Bila Pra Bayar Prepaid,Pek Sim di kenakan cukai 6 % mulai 15 september

Tambah Nilai Pra Bayar, Pek Sim Dikenakan Cukai Perkhidmatan Enam Peratus Mulai 15 September aduhai...apabila prepaid pula dikenaka...



Tambah Nilai Pra Bayar, Pek Sim Dikenakan Cukai Perkhidmatan Enam Peratus Mulai 15 September

aduhai...apabila prepaid pula dikenakan cukai 6 % tak lama lagi. parah la kalau sebelum ni memang daku suka topup sikit-sikit. kalau sebelum ni selalu topup RM10 je. pasni dah meningkat menjadi RM10.60. wah 60sen tu berharga beb. tu kalau 1 keping dah 60sen. kalau RM50?? RM3 je semata-mata bayar untuk cukai. kalau dah beberapa keping mahu tinggal kepingan je daku ni. muahaha.

cukai ni merangkumi semua nombor. tak kira lah kalau korang ada nombor maxis,celcom,digi dll. kalau korang ada banyak nombor. memang TERBAIK lah! hahahaha






*******************

ini sumber dari mStar online

KUALA LUMPUR: Pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 Sept.

Pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui SMS bermula tengah hari ini mengenai cukai perkhidmatan itu, demikian menurut industri syarikat telekomunikasi Malaysia dalam kenyataan bersama di sini Khamis. Para pelanggan juga boleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan sekiranya mereka mempunyai pertanyaan lanjut.

Syarikat telekomunikasi itu berkata cukai perkhidmatan merupakan cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan sebagaimana yang disediakan dalam perundangan cukai perkhidmatan.

Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.

Ini sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.

Cukai perkhidmatan terhadap prabayar bukan baru kerana syarikat telekomunikasi telah menyerapnya bagi perkhidmatan prabayar mudah alih sejak pengenalan pada 1998.

Langkah yang diambil adalah bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berbanding pasca bayar, memandangkan kadar prabayar tinggi bagi panggilan dan SMS pada permulaan.

Dengan kadar prabayar berkurangan sejak bertahun, ia kini ditawarkan pada kadar yang amat kompetitif.
"Dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar, seorang pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen sebagai cukai perkhidmatan," kata kenyataan itu. - BERNAMA

You Might Also Like

18 insan comel komen

  1. bangang betol.. semua nk charge.. gaji xnk bg naik pulak. eee ni yg nk mrh nih..!!

    ReplyDelete
  2. ..alahai naik la pula.ada 3 nmbr ne...terpaksa la berjimat.huhuhu

    ReplyDelete
  3. kurangkan bermesej guna hp,
    tingkatkan bermesej guna fb.

    ^_^" suka ke tak suka tetap kena cukai...wuuu...

    ReplyDelete
  4. aien not alien:
    yup suka tak suka..kita tetap beli topup kan..

    ReplyDelete
  5. 6% tu..makin kurang la nak topup2 ni..huhu~

    ReplyDelete
  6. kenapa tak 60% je..adeh ..sabo je laa

    ReplyDelete
  7. adoyai,pasni tak yah topup lah pakai line terus..huk3 :(

    ReplyDelete
  8. naik tak naik..kita tk leh wat pe...

    ReplyDelete
  9. huhu......muflis terus la rkyt mlysia pasni kan.....sob sob sob......

    ReplyDelete
  10. aku guna public twos , haha ;p

    ReplyDelete
  11. terima ja la..huhu..

    p/s RT xpakai hp..kihkih..

    ReplyDelete
  12. awal2 pagi klmarin dh trima sms pasal ni.. stres laa, huh...

    *ehh, td drop comment cmni jgak tapi lupa kt mana, klau ada 2 kali kt sini sori yer :p

    ReplyDelete
  13. nasib anis topup sekali je sebulan..heeee

    ReplyDelete
  14. yeah2 ! pasni guna fb lak haha.sebabg je nak berjimat

    http://rimaalliq.com/category/agen-reload/ meh sini =)

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!