♥tip-tips perkahwinan
wedding preparation
Petua Untuk Memilih Warna Pakaian Pengantin
3:00:00 PM
Masalah yang paling ketara apabila ingin memilih baju pengantin ialah warna yang harus dipilih dan kemudian jenis kain yang sesuai. Pelbagai faktor harus diambil kira seperti saiz badan pengantin, warna kulit pengantin serta pasangan serta kos yang diperuntukkan. Tambah memeningkan kepala jika seorang putih melepak dan seorang lagi gelap hitam manis. Bagi yang berkulit putih, apa sahaja warna sesuai dikenakan tetapi bagaimana pula dengan yang berkulit gelap?
Warna-warna hitam, biru malam, ungu gelap, hijau gelap, merah hati dan seumpamanya adalah warna mewah. Kemewahan himpunan warna gelap ini amat berkesan jika dipadankan dengan warna kulit yang cerah kerana ciri yang berlawanan yang ada. Ia menimbulkan kesan dramatik! Jika berkulit gelap yang mengenakannya, ianya kurang menyerlah malah akan menenggelamkan seri si pemakai. Biasanya jika tiada unsur berlawanan, kesannya kurang menonjol.
Pakaian pengantin yang berwarna terang pula bermakna warna-warna segar ceria seperti putih susu, kuning air, ungu lembayung, oren cair, coklat cair dan seumpamanya. Jika yang berkulit gelap mengenakannya, ia akan menimbulkan kesan yang berlawanan yang menarik. Jikalau yang berkulit putih mengenakan warna-warna sebegini, ia akan menonjolkan gaya harmonis serta lembut.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, pengantin tidak seharusnya memilih hanya bergantung kepada warna kulit sahaja. Saiz badan si pemakai juga amat penting kerana pilihan warna boleh menyebabkan si pemakai kelihatan lebih besar ataupun supaya kelihatan lebih kurus. Warna terang seperti kuning atau merah jambu akan menyebabkan yang berbadan besar kelihatan lebih besar manakala warna gelap boleh memberi ilusi yang lebih langsing.
baju persandingan masa kahwin nanti daku kaler pink+purpe. agak agak sesuai tak untuk kulit sawo matang,bertubuh kecil dan kurus macam daku ni. ce citer. ce citer ^^
18 insan comel komen
suka baju farah AF tue...nampak sweet jek...huhu eimy tak tau baju eimy camner...tak tengok rupa lagi..serah sepenuhnya mak andam yg design.....huhuhuhu :)
ReplyDeletesuka tgk pakaian farah..
ReplyDeleteeh,mesti la seusai ngn jijah kan..kalau tak,jiajh xpilih..hihi.
sesuai le tu..mesti hari sanding nanti terserlah kejelitaan jijah..
ReplyDeleteoh sy suka yg warna cerah2.. sebab nampak berseri kan, rasa kalau gelap2 nampak malap... Pink purple so sweet.. =)
ReplyDeletecik jijah pasti gojes pakai baju kaler pink purple utk majlis sanding nnti...
ReplyDeletewarna pink comel ngan kak jijag tpi tikah tgok kak jijah mcm sesuai akai kaler biru je. hehe..
ReplyDeletehuuu.. lmbt lg la nk pakai baju kawin.. :"(
ReplyDeletewarna gelap memberi impak kurus..hee..
ReplyDeletedni punya:
ReplyDeleteakad nikah: putih
persalinan: turquoise, hitam, gaun putih
bertandang: purple
hehe
mesti pening kepala dan susah kan..kdg2 takut warne peberet akan jadikan kita tak berseri..ape ape pun kene tanye pada yg pakar..^__^
ReplyDeletesesuai la tu kat jijahh :) hihik :)
ReplyDeleteheheh...miza kulit cerah..and memang tahu ni sume..tapi ttp suke waner cerah..hehe...pakai waner gelap rasa tak macam pengantin..hahah..leh tak??
ReplyDeletesuka kaler cream... ;)
ReplyDeletemasing2 ada pilihan sendiri kan..hehe :) selamat menggunakan tips ini!
ReplyDeletekalo kena dengan wane kulit wane pe pon ssuai puan jiejah tsyg :)
ReplyDeletewahh..pink+purple? cantikk :) serius cantik =)
ReplyDeletetulah yg wat mas susah hati gak nanti bila nk kawin..wrna bju xssuai..krim mmg gelap muka..warna terang pakai sure akan nmpak mcm india muslim lak.hihihi
ReplyDelete~ehhh..mcm ne terluah perasaan ni..hahaha tergatai jap~hihihi
jijah pkai comel je.
tah comey ke tak nanti. huhuhuhu cuak ni cuak!
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!