Petua Untuk Alih Hujan

DOA 1. Al-Fatihah : 7 kali 2. Surah Hud : Ayat 44 : 7 kali 3. Tambahan Doa : ''Ya Allah, palingkanlah da...



DOA

1. Al-Fatihah : 7 kali



2. Surah Hud : Ayat 44 : 7 kali



3. Tambahan Doa :

''Ya Allah, palingkanlah dari kami dan jangan (Engkau) menyusahkan kami, Ya Allah (Engkau gerakkanlah hujanini) tempatkanlah ke bukit-bukau, di tanah-tanah tinggi, di dasar-dasar wadi dan di tempat-tempat penumbuhan pokok-pokok (yang lebih memerlukan air)''



Doa berdasarkan sebuah hadith SOHIH daripada Anas Bin Malik; riwayat oleh Al-Bukhairy (no.1013) dan Muslim (no.897). Berkata as-Syaikh ‘Abdur Razzaaq bin ‘Abdul Muhsin Al-Badr dalam kitabnya yang berjudul “FIQHUL AD’IYAH WAL AZ-KAAR ; “AMALUL YAUMI WAL-LAILAH” (ms/241 cetakan Daar Ibnil –Qayyim dan Daar Ibni ‘Affaan).



Dalam hadith dan doa ini , menunjukkan bahawa dibolehkan pada syara’ untuk bermohon dialih atau dihentikan hujan; tatkala berpanjangan hujan tersebut serta semakin banyak dan (sampai) mencetuskan bahaya pula.



BAHAN

1. 7 ketul batu kerikil atau batu sungai

2. Jika bahan di atas tiada ambil 7 helai daun atau sebagainya.



KAEDAH PENGUBATAN

Hendaklah dibacakan doa di atas pada 7 biji batu kerikil sambil digenggam erat-erat, kemudian letakkanlah kesemua batu tersebut pada tempat yang tidak terkena titisan air hujan seperti dipenjuru atas gelegar bumbung atau sebagainya. InsyaAllah dengan izin Allah hujan akan beralih ke kawasan lain sehinggalah selesai semua keperluan dan hajat yang dipohon. Dinasihatkan agar membuang semula batu kerikil selepas selesai semuanya ke dalam air sungai yang mengalir. Yakinlah di atas segala pertolongan Allah SWT.










p/s: biasa orang cuba untuk majlis perkahwinan kan..



You Might Also Like

16 insan comel komen

  1. mcm tu..banyak org guna cra salah..

    ReplyDelete
  2. slalu dgunakan jika ada sbrg majlis..

    ReplyDelete
  3. Nanti kalau WuMing perlu.. boleh jemput Cik Jijah nii...

    Mana nak tau.. kot-kot nak buat kenduri kat rumah....

    ReplyDelete
  4. hehe kak nnt tolong doakan tolak hujan waktu sy wedding nnt ye hehhe

    ReplyDelete
  5. ada kepercayaan karut orang kita untuk buang baju atau kain tuan rumah atas bumbung rumah konon2nya untuk mengelakkan hujan...

    ReplyDelete
  6. chiLIeD:
    cara salah guna baju campak kat bumbung rumah kan..


    nuyui:
    yup..untuk elakkan dari hujan..


    wuming:
    hehe panggil ustaz..jijah tak pandai..ngehngehngeh


    alif haris:
    hahaha boleh2...bila nak wedding tu..:P


    khairil:
    kalau xde batu sungai dorang baling la baju tuan rumah kat atas bumbung..hahaha

    ReplyDelete
  7. tak leh caye kan cik jijah??

    ReplyDelete
  8. Wah!! nak copy la.. kot2 berguna suatu hari nnt..

    ReplyDelete
  9. arulchelsea:
    hehe tu la org tua2 kaya dengan pantang larang..tapi betol kan..


    wanie:
    leh cayalah yunk..kalau tak berhujan la kenduri kawen hang nanti wanie. hehe


    zaiya:
    silakan yunk...memang berguna :D

    ReplyDelete
  10. terima kasih jijah share petua ni..dulu kalau tak silap kalau ade sesape nak kawen kan..untuk elakkan hujan,die akan baling bra pengantin kat atas atap untuk elak hujan..first time dengar..tapi xthu la hujan ke x..huhu

    ReplyDelete
  11. bro khairil org lama
    lagi mcm2 tahu hehe

    ReplyDelete
  12. bila panas terik, nak hujan..
    Bila hujan.. Tak nak plak?
    Ho-ho-ho!

    ReplyDelete
  13. azhafizah:
    ala apesal tak tanya..nak tahu betol ke tak petua die tu.hehe


    terbelog:
    ha betol tu..bro khairil cakap je ade la komennya nnti..


    my name is mar:
    hujan habis la pelamin anganmu musnah..ribut taufan..adeh..kalau panas minum air umah kawen byk2..hahaha

    ReplyDelete
  14. bagos tu mmg bagos petua nie, tp aku rase perbuatan diatas ade prkara bidaah..kita patot brdoa dn brsyukur diatas hujan yg turun..aku suka hari2 hujan..nie nk men alih2 plak hujan..rujuk la dgn ustaz2..takot bila kita amalkan petua nie, lari aqidah kita..sori..just bg pndangan je..tq..slamat hr raya..

    ReplyDelete
  15. syab9:
    hee xpe2..ni nak alih sebab kalau buat sesuatu kenduri..nak ke majlis kawen anda hujan ribut bagai..emm

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!