Perkembangan Bayi Minggu ke 34

34weeks= 23/7/13 Berat bayi anda sekarang 4.7 paun / 2.2 kilogram dan panjangnya ialah lebih kurang 18 inci / 45 sentimeter dar...



34weeks= 23/7/13


Berat bayi anda sekarang 4.7 paun / 2.2 kilogram dan panjangnya ialah lebih kurang 18 inci / 45 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Dia semakin gempal dan bulat dia akan memerlukan lapisan-lapisan lemaknya untuk mengaturtepatkan suhu badannya. 

Jika sebelum ini anda belum lagi mula bercakap dengan bayi anda, ini adalah masa yang baik untuk memulakannya pada 35 minggu kehamilan, pendengaran bayi sudah terbentuk dengan sempurna. Jangan pula terasa malu jika anda sudahpun berbual menggunakan cakap pelat bayi. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa bayi baru lahir memberi lebih perhatian kepada nada suara yang tinggi. 

Jika anda merasa bimbang tentang kemungkinan berlakunya pelahiran pramatang, anda akan bersenang hati untuk mengetahui bahawa 99 peratus daripada bayi yang lahir pada 35 minggu kehamilan boleh hidup di luar rahim dan majoriti tiada menghadapi masalah yang serius. Walaupun sistem saraf pusat bayi anda masih belum matang sepenuhnya, paru-parunya sudah hampir matang sepenuhnya sekarang. 

Ramai wanita mula merasakan sensasi semut-semutan dan kebas di daerah pelvis atau rasa sakit apabila mereka berjalan. Ini mungkin disebabkan sendi-sendi pelvis meregang, sebagai persediaan untuk kelahiran. 


Doa Ibu Mengandung

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

Aminn..


You Might Also Like

14 insan comel komen

  1. semakin hampir ye Jijah. moga dipermudahkan segalanya.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. sihat nampaknya tu.. lagi 2 bln berapa la pulak beratnya kan..hihi ;)

    ReplyDelete
  3. Tak lama lagi dah jijah..jap je kan...

    ReplyDelete
  4. excited nk tnggu baby kak jijah ni.. hehe.. mesti comel macam mama dia jugak.. =)

    ReplyDelete
  5. @ros_reeza Amin.. moga di permudahkan..

    ReplyDelete
  6. @Deqla Manjew jgn terlalu besar sudah la yer..hee

    ReplyDelete
  7. @aisya nanti kita tengok sama2 yer..hee

    ReplyDelete
  8. semoga baby dalam keadaan sihat selalu :)

    #blogwalking

    ReplyDelete
  9. tak lama dh tu...pasni mesti rindu blik nk ngandung klu dh bersalin.hahaha :p

    ReplyDelete
  10. @ayut itulah nanti rindu nak mengandung pulak..hee

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!