Wang Kertas Baru Ciri-ciri Unik Malaysia

Najib menunjukkan not RM20 siri baru Bank Negara Malaysia memperkenalkan siri mata wang baru yang akan mula diedarkan pada Jula...


 NAJIB  menunjukkan not  RM20 siri baru  pada pelancaran Pelan Sektor Kewangan dan Mata Wang Malaysia Siri Baru  di Sasana Kijang, Kuala Lumpur, semalam sambil diperhatikan    Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni  Hanadzlah dan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Najib menunjukkan not RM20 siri baru


Bank Negara Malaysia memperkenalkan siri mata wang baru yang akan mula diedarkan pada Julai tahun depan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan dipertingkatkan.


Siri baru diperkenalkan itu terdiri daripada wang kertas RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100 serta melengkapi wang kertas RM50 yang mula diperkenalkan sebelum ini.




Ia juga melengkapi mata wang siling baru yang diperkenalkan pada 25 Julai lalu dan akan digunakan bermula Januari ini.



Siri terbaru mata wang Malaysia mengambil inspirasi daripada pelbagai ciri-ciri unik Malaysia, dengan menggunakan elemen khazanah semula jadi, budaya dan warisan negara.




Bank Negara, dalam kenyataannya berkata mata wang baru itu menampilkan ciri-ciri tradisional dari segi seni dan kraf, keindahan alam sekitar, flora dan fauna serta ekonomi. 




“Ciri-ciri keselamatan bagi mata wang baru itu termasuk imej bayangan, tetingkap lebih jelas, potret bertanda keselamatan dengan piksel dan angka yang diserlahkan, benang keselamatan berwarna, benang lensa mikro serta tampalan berkilat bagi memudahkan orang ramai mengenal pasti nilai setiap satunya.


“Satu lagi ciri-ciri dipertingkatkan ialah pengenalan secara sentuhan yang membolehkan individu kurang penglihatan dapat mengenal pasti dan membezakan nilai mata wang berbeza,” 


Semua mata wang di bawah siri baru berkenaan masih mengekalkan potret Yang di-Pertuan Agong pertama, bunga raya, nilai muka bagi mata wang serta corak fabrik tenunan tradisional songket di bahagian hadapannya.


Di bahagian belakang pula, ia menampilkan elemen berlainan mengikut nilai termasuk alam sekitar, budaya, tradisi, flora dan fauna yang mencerminkan identiti Malaysia.


Mata wang baru itu juga masih mengekalkan logo Bank Negara, siri nombor, perkataan bertulis jawi dan corak tenunan songket di bahagian belakangnya.





You Might Also Like

9 insan comel komen


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!