Tuesday, January 10, 2012

Tema Koleksi Pertama Setem Pos Malaysia Warisan Tenun






Pos Malaysia dijangka mengeluarkan 13 koleksi setem istimewa pelbagai tema sepanjang tahun ini, menurut Ketua Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia, Yasmin Ramli.

Bagi tahun ini koleksi pertama setem dan filateli yang akan dikeluarkan bermula Khamis ini ialah koleksi setem bertemakan warisan tenun yang memaparkan lima jenis warisan tenunan iaitu Songket, Kain Cindai, Sutera Cina, Pua Kumbu dan Rangkit.

Pos Malaysia memilih koleksi ini sebagai koleksi pertama bagi tahun ini kerana bagi menghargai seni tekstil dan warisan tenun tradisional yang telah diperkenalkan oleh para pedagang semenjak 2,000 tahun lalu lagi.

Setiap denominasi setem berukuran 35mm x 45mm yang dicetak di atas kertas tera ais bersalut fosfor dijual 60 sen setiap satu, manakala sampul surat hari pertama berharga 50 sen yang dicetak sebanyak 30,000 unit boleh dibeli di pejabat-pejabat Pos di seluruh Malaysia pada Khamis ini.

Folder berharga RM5.50 tiap satu bagaimanapun hanya boleh didapati di pejabat pos terpilih sahaja. – BERNAMA



tak sabar nak beli setem banyak-banyak ni. nak pos kad kawen untuk korang ni. nak tak..teheeeee~~ abg daku posmen kot-kot leh dapat harga borong. muahaha^^ verangan lebih

18 comments:

  1. nak kad kawen 1 bole..nak pergi jauh..

    ReplyDelete
  2. dah lame tak kumpul setem..kat umah byk setem hasil hobi dulu2..nak setem 30 sen macam dulu..dah xde kan sekarang ni

    ReplyDelete
  3. nice :) hehee baru comel mcm nih hehee..

    ReplyDelete
  4. Dulu2 minat jugak kumpul setem sekarangg nan adooo. Minat blogging pulak. HEHEHEHE

    ReplyDelete
  5. @Azzahboleh je sis...t jijah mintak alamat yer..

    ReplyDelete
  6. @sarah mohamad haha semakin mengikut peredaran zaman kan yang..

    ReplyDelete
  7. Lama dah tak tengok setem. hee. Dah ada keluaran terbaru. Wah, semakin maju.

    ReplyDelete
  8. dulu memang ada kumpul setem..sekarang tak lagi....setem lama tu tah mana pergi tah..ahha

    ReplyDelete
  9. waaa..kna beli setem ni,mcm mnarik je,hikhik..

    tnggu kad kawen jijah la,boleh simpn setem tu..hakhak..

    ReplyDelete
  10. wah!! mesti cun setem nie, tenunan tema dia.. baru nampak Malaysia sikit.

    ReplyDelete
  11. kak long nak beli borng gak ni, nak kne pos kad kawin kat kawan1...boleh ke sayang beli borong? harga murah sikit kan? heheheh :)

    p/s: cik puan azizah, kak long dah flw awak....exchange link ok? :)

    ReplyDelete
  12. jijah, nt anta kad kawen pakai setem ni taw~

    ReplyDelete
  13. cntik gak tu.. xpernh wat koleksi..hikhik.

    ReplyDelete
  14. @::♥~naiemah_ramli~♥:: boleh je..t jijah pos kad kawen tu leh simpan setem tu sekali.hehe

    ReplyDelete
  15. @kaklong tak leh beli borong la kaklong..hee ni pos..kalau kedai biasa boleh la beli murah2..ekeke :p

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!