Gambar Majlis Pernikahan Noh Hujan dan Mizz Nina 1 Julai 2011

Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh,27, akhirnya sah bergelar suami kepada penyanyi Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman...





Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh,27, akhirnya sah bergelar suami kepada penyanyi Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman,31 dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan mereka di adakan di kediaman keluarga Nina di Ukay Heights, Ampang. Pasangan tersebut dinikahkan kira-kira pukul 9.30 malam, Jumaat. Bapa Nina, Tan Sri Azman Hashim bertindak sebagai wali sementara bapa Noh, Salleh Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia Sdn Bhd, Datuk Adnan Alias menjadi saksi kepada kedua-dua pengantin.




Pihak Noh Hujan menyerahkan wang hantaran sebanyak RM11,111.11 dan mas kahwin sebanyak RM888.88 berserta tujuh dulang hantaran yang terdiri daripada sirih junjung, set barang kemas, iPad 2, cincin dan kek lapis Sarawak. sambil dibalas tujuh dulang hantaran oleh pihak perempuan yang terdiri daripada sirih junjung, sepasang kasut, dompet, sepasang baju bersanding, coklat, “Playbook” dan cincin.





Pasangan ini akan mengadakan majlis persandingan yang bakal berlangsung di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur pada 3 Julai ini resepsi untuk keluarga dan tetamu-tetamu kehormat . pihak media dan rakan-rakan hanya akan diraikan bakal mempelai ini pada 6 Julai di Doubletree Hotel Hilton pada 6 Julai, dan Manakala majlis sambut menantu (sebelah lelaki ( Noh) akan diadakan di Miri, Sarawak pada 15 Julai depan.

p/s; Tahniah. mereka berdua memang sweet Semoga Berkekalan hendaknya..



sumber; mStar

You Might Also Like

12 insan comel komen

  1. nikah sudah .. tahniah buat kalian mizz nina n noh :D

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..kahwinn gak depa..

    ReplyDelete
  3. Fulamakkkk hantaran dia ipad 2 :)

    ReplyDelete
  4. musin artis kawin..Alhmdulilah.. xmcm thn sblm ni asyk artis cerai je.. Tomok pon kawin hari ni

    ReplyDelete
  5. wah, bgus la noh n mizz nina dh slamat nikah.. eh, noh potong rmbute eh? >_<

    ReplyDelete
  6. @cik azizah
    noh dah selamat
    kamu bila lagi..?
    ngeheeee

    ReplyDelete
  7. bile nak mkn nasi myk jijah ni :0

    ReplyDelete
  8. bertuah Noh kahwind dgn Mizz Nina tu..anak orang kaya lagi...!!!

    ReplyDelete
  9. Sweetnyerr..baju nina cantik wohhh..

    ReplyDelete
  10. harap2 kekal la
    dua2 lawo
    Noh ni alim kot
    pg umrah dah

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!