Hari-hari Bulan Islam

Assalamualaikum.. hari ni nak share hari-hari yang baik dalam bulan Islam untuk bernikah. untuk bernikah ada hari yang baik dan t...


Assalamualaikum..


hari ni nak share hari-hari yang baik dalam bulan Islam untuk bernikah. untuk bernikah ada hari yang baik dan tidak baik. bukan maksud tak bagus cume jikalau kita dapat tahu hari yang baik untuk bernikah. pernikahan kita akan lebih di berkati InsyaAllah~~

kadang-kadang kita pilih je tarikh yang cantik untuk bernikah tanpa tahu maksud tersirat kan. jom kita semak tarikh-tarikh yang baik. sumber di petik dari sis kina ^_^


HARI-HARI BULAN ISLAM PANDUAN MENURUT IMAM JAAFAR AS-SODIQ A.S. 


01hb: Hari yang baik untuk bertemu pemerintah (orang kenamaan) / meminta hajat / berdagang / bertani dan bermusafir.
02hb: Hari yang baik untuk bermusafir / meminta hajat.
03hb: Hari yang tidak bagus. 
04hb: Hari yang baik untuk berkahwin dan Makruh untuk bermusafir. 
05hb: Hari yang tidak bagus.
06hb: Hari yang diberkati dan baik untuk berkahwin / meminta hajat. 
07hb: Hari yang diberkati dan elok untuk apa yang dimaksudkan dan diusahakan. 
08hb: Hari yang baik untuk meminta hajat dan Makruh untuk bermusafir. 
09hb: Hari yang penuh keberkatan dan baik untuk segala hajat manusia. Dan barangsiapa yang bermusafir bakal memperolehi rezeki harta dan dia akan melihat banyak kebaikan dalam perjalanannya itu. 
10hb: Hari yang baik untuk segala hajat melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan). Sesiapa yang lari dari penguasa akan tertangkap. Tetapi, baik untuk berjual-beli. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh. 
11hb: Hari yang baik untuk segala hajat, bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan). 
12hb: Hari yang penuh keberkatan. Maka mintalah hajatmu dan berusaha nescaya akan mendapat. Bersembunyi dari pemerintah adalah lebih baik. 
13hb: Hari yang tidak bagus atas segala amalan / hajat. 
14hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan. 
15hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan. Nescaya akan mendapat. 
16hb: Hari yang tidak bagus. 
17hb: Hari yang baik bagi segala hajat/ amalan. Nescaya akan mendapat. Baik untk bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam, membina bangunan dan bertemu pemerintah (orang besar). 
18hb: Hari yang baik bagi segala hajat. Barangsiapa yang bertemu musuh, akan mendapat kemenangan dengan Takdir Allah. 
19hb: Hari yang baik bagi segala amalan. Barangsiapa yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan hidup. 
20hb: Hari yang baik untuk segala hajat, / bermusafir / membina bangunan / bertani / kahwin dan bertemu pembesar. 
21hb: Hari yang tidak bagus. 
22hb: Hari yang baik untuk berdagang / bertemu pemerintah / musafir / BERSEDEKAH. 
23hb: Hari yang baik digalakkan untuk berkahwin dan apa saja perniagaan dan bertemu pemerintah. 
24hb: Hari yang tidak bagus. 
25hb: Hari yang tidak bagus dan BERHATI-HATI untuk setiap perkara. 
26hb: Hari yang baik untuk segala hajat kecuali kahwin dan musafir. Hendaklah kamu BERSEDEKAH pada hari itu kerana ia memberikan banyak manfaat. 
27hb: Hari yang baik untuk segala hajat. 
28hb: Hari yang bercampur ( Baik & Tidak baik). 
29hb: Hari yang baik bagi segala hajat melainkan menulis (kitab). Boleh menulis tetapi MAKRUH. Barangsiapa yang menulis kitab tidak mendapatkan idea yang baik. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh dan yang bermusafir bakal mendapat harta yang banyak. 
30hb: Hari yang baik bagi segala hajat / berdagang / bertani / kahwin, cepat sembuh dari penyakit, Yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan, akan diangkat kedudukannya. Suka bercakap benar dan menunaikan janji.

walau ape ape pon jangan terlalu taksub dengan hari hari ni. yang penting niat itu di perbetulkan. nikah hanya kerana Allah SWT. semoga semuanya di redhai Nya. Amin..


sumber sis kina


11.12.11 hari yang baik untuk segala hajat! semoga di permudahkan segala urusan nanti. Amin ^^

You Might Also Like

13 insan comel komen

  1. sis 19hb..insyaallah semua akan berjalan lancar nanti..

    ReplyDelete
  2. thanks jijah..tak penah alert dengan benda ni pun..

    ReplyDelete
  3. Cik jijah pilih 20hb ke 23hb nak kawin nt? hehe

    ReplyDelete
  4. sy lahir 20hb muraharram..hehe.. ^_^

    ReplyDelete
  5. wah!! aida baru tahu cik jijah..memang hari2 bulan islam kan..maksudnya semua baik2..tq cik jijah.

    ReplyDelete
  6. cik azizah=)=)...sy nak repost entry ni tau..=)=)...nice one=)...

    selalu org tulih bulan islam..ni entry hari2 islam=)...

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah kedua tarikh yg di inginkan elok maksudnye ^__^

    ReplyDelete
  8. mungkin ini berdasarkan pengalaman imam tu sendiri mencatat hari demi hari..ada rezeki, insyaAllah baik2 je hari tersebut

    ReplyDelete
  9. 3hb hari ne kan?.xbagus eh?..mmg xbagus bagi eca!.Tadi g CP dgn adik,niat nak beli mcd bawa balik ruma,sbb kwn2 xde druma,semua ada hal masing2x,tetiba nak masuk CP,terserempak lak dgn seorg budak yang umur da 23thn tpi xpandai nak matang,ikut suka hati dia je nk ckp apa.dan suka judge org tnpa kenal dlu..eh,pendek kata macam gila la hari ne leh terserempak dgn dia...

    ReplyDelete
  10. @Niza Romli jijah nak pilih 20hb lah! hehe

    ReplyDelete
  11. @erin moshimoshi kalau cakap sekali boleh tak. hehehe

    ReplyDelete
  12. @ecadwinkyasha hahaha kebetulan jer kot..sabar je lah~~ ngehngehngeh

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!