itu di rumahnya Isnin lalu tanpa disedari ahli keluarganya sebelum menyorokkan bayi itu di dalam baldi dan ditutup dengan pakaian di dalam bilik air rumah keluarganya.

Gadis itu mengadu sakit perut pada Khamis lalu, sebelum dibawa keluarganya ke sebuah klinik di tanah rancangan itu untuk mendapatkan rawatan tetapi petugas klinik itu menasihatkan dia dirujuk ke hospital.

Sehubungan itu, keluarga gadis berkenaan membawanya mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar dan doktor yang melakukan pemeriksaan mengesahkan gadis itu baru melahirkan bayi menyebabkan keluarganya terkejut.

“Berikutan itu, keluarga gadis terbabit membuat laporan polis keesokannya dan polis yang datang ke rumahnya bagi melakukan pemeriksaan menemui mayat bayi terbabit di bilik air rumah keluarganya.

“Siasatan awal mendapati bayi itu baru berusia tujuh bulan dalam kandungan. “Mayat bayi berkenaan dibawa ke HSB untuk bedah siasat,” katanya di sini, semalam.



Astagfirullah.. 

You Might Also Like

8 insan comel komen

  1. kejamnya lah..kalau dah buat dosa,jangan ditambahkan lagi dosa tu..semoga dia insaf

    ReplyDelete
  2. mcm sng je bt bayi mcm tuh huhu,mna la letak rsa kasihan pda dri??

    ReplyDelete
  3. macam macam zaman sekarang ni.

    ReplyDelete
  4. Ish2,ape nk jd lar remaja zmn skrg nih.

    ReplyDelete
  5. sampai hati buat mcm tu..

    ReplyDelete
  6. emm semoga adik ni kembali ke pangkal jalan nanti :)

    ReplyDelete
  7. kejam ...alahai dah tau ngandung nape tak bgtau kat family ..lambat laun family maafkan jua perbuatan die ...

    ReplyDelete
  8. kejam sungguh.. x rasa bersalah ke "bunuh" baby dia tu.. baik kasi aku ngoiii.. hukhuk.. geramm

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!