Perkembangan Bayi Minggu Ke 31

2/7/13= 31minggu Kadangkala sukar untuk percaya yang anda kini tinggal lagi 10 minggu untuk kelahiran bayi anda. Terdapat siki...



2/7/13= 31minggu


Kadangkala sukar untuk percaya yang anda kini tinggal lagi 10 minggu untuk kelahiran bayi anda. Terdapat sikit lagi perkembangan di dalam saiz fetus, plasenta, uterus dan cecair amnion yang akan meningkatkan dari segi saiz dan jumlah.

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Bayi sudah boleh mula membuka kelopak matanya. Bulu matanya dan keningnya sudah terbentuk dengan baik. Beratnya kini mencecah 3 paun atau 1.5kg dan panjangnya adalah 17 inci bersamaan dengan 41cm. Dua per tiga daripada saiznya yang bakal dilahirkan. Tahap antibodi bayi kini bersamaan dengan ibunya. Jika dilahirkan, bayi akan dapat bertahan tetapi masih dalam kerumitan. Berita baiknya, jika bayi dilahirkan pada saat ini, 85% bayi berpeluang cerah untuk terus hidup dan peluang hidup terus meningkat jika bayi dilahirkan pada 35 minggu ke atas.

Lengan bayi anda, kaki dan badan terus membesar dan akhirnya sama padan dengan saiz kepala bayi anda. Organ bayi anda terus mematang dan dia membuang air kecil dari pundi kencingnya. Ini persediaan yang baik untuk melatih dia kencing selepas kelahiran.

Anda mungkin sedar yang bayi anda tidak lagi bergerak sebegitu giat seperti dahulu. Jangan bimbang; dia tidak lagi mempunyai begitu banyak ruang dalam uterus anda. Selagi anda terasa dia menggeliang-geliut, anda tahu dia sihat sejahtera. Jangan tak percaya pula, dia masih perlu membesar lebih banyak lagi. Dia dijangka boleh naik berat badan dua paun / 900 gram lagi sebelum kelahiran. 





Doa Ibu Mengandung
Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Aminn..




You Might Also Like

12 insan comel komen

  1. Aminn. moga dipermudahkan segalanya Jijah.

    ReplyDelete
  2. Dah dekat sangat tu..take care ye

    ReplyDelete
  3. Dah dekat sangat tu..take care ye

    ReplyDelete
  4. wah... tinggal 10 minggu lg? preparation dh okay? hihi

    ReplyDelete
  5. Dah nak dekat hari.. Lepak dekat area hospotal jerlah sis.. Hihi..

    ReplyDelete
  6. @E'inAlhamdulilah preparation sikit2 sudah..

    ReplyDelete
  7. @Isabel Diaz nasib baik kampung dekat dengan hospital..hehe

    ReplyDelete
  8. Amin...semoga sihat selalu

    ReplyDelete
  9. 31 minggu.. baby dlm perot dah lengkap dah sifatnya kan... cuma ketahanan tu masih tahap sederhana,
    so, baby jijah harus bertahan didalam kandungan... tunggu lagi beberapa minggu... hope baby sihat sentiasa hendaknya.. minta doa selalu pada Allah swt...

    ReplyDelete
  10. baby dh kencing la...huhuhu...agk2x baby jijah nek lg tak 900g tu? :D

    ReplyDelete
  11. harap2 baby dalam tummy kak jijah tu sentiasa sihat dan baik2 saje.. sy pun tak sbr nk tnggu baby kak jijah lahir. hehe

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!