Lihat Kelemahan Diri Kita Dahulu

Kita terlalu banyak memikirkan apa yang berada di luar kita. Ramai orang menginginkan orang lain berubah. Malah, kadang-kadang kita berke...


Kita terlalu banyak memikirkan apa yang berada di luar kita. Ramai orang menginginkan orang lain berubah. Malah, kadang-kadang kita berkeinginan tetapi tidak kesampaian. Kita mahu orang berubah, kita bercita-cita mahu mengubah pekerja kita tetapi malangnya anak isteri kita tidak mampu diubah. Kenapa kita tidak mampu mengubah orang lain? Antara sebabnya kita tidak pernah memberi masa bersungguh-sungguh untuk mengubah diri sendiri.


Rahsia mengubah orang ialah dengan mengubah diri sendiri. Betapa besar pun hasrat untuk mengubah orang lain sekiranya tidak dimulakan dengan diri sendiri ia akan menjadi hampa.


Kadangkala hasrat untuk mengubah orang lain akan menjadi bahan ketawa. Orang di sekeliling kita akan menyaksikan cakap tidak serupa bikin apa yang kita laungkan.


Sebagai perbandingan elok juga kita fikirkan perbandingan ini. "Kalau kita hendak membina rumah apalah ertinya kita memikirkan dinding, pintu dan atap sekiranya tapak tidak kita bina". betul tak?..


Mulakan dengan dirimu,” kata pepatah Arab. Inilah kunci orang yang berjaya. Berani mengejek itu mudah, berani berhujah itu mudah tetapi tidak ramai orang yang berani melihat kekurangan diri sendiri.


Ramai orang berani melihat kekurangan orang tetapi jarang orang berani membincangkan kelemahan diri sendiri.


Sebenarnya mengubah diri dengan penuh sedar adalah juga mengubah orang lain. Walaupun tidak sepatah kata kita ucapkan untuk ubah orang lain, perbuatannya yang berubah itu menjadi ucapan yang sangat bererti bagi orang lain.


Memang pengaruh dari kegigihan mengubah diri tidak akan spontan dirasakan. Tetapi percayalah ia akan membekas dalam minda orang lain.


Makin lama orang akan simpati dan terdorong juga untuk turut sama berubah. Lantas bagaimana kaedah mengubah diri?



Pertama: Mulalah dengan mengubah diri sendiri. Bagaimana kita boleh mengajak orang berubah, sedangkan kita tidak berubah. Jadilah seperti 'ketam mengajar anak berjalan betul' nanti cakap tidak serupa bikin.

Kedua: Mulakan dengan melakukan perkara yang kecil. Perkara yang kecil-kecil jika dilazimi akan membantu dan memudahkan untuk melakukan yang besar-besar. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Perkara yang kecil jika sering diabaikan nanti berjangkit yang besar pun akan mudah diingkari. Banjir besar diawali dengan titik-titik hujan yang kecil.

Ketiga: Mulakan sekarang (Do it NOW). Jangan bertangguh lagi. Semakin bertangguh semakin melarat. Masalah yang kecil-kecil akan jadi besar jika dibiarkan.

Keempat: Paksa diri dengan sepenuh hati. Nafsu jika tidak dipaksa nanti jadi degil.

Kelima: Belajar menghukum diri sendiri. Kalangan sahabat pernah menghukum diri dengan berpuasa kerana mengumpat.

Keenam: Kena ulang dan ulang dan ulang dan ulang dan ulang kebaikan sehingga sebati dengan diri


selamat beramal ke arah kebaikkan ^^,


You Might Also Like

16 insan comel komen

  1. insyaALLAH..doakan yg terbaik semuanyaa...

    ReplyDelete
  2. dulu akk takut sgt nak fikir ttg kelemahan diri sendiri.. but lepas gie 1 ceramah motivasi, akk listkan kelemahan akk then akk cabar diri akk untuk perbaiki kelemahan tu.. setakat ni ada beberapa kelemahan yg akk dh dpt atasi.. tp masih ada gak kelemahan yg sampai skrg x leh ubah.. huhuhu.. but akan cuba berubah..

    siapa lagi yg nak ubah kalau bukan diri kita sendiri kan?

    ReplyDelete
  3. betu tu mula dgn diri sndiri insyallah jd ikutan :)

    ReplyDelete
  4. betoi3... jijah,suka la pic kartun tu.. comel je.. hihii

    ReplyDelete
  5. betul tu jijah..kene ubah diri sendiri jugak..ade orang pandai cakap je pada org lain padahal diri sendiri susah nak ubah..kan..bagus kalau ade kesedaran dalam diri masing-masing..^_^

    ReplyDelete
  6. nice sharing jijah.. mulakan dgn diri sendiri dulu ^^

    ReplyDelete
  7. betul2 apa yg cik jijah cakap..apa2 pun ubah diri sendiri dulu baru leyh dijadikan contoh buat org lain :)

    ReplyDelete
  8. memang tepat.. biasa org suka mencari kelemahan org lain, sedangkan tak sedar diri sendiri tu lebih teruk dari tu..

    jadi, perbaikilah diri kita dulu ye...

    thanx.. info yg menarik..

    ReplyDelete
  9. fuyoo...dear..kamu bukan nurse je but motivation people hehe..anyway jadi diri sendiri lebih penting dri menjadi owg len..betulkan dirisendiri is the right thing !!..like100x

    ReplyDelete
  10. sesuai utk fara yg otw nak berubah , thanks ! (:

    ReplyDelete
  11. Nice sharing. kena mula berubah skang!

    ReplyDelete
  12. Rahsia mengubah orang ialah dengan mengubah diri sendiri. Betapa besar pun hasrat untuk mengubah orang lain sekiranya tidak dimulakan dengan diri sendiri ia akan menjadi hampa.. Selamat beramal kawan2.. :)

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!