kisah artis
Zaquan Minta Rita Rudaini Tidak Sebar Fitnah
9:51:00 PM
Bintang bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha Abd Radzak menasihati kakak iparnya, pelakon Rita Rudaini Mokhtar agar tidak menyebarkan fitnah kononnya dia telah melakukan perkara tidak baik terhadap seorang wanita.
Zaquan berkata tuduhan yang ditulis dalam entri Twitter milik Rita itu adalah sebagai satu ugutan yang bertujuan untuk memalu serta menjatuhkan maruahnya sebagai orang yang dikenali.
Terlalu banyak tuduhan berbaur negatif yang dia (Rita) lemparkan kepada saya. Terus terang saya katakan, dengan apa yang ditulis dalam Twitter itu sebenarnya berbaur ugutan kepada saya.
Sudahlah ibu dan ayah saya tidak sihat, jika mereka dapat tahu tentang hal ini, mereka pastinya kecewa.
Inilah entri Rita Rudaini yang ditulisnya pada petang Selasa menyelar individu tertentu.
Dalam entri Twitter Zaquan, meluahkan rasa kecewa terhadap seorang individu yang tidak pernah pulang ke rumah untuk menjenguk mertua.
Malah Zaquan meminta individu berkenaan tidak mencari masalah dengan sikapnya yang dilihat semakin melampaui batas.
Zaquan Adha meluahkan perasaan marah dalam Twitter miliknya pada entri petang Selasa.
Tambah Zaquan melalui Twiter terbabit, jika dia menjadi “batu api” dalam kemelut yang melanda keluarga, ia adalah disebabkan keinginan dia untuk menyelamatkan abangnya daripada seseorang yang dianggap kejam.
Dalam pada itu menurut Zaquan, dia enggan memberi komen tentang perbalahan antara mereka kerana risau jika isu tersebut akan memburukkan lagi keadaan dan keluarga.
Saya tak mahu komen tentang perbalahan kami ini. Orang ramai boleh menilai sendiri dengan apa yang ditulis dalam entri Twitter saya itu.
Tuduhannya sudah melampau dan saya tidak boleh bersabar dengan dakwaannya itu. Kerana itu, saya membalas setiap apa yang dituduh.
Bagaimanapun, Zaquan mengakui dia menyesal dengan entri tersebut yang boleh mengundang suasana “panas” terhadap individu yang dimaksudkan.
Sementara itu dalam entri Twitter milik Rita Rudaini pula, pelakon itu sekali lagi menyelar pihak tertentu yang cuba mencampuri urusan rumah tangganya sehingga tahap kesabaran dia telah hilang.
yang penting den suko rita n aidil,zaquan n ayu.peaaaceee :P
13 insan comel komen
mcm2..isk2..huu
ReplyDeleteira suka rita..:)
suka lakonan dia je la..huuuu
perghhhhh...hot citer ni kak..hahahaha
ReplyDeletekenapa lah hal keluarga diorang besar2kan..sesama diaorang sendiri sudahla.harap diaorang settle secara baik..
ReplyDeletetak tau antara merka berdua ni yg mna betol & salah kn..huhu..mcm2 skrg ni =.="
ReplyDeleteermm..macam2 perangai orang..
ReplyDeletehal keluarga sampai kecoh ke luar buat malu sendiri je la..bukak pekung masing masing pulak..ape nak jadi lah tu kan..doa moga moga mereka kembali berbaek..
ReplyDeletememalukan. tulah susah kawen dgn artis.
ReplyDeletehuhuhu ade je dengki antara dorang kan..emm biasalah tu bersaing! hehe
ReplyDeletemngalahkan budak2 depa ni.
ReplyDeletesuka adik beradik kembar ni dengan pasangan nye jugak.. hihihi
ReplyDeletesbnarnya saya lah org ketiga di antara Kate Winslet dan Herman Tino..maaf no komen
ReplyDeletesaje je nak bikin panas hehehe .. ku doakan yg terbaik buat mereka
ReplyDeletemcm2 hal lah..pdhal baru je ritu jumpa rita kat wedding mmber :)
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!