Info Kehamilan

Tanda-tanda kehamilan merupakan saat yang paling dinantikan oleh seorang perempuan yang menginginkan dirinya memiliki seorang buah hati. ...


Tanda-tanda kehamilan merupakan saat yang paling dinantikan oleh seorang perempuan yang menginginkan dirinya memiliki seorang buah hati. Dengan terjadinya kehamilan menandakan bahawa pasangan suami isteri memiliki tingkat kesuburan yang baik dan hal ini juga menandakan bahawa mereka tidak memiliki masalah kesihatan yang lain


Istilah dan Definisi Kehamilan

Abortion-"product of conception" keluar melalui uterus melalui vagina sebelum 22/52 mengandung
Labour-"product of conception" keluar daripada uterus melalui vagina selepas 22/52 mengandung
Puerperium-"waktu selepas kelahiran" 6-8minggu [pantang]
Breech Presentation- kandungan songsang
Caesarean Section-kelahiran melalui pembedahan di abdomen
Epidural Analgesia-suntikan ubat analgesik di luar dura megurangkan sakit
Hyperemesis Gravidarum-muntah keterlaluan semasa mengandung


Pembesaran Uterus




Uterus Membesar

1. otot-otot menjadi hipertropi dan hiperplasia
2. saiz sebelum mengandung 7.5x5x2.5cm
3. saiz cukup bulan 30x23x20cm
4. berat 60-900gm
5. organ-organ pembiakan lain juga berubah


Payudara Membesar

3-6 minggu- rasa senak-senak,bisa-bisa dan berat
12 minggu- pigmentasi bertambah,puting dan areola gelap. Kalenjar montgomeri nyata
16 minggu- kolostrum[susu awal ibu] dan areola secondum semakin timbul




Sistem Jantung

1. Isipadu darah bertambah
2. Denyutan nadi bertambah 10-15/mins
3. Tekanan darah turun awal mengandung 5-10mmHg dan kembali normal selepasnya

Sistem Buah Pinggang

1. Kerap kencing- pembesaran uterus dan penambahan turasan buah pinggang
2. Infeksi salur kencing- pengaliran air kencing jadi lambat
3. Oedema- air badan bertambah 6-8%

Sistem Gastrousus

1.Gusi kembang dan lembut- mudah berdarah dan gingivitis
2.Perut dan usus tertekan- sembelit dan pedih hati
3.Vena bawah uterus tertekan- hemoroid
4.Tonus otot perut & gerakan usus lembab- rasa loya dan mual


Otot Skeletal

-Ligamen dan otot longgar
-Postur badan berubah- perut ke depan punggung ke belakang
-Sakit dan sengal sendi
-Sakit dan kebas jari tangan


Kulit
Pigmentasi bertambah
1.Pigmentasi muka-chloasma
2.Pigmentasi dilinea alba- linea nigra
3.Pigmentasi di payudara
4.Pigmentasi di kulit yang berkedut
kulit tertarik dan jadi nipis- strie gravidarum,terutama di abdomen,payudara dan peha


chloasma- pigmentasi di muka


linea nigra- garisan perut dari pusat


Hormon Estrogen dan Progestron

-Menyedia badan untuk kehamilan,labour dan penyusuan

Berat Badan

20 minggu pertama- bertambah 2.0kg [0.5kg/month]
20 minggu kedua- bertambah 10.0kg [0.5kg/minggu]
Jumlah= 12kg


**************************************************


Tanda-tanda Kehamilan


A]Tanda-tanda Andaian

  1. Amenorrhea
  2. -ketiadaan haid berlaku semasa hamil disebabkan suppresion ovulasi oleh estogen dan progesteron
  3. Perubahan pada payudara
  4. - jadi tegang dan sakit berdenyut dan membesar seawal minggu ke 6.
  5. Morning Sickness
  6. -menyebabkan gangguan seperti membenci bauan,menbenci makanan,biasanya pada waktu pagi berkurangan di waktu petang
  7. Kerap kali kencing
  8. - berlaku sebelum 16/52 mengandung sebab peningkatan tekanan uterus ke atas bladder.
  9. Pigmentasi kulit-
  10. chloasma dan linea nigra,primary areola jadi gelap
  11. "Quickening"
  12. - 16-20/52 pergerakan pertama janin

B]Tanda-tanda Kemungkinan
  1. Uterus membesar
  2. Serviks menjadi lembut
  3. Uterine souffle
  4. - bunyi darah di plasenta mengalir
  5. Braxton hicks contractions
  6. - rasa sakit
  7. Pregnancy test-positive

C]Tanda-tanda Positif
  1. Denyutan jantung
  2. - dapat didengar dan dapat dilihat melalui scan
  3. Fetal parts
  4. dapat di rasai oleh pemeriksa dan dilihat melalui scan
  5. Gerakan fetus
  6. dapat dirasai-berombak



Gangguan Ringan Semasa Hamil

  1. Loya dan muntah- minggu ke 6-12
  2. Kerap kencing (tanpa rasa sakit)
  3. Heart burn- iritasi oleh cecair gaster
  4. Sembelit
  5. Muscle Cramp (kejang kaki)
  6. Sakit belakang
  7. Vena varikos
  8. Pitam- B/P rendah dan emosi
  9. Gatal-gatal kulit -pruritis
  10. Leukoria- discaj keputihan/kekuningan
  11. Edema (bengkak kaki)




Sekian perkongsian ilmu kita dari cik misi jijah^_^ 



You Might Also Like

10 insan comel komen

  1. good info pd yg baru kawen ...

    ReplyDelete
  2. baca pasal kehamila mmg best, tapi kalau tgk, macam takut jugak!hahha

    ReplyDelete
  3. Info yang berguna walaupun dah nak masuk 3 anak hehehe

    ReplyDelete
  4. adesh..camne la nak ingat sume ni ye..takpe..akan datang bile fiza mommy to be nanti ape2 leh tanye jijah..buat mase ni..just boleh ignore je.hikhik

    ReplyDelete
  5. thansk for sharing azizah....insyaallah..kepada yg berkahwin...akan melalui fasa ini. cuma cepat atau lambat jek

    ReplyDelete
  6. Info menarik... Tak pernah tahu lagi...Sikit-sikit tu ada laaaa..

    ReplyDelete
  7. masa baru2 azzah alah teruk,sekarang dah 5 bulan,dah tak de alah lagi tapi kuat makan pulak..:)

    ReplyDelete
  8. azzah: 5bulan da ok dah..hehe kuat makan? jaga2 tau jgn terlbih berat badan..nnt baby besarrr..haha

    ReplyDelete
  9. bookmark info nih blhkn jiejah ^_^

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!