Sorotan 2011 Perkahwinan Artis

Nampaknya tahun 2011 yang akan melabuhkan tirainya dalam masa beberapa hari lagi akan memberi kenangan yang terindah buat artis dan seleb...


Nampaknya tahun 2011 yang akan melabuhkan tirainya dalam masa beberapa hari lagi akan memberi kenangan yang terindah buat artis dan selebriti tempatan apabila mereka melangkah ke alam perkahwinan.

Tentunya kehadiran 2012 akan memberi sinar baru buat mereka agar apa yang diazamkan dalam hidup akan terlaksana.

Kenangan indah sepanjang perkahwinan artis tahun ini bermula seperti berikut:



1) Ayu Raudhah-Zaquan Adha[klik untuk baca]

Ayu Raudhah 26, sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 23, pada majlis pernikahan mereka di Masjid Sultanah Bahiyah, di Alor Setar pada 21 Januari tahun ini.

Pada majlis yang serba ringkas itu, Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Abu Bakar @ Che Wan yang kelihatan anggun dengan busana rekaan Man Kajang berwarna krim menerima mas kahwin RM1,888 serta tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan berbalas sembilan dulang.

Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak. Difahamkan, wang hantaran itu mempunyai kaitan dengan angka lapan, iaitu nombor jersi Zaquan.

2) Sabrina Ali-Syed Amirul Syed Ahmad

Tiada angin tiada ribut, pelakon Sabrina Ali, 31, mengesahkan sudah berumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya pada awal tahun ini.

Bagaimanapun Sabrina yang dikhabarkan bernikah dengan Syed Amirul Syed Ahmad berusia 29 tahun itu enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu dan tidak diketahui mengapa dia enggan menghebahkan pernikahan berkenaan.




3) Siti Sarah-Shuib (Sepahtu)

Penyanyi Sarah Raisuddin, 27, kini sah bergelar isteri kepada salah seorang ahli kumpulan Sepahtu, Shahmira Muhahamad (Shuib), pada majlis pernikahan mereka yang diadakan di Jeumpa D'Ramo, Bangsar, pada 26 Februari lalu.

Pasangan ini menerima kelahiran anak sulung lelaki, Uwais Alqarni pada 4 Disember lalu.

4) Farish Aziz-Zahrah

Pelakon drama Kau dan Aku, Farish Aziz, 27, yang bernikah dengan isterinya, Zahrah Fowzi, 27, pada 18 Februari lalu di Hotel Shang Ri La Tanjung Aru Beach, Kota Kinabalu, Sabah memulakan alam perkahwinannya tidak seperti pasangan lain apabila terpaksa berpisah buat sementara waktu.

Ini kerana isterinya masih baru berkerja sebagai peguam di sebuah syarikat guaman di Sabah manakala Farish terikat dengan kariernya sebagai pelakon dan pengacara di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Farish dan isteri yang sama-sama berasal dari Kota Kinabalu berkemungkinan akan berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu atau sebaliknya untuk menghabiskan masa bersama-sama.

5) Noh (Hujan)-Mizz Nina [klik untuk baca]


Selepas bertunang selama lapan bulan, penyanyi dari kumpulan Hujan iaitu Noh atau nama sebenarnya Mohammed Noh Salleh, 26, sah bergelar suami kepada penyanyi Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 31, pada 1 Julai lalu.

Majlis pernikahan mereka dilakukan di kediaman keluarga Nina di Ukay Heights, Ampang, Kuala Lumpur.

6) Tomok-Ayu [klik untuk baca]

Penyanyi yang pernah popular dengan kumpulan Newboyz, Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 27, turut berkongsi tarikh pernikahannya dengan Noh dan Nina apabila sah menjadi suami kepada pramugari Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) Rahayu Abbas, 32, di Dewan Serbaguna AU2 Taman Keramat, Kuala Lumpur, pada 1 Julai lalu.

Menurut Tomok, dia gembira selama lapan tahun bercinta, akhirnya dia menjadi suami kepada Rahayu atau nama panggilannya, Ayu, dan berharap agar cinta mereka akan mekar sehingga akhir hayat.
Pasangan ini sedang menunggu kelahiran cahaya mata sulung.

7) Nabil (Raja Lawak)-Nazirah [klik untuk baca]

Selepas dilanda pelbagai kontroversi termasuk perpisahannya dengan pelakon Irma Hasmie, pelawak dan pelakon, Ahmad Nabil Ahmad, 28, sah bergelar suami kepada bekas pramugari AirAsia, Nazirah Ayub, 23, pada 30 September lalu.



Majlis pernikahan mereka diadakan di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya, di mana Nabil menyerahkan mas kahwin RM300 dan sebentuk cincin bernilai RM5,000 manakala wang hantaran sebanyak RM15,000 kepada pengantin perempuan.

8) Zed Zaidi-Natalia Mustafa Kamal[klik untuk baca]

Bermula daripada perkenalan di laman social Facebook, pelakon Zed Zaidi, 31, atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil menamatkan zaman bujangnya dengan Natalia Mustafa Kamal, 28, pada 29 April lalu di Restoran Felda Villa, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Pasangan ini juga sedang menunggu kelahiran anak pertama selepas isteri Zed disahkan hamil.

9) Fazren Rafi-Syarifah Marlina

Melangsungkan pernikahan pada 1 Mei di kediaman isterinya di Perak, pelakon Spa Q, Mohd Fazren Rafi atau Fazren begitu teruja mengimamkan isteri, Sharifah Marlina Ashikin Syed Hasan selepas bernikah.

10) Faezah Elai-Heykal Hanafiah [klik untuk baca]


Pelakon Faezah Elai, 29 ,sah bergelar isteri kepada pengarah drama, Heykal Hanafiah, 38, yang diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Gelugor, Pulau Pinang, pada 9 September lalu.

Pasangan ini berharap pernikahan tersebut menutup segala kontroversi tentang hubungan mereka
.
11) Fedtri Yahya-Nurul Anati Ismail [klik untuk baca]

Pengacara Malaysia Hari Ini, Fedtri Yahya, 30, bernikah dengan Nurul Anati Ismail, 26, pada 28 Mei lalu di rumah pengantin perempuan di Pengkalan Machang, Pasir Mas, Kelantan.

Bagaimanapun Fedtri dan isteri dikejutkan dengan berita sedih apabila isterinya mengalami keguguran bayi pertama pada 26 Julai lalu.

12) Eira Syazira-Azad Jasmin [klik untuk baca]

Pelakon Syazira Shuhaimi atau Eira Syazira, 27, sah bergelar isteri kepada pelakon Azad Jazmin John Louis Jeffri yang diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Putrajaya pada 16 September lalu. 13) Nurul Syuhada-Raja Amir Raja Azwa

13) Nurul Syuhada-Raja Amir [klik untuk baca]

Pengacara Majalah Tiga, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin,27, selamat diijabkabulkan dengan pegawai bank, Raja Amir Shah Raja Azwa,29, di Binjai On The Park, Kuala Lumpur City Centre (KLCC), pada 16 Julai lalu.

14) Ana Dahlia-Chef Riz

Pelakon Ana Dahlia, 28, sah bergelar isteri kepada chef selebriti, Mohd. Nadzri Redzuawan atau Riz, 29 , di rumah pengantin perempuan di Taiping, Perak pada 11 Disember lalu.

15) Memey Suhaiza-Norman Hakim [klik untuk baca]

Pelakon Norman Hakim, 35, telah selamat dinikahkan dengan pasangannya, pelakon Memey Suhaiza, 23, pada 24 September lalu di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor.

Sebelum berkahwin, pasangan ini dilanda dengan pelbagai kontroversi termasuk Memey dikatakan merampas Norman daripada bekas isteri Norman, pelakon Abby Abadi dan kes khalwat mereka.

16) Dira Abu Zahar-Helmi Yusof [klik untuk baca]

Pelakon Khaidhirah Abu Zahar atau Dira, 27, sah bergelar isteri kepada pengarah fotografi Mohd. Helmi Mohd. Yusof atau Helmi di kampung halaman pengantin perempuan di Merlimau, Melaka, pada 11 November lalu.

17) Zahiril Adzim-Shera Aiyob [klik untuk baca]

Pelakon Zahiril Adzim, 27, sah bergelar suami kepada pengacara Shera Aiyob, 25, di rumah pengantin perempuan di Ipoh, Perak pada 20 November lalu.

18) Ashraf Muslim-Noor Dayana [klik untuk baca]

Pelakon Ashraf Muslim, 30, bernikah dengan Noor Dayana, 24, pada 30 Ogos lalu di Mekah.

19) Nurul (AF2)- Mohd Munzil Muhamad

Pernikahan Nurul (AF2) menjadi kontroversi apabila dia dan suami, Mohd Munzil Muhamad bernikah di Thailand pada 23 April lalu.

Bagaimanapun pasangan itu tidak pernah membelakangi keluarga sehingga mengambil keputusan bernikah di Narathiwat.

20) Farah AF2-Johan [klik untuk baca]

Farah AF2 selamat menjadi isteri pada 15 julai 2011. Majlis Pernikahannya pula di adakan di atas Kapal Cruise Tasik Putrajaya. Johan dengan sekali lafaz serta mas kahwin RM2500 serta hantaran RM25185.

Farah AF2 menerima 7 dulang hantaran seperti cincin ,gelang, iPad,minyak wangi,beg tangan berbalas 9 dulang hantaran seperti cincin ,jam tali pinggang.


Gambar Persandingan Farah AF2 & Johan



Semoga mahligai yang di bina kekal bahagia hingga akhir hayat. Amin


You Might Also Like

14 insan comel komen

  1. Amboi cik jijahhh . mentang2 dah jadik isteri org , semua entri pasal wed sey . Kelas gituh . :)

    ReplyDelete
  2. semoga jodoh mereka berkekalan..

    ReplyDelete
  3. paling cantik farah n nurul syuhada..
    hahah baru je pagi tadi cakap ngan adik "nanti dalam paper mesti akan wat spnjang thn utk (kahwin,mninggal,coret2)hihihi..

    ReplyDelete
  4. semoga semuanya kekal..Amin..

    ReplyDelete
  5. Eh, gmbor wedding kak Jijah dan asben takde ke dlm list 2011 nih? hihi

    ReplyDelete
  6. doakan agar jodoh mereka semua kekal sehingga ke akhir hayat...

    ReplyDelete
  7. wah..ramai artis kawen tahun ni..tahun depan lagi ramai kot..ape2pun semoga jodoh berkekalan

    ReplyDelete
  8. tahniah bt sume dan jiejah juga..spatutnya jiejah letak skali gmbar bru retisss syg :)

    ReplyDelete
  9. tu dia...20 org setahun..kalo 5 tahun dah 100 org artis kita kawin...tahniah1000x..

    ReplyDelete
  10. @'Aisya Salim sya..tak tercalon sebagai artis pon..gagaga

    ReplyDelete
  11. @shida'R haha tak nak..nnt org kata perasaan..lalala :p

    ReplyDelete
  12. tomok punya partner tu ada iras2 mas idayu siket, nm nk dekat same da:)

    ReplyDelete
  13. semoga mereka bahagia ke akhir hayat..

    cik jijah tak masuk list sekali ke? hehe

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!