berita terkini
tahun baru
Bayi tahun baru 2012
9:00:00 PMSejumlah 43 bayi Tahun Baru 2012, terdiri daripada 25 lelaki dan 18 perempuan, dilahirkan di empat hospital kerajaan dan tiga hospital swasta di ibu negara hari ini.
Seramai 12 bayi lahir di Hospital Sungai Buloh, diikuti 11 di Hospital Ampang, 10 di Hospital Kuala Lumpur (HKL), empat di Hospital Kajang, tiga di Pusat Perubatan Sime Darby, dua di Prince Court Medical Centre (PCMC) dan seorang di Pantai Hospital Ampang.
Tiga daripada bayi itu lahir secara "caesarean" di HKL dan seorang di PCMC.
BAYI 2012: Puvaneswari Thirunganam, 35, (kiri) memangku bayi lelakinya manakala Ng Ping Yee, 36, memangku bayi perempuannya yang dilahirkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya hari ini. Kedua-dua bayi itu adalah antara 43 bayi tahun baru yang lahir di Kuala Lumpur
Hospital Sungai Buloh menyambut bayi pertama tahun baru perempuan seberat 2.19kg pada 12.25 tengah malam, kedua juga perempuan seberat 2.06kg pada 12.38 pagi dan bayi lelaki seberat 3.27kg pada 2.59 pagi.
Sementara HKL menerima bayi pertamanya seorang lelaki seberat 3.25kg pada 12.34 pagi, diikuti oleh bayi lelaki juga pada 1.46 pagi, seberat 2.55kg dan bayi perempuan seberat 2.76kg pada 2.59 pagi.
Di Kedah, seramai 47 bayi tahun baru selamat dilahirkan di lapan hospital kerajaan.
"Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar mencatatkan jumlah kelahiran tertinggi iaitu 17 orang, diikuti Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani 14 orang, dan Hospital Kulim 11 orang".
Beliau berkata, di daerah lain iaitu di Hospital Sik, Kuala Nerang, Jitra, Yan dan Langkawi masing-masing menerima kelahiran seorang bayi.
wah untunglah lahir tahun baru 1.1.12 :) seronok seronok. teheeeeeee~~ kalau jijah pon hujung tahun la bersalin kalau ada rezeki. 12.12.12 amacam ok tak?? wink wink ^_^
13 insan comel komen
untung kan jadi baby tahun baru...satu dunia menyambut tarikh lahir mereka...hehehe
ReplyDeletesenang ingat kalau dapat tarikh cam tu..
ReplyDeletesenang ingat kalau dapat tarikh cam tu..
ReplyDeletesenang ingat kalau dapat tarikh cam tu..
ReplyDeletebertuah jadi baby tahun baru ^__^
ReplyDelete12.12.12 wah tak sabar plak dia nak bersalin..haha
ReplyDeletesaya juga bayi tahun baru,,,:))
ReplyDeletehehehe..smoga jijah cpt2 prgnant lepas ni.:)
ReplyDelete@Kiz hahaha ade rezeki jgn di tolak..hehe
ReplyDelete@_mauhaha_corner wah tahniah yunk!
ReplyDelete@Juliet_iRa~" Amin...harap2 begitu lah..
ReplyDeletewahhh... 1/1/12... cun tarikh lahir diorang :)
ReplyDelete@Ardini Humaira cun..setiap tahun di sambut..hehe
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!