Majlis Pernikahan Dira Abu Zahar dan Helmi

8:00:00 PM 13 Comments A+ a-





Tarikh cantik pada hari ini iaitu 11.11.11 menjadi tarikh bersejarah buat pelakon yang kini juga sebagai pengacara Melodi iaitu Dira atau nama penuhnya Khaidhirah Abu Zahar kerana kini sudah sah bergelar isteri kepada pengarah fotografi Mohd. Helmi Mohd. Yusof atau Helmi dengan tiga kali lafaz.

Mereka dinikahkan oleh Imam Masjid Kampung Merlimau iaitu Haji Md Yamin Bin Long sekitar pukul 4.15 petang tadi dengan mas kahwin RM7777.77.



Pada majlis pernikahan tersebut, Dira menerima wang hantaran sebanyak RM17,171.71 dengan sembilan dulang hantaran berupa iPad 2, beg tangan, kek, helmet berjenama X-Lite, telekong, sejadah, sirih junjung, mas kahwin, cincin dan wang hantaran.

Manakala Helmi pula menerima balasan dengan 11 dulang hantaran antaranya coklat, jam tangan Tag Heuer, kek, helmet berjenama X-Lite, Al-Quran, sejadah, laptop Macbook Air, kurma, buah-buahan, kasut, baju, sirih junjung dan set kelengkapan diri.





Pada malam ini turut berlangsungnya majlis resepsi bagi pihak perempuan yang diadakan di kediaman keluarga Dira. Resepsi sebelah pihak lelaki pula akan diadakan di Lanai@Matic, Jalan Ampang pada 13 November ini.




Tahniah buat Dira Abu Zahar dan pasangan. semoga masjid yang di bina ni kekal bahagia hingga syurgawi.


All about Personal, Lifestyle, Beauty, Health and Parenting Blogger.
Product review, advertorial, 

contact:
Email: cikazizahmisi88@gmail.com

13 insan comel komen

Write insan comel komen
NURUL ASHIKIN
AUTHOR
11/11/2011 8:08 PM delete

dah kawin dira... semoga ALLAH memberkati perkahwinannya kali ni amin

Reply
avatar
11/11/2011 8:18 PM delete

tahniah dira.
hihihi.
tuan blog ni bila pulak?
hehe.

Reply
avatar
Marniey
AUTHOR
11/11/2011 8:34 PM delete

smoga dira berbahagia hgga akhir hayat. :D

Reply
avatar
Cik Jingga
AUTHOR
11/11/2011 8:44 PM delete

simple ja kan.. bagus sangat.. tak membazir.. laki dia macam pemalu.. :P

Reply
avatar
Khairil
AUTHOR
11/11/2011 9:20 PM delete

dah kahwin dah dia ye..selamat pengantin baru....

Reply
avatar
Azzah
AUTHOR
11/11/2011 9:49 PM delete

Moga kekal kali ni..suka betul nengok dia

Reply
avatar
11/11/2011 10:05 PM delete

congrate untuk mereka..semoga jodoh berkekalan hendaknye..

mak aii..hantaran semua gempak-gempak..teruja nak kawen nak camni..hehe..

sweet je serbi putih camni kan..Ash,ex husband Dira akan berkawen dengan sherry merlis pulak kan..

Reply
avatar
11/11/2011 10:32 PM delete

tahniah buat dira . tuan belognye bile pulak :)

Reply
avatar
tunz
AUTHOR
11/11/2011 10:35 PM delete

alhamdulillah...

Reply
avatar
Cik Azizah
AUTHOR
11/11/2011 11:18 PM delete

@Nurul Faiz Bikers cis! xde soalan lain yg nak ditanya ke..hehe kasi LIKE bagi menang dulu baru leh kawen. haha

Reply
avatar
Cik Azizah
AUTHOR
11/11/2011 11:19 PM delete

@::ini belog saya . cinta hati saya:: kasi jijah menang contest tu dulu baru leh kawen. hehehe :p

Reply
avatar
Wanie
AUTHOR
11/12/2011 8:07 AM delete

mak ai hantaran die..helmi ni mesti org kaya kan..hehehe

Reply
avatar


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!