Final MasterChef Malaysia Malam ni

MasterChef Malaysia PADA malam ini program realiti televisyen MasterChef Malaysia, bakal menyaksikan persaingan sengit antara dua...


MasterChef Malaysia


PADA malam ini program realiti televisyen MasterChef Malaysia, bakal menyaksikan persaingan sengit antara dua peserta yang berjaya mara ke peringkat akhir dalam merebut gelaran MasterChef Malaysia.

Program realiti yang berasaskan dunia masakan itu akan mempamerkan kehebatan graduan perubatan pergigian, Ezani Farhana Md. Monoto, 26, dan pekebun Wahidan Ag. Supain, 42, dengan mengangkat senduk dan sudip pada malam ini.




Bakal bersiaran pada pukul 9 malam di saluran Astro Ria (saluran 104), Santapan Penamat MasterChef Malaysia membariskan juri-juri profesional yang terdiri daripada Chef Moh Johari Edrus, Chef Zubir Mat Zin dan Chef Mohd. Nadzri Redzuawan.

Juara MasterChef Malaysia akan meraih hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 selepas berhempas-pulas melunaskan beberapa cabaran sepanjang 60 episod yang disiarkan sebelum ini.




siapakah bakal juara?? sama-sama kita saksikan MasterChef Malaysia malam ni :)


You Might Also Like

10 insan comel komen

  1. siapa kah juara?..tunggu.

    ReplyDelete
  2. hope izany.hihihi
    suka dia dari mula.hihihi
    abg wahidan pun ok gak,mula dari bawah n meningkat.tak sabar malam ni.hihihi

    ReplyDelete
  3. harap2 Ezani menang..."MasterChef Ezani"

    ReplyDelete
  4. @Azzahyey kita tunggu dan lihat!

    ReplyDelete
  5. @MaYa MustWany jijah pilih uncle wahidan kot..sebab die pekebun kan..biarlah die menang..ehehe

    ReplyDelete
  6. @Myboilerhuhuhu ezani pon oke..tapi jijah lebih kpd wahidan :)

    ReplyDelete
  7. ezani sudah menang!pasni kita join masterchef yuk jijah..hehe..season 2 ye

    ReplyDelete
  8. @Azhafizah[フィザ] alamak...tak berasap la kitchen tu nanti yunk oi...

    ReplyDelete
  9. dni tak dapat tengok, sobssss

    ReplyDelete
  10. @Ardini Humaira hehe taakpe..Dr ezani yg menang..hehe

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!