Petua Membeli Kasut Perkahwinan

Assalamualaikum ^^ Semasa upacara persandingan banyak juga mata memandang dari kepala hingga ke kaki. tak lupa juga kasut penganti...



Assalamualaikum ^^


Semasa upacara persandingan banyak juga mata memandang dari kepala hingga ke kaki. tak lupa juga kasut pengantin memainkan peranan penting dalam upacara perkahwinan. apabila kasut yang di pakai cantik,seragam dengan penampilan pengantin ia akan menimbulkan rasa puas bagi tetamu yang memandangnya.

Tips membeli kasut pengantin ini juga boleh di amalkan. Selamat mencuba ~~


Tentukan belanja yang diperuntukkan untuk membeli kasut pengantin. Peruntukan memainkan peranan yang besar dalam menentukan jenis kasut pengantin anda. Jika peruntukannya agak tinggi, anda bolehlah menempah khas tetapi kalau terhad, ada banyak kedai kasut yang menjual kasut yang sesuai pada harga yang berpatutan.
Utamakan keselesaan kerana pengantin tidak seharusnya berjalan terjengket-jengket, lebih lebih lagi jika majlis diadakan di dewan atau hotel. Untuk mengelakkan kaki melecet, eloklah kasut itu dicuba pakai semasa di rumah supaya ianya lebih serasi. Ataupun, pakailah losyen untuk melicinkan bahagian tumit kaki. 
Pentingkan seri atau keanggunan kasut tersebut. Ianya mestilah cantik dan menimbulkan rasa puas terhadap sesiapa yang memandangnya.
Ketinggian kasut juga harus diambil kira kerana ia mestilah sesuai dengan ketinggian pasangan. Tentu tidak padan jika pengantin perempuan yang tinggi lampai mengenakan kasut bertumit tinggi sehingga melebihi ketinggian pengantin lelaki.
Seelok-eloknya kasut pengantin sepadan dengan fabrik baju pengantin. Setengah pereka fesyen yang menjahit pakaian pengantin akan menggunakan cebisan fabrik pakaian sebagai hiasan kasut. Ini akan menimbulkan keseragaman ke atas keseluruhan penampilan pengantin. Jika baju pengantin itu disewa, mungkin pengantin boleh memilih kasut berwarna emas atau perak, bergantung kepada warna baju pengantin.
Pilih rekaan kasut yang bersesuaian dengan bentuk kaki anda. Bukan semua orang sesuai memakai kasut yang terbuka. Lebih selamat dan untuk menutup parut-parut yang mungkin ada di bahagian kaki terutama di bahagian jari-jemari, pilihlah kasut yang tertutup.


You Might Also Like

14 insan comel komen

  1. kasut yg selesa buat kita lagi yakin masa sanding..

    ReplyDelete
  2. kalau nak senang, kasut pengantin tu sekali pakej dengan baju. hihi. Sewa je. Kalau nak beli sendiri untuk sekali guna, memang tak berbaloi.

    p/s: Eza tak pandai jalan guna kasut tumit tinggi. -_-'

    ReplyDelete
  3. dulu, yayansmum pilih yg comfort and boleh pakai hari2 biasa, g ofis ke.etc..jimat sket...2 dlm 1.yelah, klu dah penuh ngan bling!bling! tu alamatnya, jadi perhiasan jelah lepas tuh...hehe

    ReplyDelete
  4. kak jijah nk pakai kasut warna apa nanti?

    ReplyDelete
  5. yerp..betul tu..jangan hanya cantik dipandang tapi perlu selesa juga.^__^

    ReplyDelete
  6. wat style yayan..jimat..n berbaloi.skong cra dia coz sama cra akak mas.hihihi

    tak sabar nak skodeng kasut jijah.

    ReplyDelete
  7. wuwuwu nice sharing! untuk mase depan.. hihihi

    ReplyDelete
  8. kasut dni tlupa nak pakai ;p
    pastu lupa bawak lak tu ke miri haha

    ReplyDelete
  9. saya org seterusnya mndoakan jiejah pregnant :)

    ReplyDelete
  10. ciksu dulu pakai kasut pakej dengan baju..

    warna turqoise.. hihi

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!