Progress Checklist : Bilik Pengantin

by - 9:00:00 PM


Assalamualaikum.. 

 2 days to go~~


Hiasan katil di hari pernikahan pasti menjadi tumpuan utama pada majlis pernikahan berlangsung.Tetamu yang hadir mesti teruja melihat pengantin perempuan yang berada di bilik pengantin. 

a] Katil

Alhamdulilah katil yang di tempah selamat sampai pada daku 2 minggu sebelum nikah . Excited ada katil sendiri untuk rumah sendiri nanti. Huhuhu *tah bile nak ada rumah sendiri tu. -_-



contoh. lebih kurang gini lah. amik gambar kat kedai perabot. muahahaha


Habis macam tongkang pecah bilik daku tempoh hari gara-gara katil ni baru sampai. First time tengok set katil ni hati dah tertarik,harga pon murah *daku memang tak mampu nak beli mahal2* hahaha rasa smart pulak. Huhuhu Pemilihan warna putih menjadi pilihan hatiku. Hehe lebih suci mulus gebu. Suka pula dengan design ni walaupon simple. Bab mendesign ayah daku la punya keje. Beliau lagi excited menghias bilik beradu daku. Ngehngehngeh~~~:p 

Harap harap dapat pakai katil ni bertahun-tahun lamanya. Malas nak beli katil baru lagi. Nanti abg navy tu mulalah tarik muncung masam. Kahkahkahkah~ 

b] Cadar



Cadar ni dah lama. tempah dari mak member daku masa sekolah dulu.tapi tak pernah pakai pon. Alhamdulilah masih boleh digunakan tanpa cacat cela pon. sebenarnya tak perlu beli cadar baru. masih nampak baru dan cantik lagi. Membazir je beli cadar lagi kan. kan sarung cincin boleh dalam bilik je. kalau nak beli pon time resepsi nanti kot. 

c] Langsir/Kelambu Mini

warna cat bilik daku warna oren. jadi nak tutup warna tu ayah buatkan langsir atau tirai menutupi seluruh dinding. nak samakan pink ayah beli kain warna putih bunga merah besar macam gambar kat bawah ni. 




ha untuk kelambu mini macam entry terdahulu di sinilah kegunaannya. cik wanie tanya kenapa perlu pasang kelambu mini yer. sebab...nak kasi cantikkan lagi bilik yang tak semenggah tu. huhuhu kalau tak ia akan jadi kosong je. sangat tak menarik ok. ala nanti malam buka la balik kelambu mini tu. hahaha buat perhiasan untuk bergambar je.




kelambu mini yang sudah siap di pasang! weee~~


d] Hiasan bilik

Rasa macam nak menghias bilik tidur ni dengan bunga-bunga segar serta lilin aromaterapi pastu ada bauan buahan-buahan dengan lampu tidur yang romantic. Pehhhhhh giler lah verangan...~~~ :p kat meja hiasan tepi katil daku letak lampu tidur dan frame gambar kanak-kanak riang seperti gambar di atas tu. cume kat meja solek je tak tahu nak buat hiasan macamner. huhuhu any idea pleassssseee!! 


Nanti da siap acara majlis daku cuba la review. Tah cantik ke tak. Jangan kutuk tau. Hehee ^^ Simple je kan. Tapi daku sangat suke! Dan sangat berpuas hati dengan katil dan hasil design ayah daku J terima kasih ayah mak! Bersederhanalah ikut kemampuan diri. hohoho 


Sekian... 


You May Also Like

18 insan comel komen

  1. eeei..mesti seronok mak ayah jijah,bakal dapat menantu..:)

    ReplyDelete
  2. ala...bila cik jijah punya update asik pasal kawen je kan..buat saya rasa macam nak kawen cepat2.. teruja sgt2..hope everything that you plan akan berjalan lancar la ye..Ameen..;)

    ReplyDelete
  3. bersederhana itu lebih baik.

    ReplyDelete
  4. canteklah kelambu mi ni tu cik jijah..heheh suker tgk nanty pun nk pinjamlah kelambu cik jijah huahuahua.... mst jantung lapdaplapdap kan..PR niey kalau check mst tinggi debar nyer pasal..ape pun semoga semuanya berjalan lancar (*_^)

    ReplyDelete
  5. nak lebih adventure dan lain dari yang lain..pasang khemah je hehe..;p

    ReplyDelete
  6. eshh tba2 tringin nak kawin cepat.hahaha

    ReplyDelete
  7. kaka jijah ! warna putih memang cantik. tmbh2 g tmbh dgn pink. wah gitu. so sweet yunk ~

    ReplyDelete
  8. cantik la jijah..:)..ira suka warna putih pink tu...

    ira rs jijah g kedai rm2 pastu kan beli bowl yang rendah tp lebar..pastu letak la pot pouri ke, bunga mwr ke dlm tu lpas tu letas atas meja solek..xpon kan beli lilin2 aromaterapi yang besar2 pastu susun bulatan ke..:)

    heee..

    selamat mendekorasi..;p

    ReplyDelete
  9. cantik le bilik ni dgn katil tu...

    ReplyDelete
  10. wah jijah..semua suda siap..tak sabar rasenye nak tgk next pictures..^__^

    ReplyDelete
  11. cantekla katil jijah...suke!hahha..nanti letakkan roses kan pastu tabur2 or wat bentuk love ke...n letak lilin kecil2 yg bulat2 tu kan kat tp meja...try cr sudut yg cntik la..sure romantik.awwww~

    ReplyDelete
  12. mesti hati jijah tengah dup dap dup dap je kan . btw cantik bilikkkk =) . nengok kelambu tu tetiba teringat cite ombak ghindu . hehehe

    ReplyDelete
  13. ok lah tu cantik...~~
    hasil tgn sendiri yg bt kite rase puas hati.. :)

    ReplyDelete
  14. congratz jijah.. simple itu best ^^

    ReplyDelete
  15. yay set putih same ngan bilik wanie..nanti tinggal kat umah jijah eh?

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!