Tips Untuk Menyiapkan Bilik Pengantin

Assalamualaikum ^^ Berbagai persiapan timbul dalam merealisasikan sebuah perkahwinan yang indah. Bilik tidur pengantin sangat penting a...


Assalamualaikum ^^


Berbagai persiapan timbul dalam merealisasikan sebuah perkahwinan yang indah. Bilik tidur pengantin sangat penting apabila tiba majlis perkahwinan. rata-rata tetamu yang datang akan melihat bilik pengantin dan pelamin. ye dak? hehe......:p jadi kena lah hiaskan bilik pengantin cantik-cantik. lalala~~


Tips penting dalam menyiapkan bilik pengantin ni seperti di bawah....



Dahulu ramai yang gemar mengalas katil dengan cadar yang diperbuat daripada kain satin atau renda. Apa kata kali ini, mencuba kain cita pula. Selain daripada selesa dan tidak memanaskan, ia tahan lama dan lebih menjimatkan.

Cadar hendaklah dipilih daripada warna putih atau 'pastel' seperti warna kuning, coklat muda atau polos. Jauhi yang bercorak besar kerana ia boleh menyebabkan bilik nampak kecil dan sempit.

Elakkan daripada meletakkan hantaran di atas katil bertilam spring kerana ia boleh menyebabkan dulang hantaran tidak stabil dan jatuh ke lantai. Sediakan satu ruang bersebelahan katil untuk mempamerkan barang hantaran. Tambah menarik jika ada permaidani yang mengalas ruang tersebut.

Jauhi jambangan bunga yang besar. Lebih baik memilih jambangan bunga segar yang bersaiz kecil tetapi banyak jumlahnya supaya boleh diletakkan di tepi kiri kanan katil. Lebih manis gayanya.

Hias bilik dengan lilin beraroma dan berwarna. Selain daripada cantik dan wangi, ia juga berupaya memberi suasana romantik kepada bilik pengantin. Nak letak bunga rampai pun boleh. baru ada feel nak kahwin. hehe

Bagi yang mampu, pilihlah permaidani dinding untuk menghias dinding kerana ia berupaya menonjolkan ciri-ciri mewah. Kalau tidak, memadailah jika bilik pengantin itu dicat mengikut warna serta konsep keseluruhan perkahwinan anda.

Hiaslah meja solek dengan botol haruman comel, kaki lilin, kotak cincin, bekas tisu serta bekas potpuri. Lebih anggun jika kesemuanya terdiri daripada satu set.

Taburkan cebisan bunga mawar ke dalam bekas air bertakung untuk menambah suasana romantik di bilik pengantin anda.



kalau bilik daku luas begini kan bagus. hehe




itu sahaja kot yang dapat daku kongsikan sama-sama pada kalian semua. serba sedikit memberikan jijah sumber inspirasi untuk menghias bilik pengantin. lepas ni boleh kita ikut tips ni untuk menghias bilik pengantin kan. teheeeeeee :p


Selamat Pengantin Baru ^^


You Might Also Like

20 insan comel komen

  1. masa kecik,pergi rumah orang kawen mesti tuju bilik pengantin dulu.dah besar,segan pulak..

    ReplyDelete
  2. :) selamat pengantin baru.....hehehe

    ReplyDelete
  3. yunk ! I da bau nasi myk ni bila land kat page u ni hehe=p

    ReplyDelete
  4. kalau tgk bilik dlm gmbr ne,xluas mana pun kak....yg nmpk luas sbb adanya cermin dkt sliding almari tu....then,penggunaan warna putih pada langsir.hehehe.

    ReplyDelete
  5. kalau cenggitu la bilik afzal..mmg kompom tanak kua2.hahaha

    ReplyDelete
  6. nak tgk bilik pengantin kak jijah. huhu

    ReplyDelete
  7. slmat pngantin baru kak jijah ^^

    ReplyDelete
  8. dulu memang org suka kain satin, baru macam nampak bilik pengantin.

    tp sekarang org dah open and up-to-date kot. kain cotton pun ok, selesa.

    ReplyDelete
  9. wah..ade gak tips nk siapkn bilik pengantin ye.. hehe.. moge bilik pengantin jijah nnti marvellous!! ^_^

    ReplyDelete
  10. terasa macam nak kawen juga laaa

    ReplyDelete
  11. hari2 hias bilik mcm bilik pengantin ....hehe

    ReplyDelete
  12. setuju ngn jijah...hehhee

    ReplyDelete
  13. kena hias camni hari2..barula tiap2 hari cam malam pertama bagi pengantin baru..

    ReplyDelete
  14. ehh ucap sendiri??selamat pengantin baru..hihihi

    ReplyDelete
  15. sangat menarik ni..rase nak buat skang gak..untuk diri sendiri ^__^

    ReplyDelete
  16. kali pertama dgr nama kain cita, hukk..

    *wish lagi, selamat pengantin baru ^^

    ReplyDelete
  17. tips dari bakal pengantin :)kalau wanie pun serbu bilik pengantin gak..hehe

    ReplyDelete
  18. bab tabur bunga mawar tu ciksu suka.
    tak yah tunggu time kawin.suka2 pon ok ..hihi

    cuma kena labur sikit la

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!