Bonus Dua Setengah Bulan Gaji Penjawat Awam 2013

PUTRAJAYA 9 Julai – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberi...





PUTRAJAYA 9 Julai – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus dua setengah bulan kepada seluruh penjawat awam tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, CUEPACS telah memohon secara rasmi mengenai perkara itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari ini dan berharap permintaan ini akan dipertimbangkan.

“Melihat pada keadaan ekonomi semasa sekarang, pada kami permohonan pemberian bonus dua setengah bulan ini yang telah diputuskan semasa mesyuarat CUEPACS pada dua minggu lepas adalah sesuai,” kata beliau dalam sidang media di sini hari ini.

Omar berkata, pemberian bonus bukan sahaja khabar gembira buat 1.4 juta penjawat awam bahkan akan turut memberi kesan langsung kepada ekonomi negara apabila terdapat aliran tunai yang aktif di dalam negara.

Pada tahun lepas, kerajaan memberi bonus satu setengah bulan kepada penjawat awam dan pemberian bonus tersebut merupakan yang terbaik pernah diberikan oleh kerajaan setakat ini.

Katanya, bersempena dengan kedatangan Ramadan dan menjelang sambutan Aidilfitri nanti semestinyalah penjawat awam mengharapkan bantuan dalam bentuk bonus daripada kerajaan bagi meringankan beban kewangan mereka. – BERNAMA



syukur Alhamdulilah kalau dapat bonus dua setengah bulan gaji..
rezeki anak :)


You Might Also Like

6 insan comel komen

  1. kalo btol, akk bole tumpang sekaki dr husband akk..hihi

    ReplyDelete
  2. peh .kalau dapat laa bonus byk tu..kayo eden kayo! :p

    hye jijah..take care ye :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah kalo PM bg jijah...kalo xdpt 2bln setengah pun xpe jnj de

    ReplyDelete
  4. Bagusla tu kak jijah.. utk kegunaan baby nnti.. =)

    ReplyDelete
  5. rezeki la klu dpt.... :))

    ReplyDelete
  6. bestnya org gomen.. kalau dpt, akak tumpang rezeki hubby je la... hihiii

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!