Petua Untuk Pengantin: Debaran Malam Pertama

Assalamualaikum ^^ 1 days to go~~ Malam pertama adalah malam yang paling dinantikan oleh setiap pasangan pengantin baru.Satu pen...


Assalamualaikum ^^


1 days to go~~



Malam pertama adalah malam yang paling dinantikan oleh setiap pasangan pengantin baru.Satu pengalaman yang selama ini hanya mereka dengar atau baca dari buku atau sumber lain, kini benar-benar akan mereka alami sendiri. Pasangan muda khususnya gadis kebanyakkannya belum mengetahui apa yang harus dilakukan saat menghadapi malam pertama. Mereka biasanya takut dan membayangkan rasa sakit ketika melayari malam pertama. Perkara sebaliknya pula dirasakan oleh si teruna, dalam debar mereka biasanya tidak sabar untuk mengalami sendiri peristiwa yang akan diingati seumur hidup. Sikap terburu-buru pada malam pertama tanpa memikirkan perasaan pasangan mampu menghilangkan nikmat yang sepatutnya dirasai bersama pada malam pertama.


Beberapa perkara harus diberi perhatian:


Persiapan Fizikal


Sudah siap sediakah keadaan fizikal anda untuk menghadapi malam pertama? Khususnya kaum wanita.Pengantin perempuan biasanya lebih penat memandangkan selalunya mereka tidur lewat sehari sebelum majlis perkahwinan berlangsung dan harus bangun awal untuk persiapan hari perkahwinan. Maka ada baiknya jika sang suami melihat dan bertanyakan keadaan fizikal isterinya sebelum melakukan 'aktiviti'. Malam pertama tidak semestinya harus dijalani pada malam sesudah majlis perkhawinan,sekiranya pasangan kepenatan. Apa salahnya menunggu keesokan harinya, setelah keduanya sudah bersedia, maka laluilah malam pertama.


Persiapan Mental

Bagaimana dengan persiapan mental dan psikologi anda? Apakah anda sudah benar-benar siap sedia untuk malam itu? Sering kali kenikmatan malam pertama tidak dapat dirasakan dengan maksimum kerana ketidaksediaan mental dan psikologi dari pasangan pengantin baru. Jika ada salah seorang daripada anda belum sedia secara mental dan psikologi maka seeloknya berterus terang supaya keduanya bahagia dengan malam pertama yang bakal dilalui.


Cukupkah Ilmu Di Dada?

Hubungan suami isteri bagi pengantin baru adalah bidang baru yang perlu dipelajari lebih lanjut. Ibarat anda akan ke satu destinasi. Kalau sebelum sampai,anda hanya mendengar,kali ini anda akan melihat sendiri tempat tersebut. Jadi sebaiknya bekalkan diri anda dengan pengetahuan yang memandai tentang hal ini. Pengetahuan ini akan memberi panduan untuk melakukannya dengan betul dan seterusnya mencapai kepuasan. Suami harus tahu bahawa isterinya memiliki respons yang berbeza. Lelaki jauh lebih mudah terangsang, sedangkan wanita memerlukan waktu yang lebih lama. Sekiranya suami mengetahui hal ini nescaya mereka tidak akan terburu-buru.


Tahu Bahagian Tubuh Yang Sensitif

Apakah anda telah tahu tentang ‘errogenous zone’(bahagian tubuh yg sensitive terhadap rangsangan) pada diri anda dan pasangan? Pengetahuan tentang hal ini akan memudahkan suami memahami sama ada isterinya sudah bersedia atau tidak.Namun bagi isteri untuk mengetahui apakah suaminya telah bersedia atau belum tentu jauh lebih mudah.


Jangan Makan Berlebihan

Saranan ini lebih ditujukan kepada pengantin lelaki. Sebelum menikmati malam pertama sebaiknya anda jangan makan terlalu banyak (terlalu kenyang). Jika anda makan terlalu banyak maka akan terjadi adalah sebahagian besar darah akan berkumpul di bahagian perut anda untuk membantu proses percernaan makanan. Akibatnya anda tidak akan mencapai ‘ketegangan’ yang dikehendaki dan seterusnya membuatkan anda dan pasangan tidak mencapai kepuasan dalam hubungan seksual.


Tinggalkan Kenangan Yang Indah

Peristiwa di malam pertama akan meninggalkan kesan yang mendalam. Ia akan menjadi kenangan indah buat pasangan suami isteri. Untuk itu,pastikan anda melakukannya dengan penuh kelembutan dan tatatertib supaya yang ditinggalkan adalah kenangan indah semuanya .


autopublisshh walaweeeeeeeeeyy cuak beb! sok tiba masanyaaaa. huhuhu  



You Might Also Like

24 insan comel komen

  1. jgn cuak2..cool je jijah.. :p

    selamat pengantin baruuuu

    ReplyDelete
  2. selamat melayari bahtera perkahwinan cik jijah.... heheheh

    ReplyDelete
  3. semoga berbahagia, kekal abadi :)

    ReplyDelete
  4. yayang! tahniah:) nape tak kawen je terussss;)

    ReplyDelete
  5. esok malam pertama la ye?hihi..good luck jijah :P

    ReplyDelete
  6. jgn takut yek..be cool.:)

    ReplyDelete
  7. wahaha... rasa xsabar plak walaupun blom kawin :p :p

    ReplyDelete
  8. buat sahabatku jiejah :)
    selamat pengantin baru lepas ni dia dah ade nama baru..
    moga prhubungan kite lbh akrab walaupn blainan status.. ~_^

    tumpg happy dgn jiejah dan abg navy..jgn lupa jemput shida dtg mjlis resepsi nnt yer ^_^

    syg jiejah :)

    ReplyDelete
  9. selamat berbahagia ke akhir hayat...

    ReplyDelete
  10. wahhh~~..takutnyer..bawa bertenang je kot..huhu..^_^

    ReplyDelete
  11. wah..ni dah masuk alam lain ni cik jijah..pasni kene puan jijah lah..i'm so happy for both of you..just hope everything's going smoothly with God's will..InsyaAllah..I love jijah!happy to see you happy!Happy wedding ^____^

    ReplyDelete
  12. selamat pengantin baru jijah ^^

    ReplyDelete
  13. tahniah ye!!! Jgn lupa update!

    ReplyDelete
  14. tetiba aku plak jd cuak bcer entry ni..
    heheheeh..
    btw, semoga berbahagia..
    gud luck..
    chaiyok2... :)

    ReplyDelete
  15. tiba2 cik tikah pun berdebar2. haha

    ReplyDelete
  16. hehe...wow da makin matang hehe..semoga bahagia melayari bahtera rumahtangga=0

    ReplyDelete
  17. wo wo wo....

    selamat sudah... hihihi~

    ReplyDelete
  18. hehe.. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar :)

    ReplyDelete
  19. hehehe.... info yg baik buat bakal pengantin =)

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!