Persoalan Wanita Kepada Pasangannya..

* Syukur Alhamdulillah, aku disahkan mengandung. Tetapi alahanku menyebabkan aku tidak mampu mencium baumu sayang..Mendekatimu saja suda...



* Syukur Alhamdulillah, aku disahkan mengandung. Tetapi alahanku menyebabkan aku tidak mampu mencium baumu sayang..Mendekatimu saja sudah cukup mengundang loya..Entahkan berapa lama,,mungkin sebulan dua, mungkin empat atau lima bulan..Ada kemungkinan bukan sahaja untuk kandungan kali pertama, malah yang depan-depan juga....Sabarkah engkau dengan karenahku? Masihkah aku ini cintamu di kala itu..?? 

* Semasa mengandung, aku tidak lalu makan..mulutku asyik mengeluh sakit sini, sakit sana...Tidur sering tak lena..aku yang ceria berubah menjadi pemarah dan sering berduka...Bukan aku sengaja, tetapi segala yang ku rasa di setiap inci tubuhku menimbulkan resah dan tidak selesa..Sabarkah engkau dengan kelemahanku ini..??

* Semasa mengandung..upayaku untuk melayan keperluan batinmu tidak seperti biasa..Aku lemah..sering juga hambar tiada penariknya..Sehebat-hebat mujahadahku, diri ini amat terbatas dalam upaya berperanan sebagai isterimu..Masihkah aku buah hatimu..??

* Semasa kita mula berumahtangga....pasti hidup kita indah bagai di syurga..Tambah pula dengan kurniaan cahaya mata pertama..Namun ketika cahaya mata bertambah bilang, kerjaya kita semakin berkembang..Pendapatan bertambah..tanggungan dan beban juga bertambah..Dalam suasana yang banyak tekanan dalam rumahtangga kita, apakah engkau masih mampu ceria?? Sabar dengan kerenah anak-anak dan ibu mereka, terus tersenyum menawarkan bahagia...??

* Selepas beberapa tahun berumahtangga...aku belum merahimkan cahaya mata impian kita..saudara mara dan teman-teman memperlimu dan menuduh engkau bukan seorang jantan..Sedangkan aku punca sepimu tanpa zuriat...Dikala engkau diasak keluarga dan teman, masihkah aku ada tempat di lubuk cintamu..??

* Andai selepas beberapa tahun berumahtangga.aku diputuskan pemeriksaan perubatan bahawa diri ini mandul dan tidak mampu merahimkan cahaya mata impian kita......Apakah aku masih kekasih hatimu...??

* Jika aku ditakdirkan Allah diuji dengan barah payudara, terpaksa mengorbankan salah satu atau keduanya...kimoterapi meluruhkan rambutku yang pernah menjadi pujianmu..tubuh lemahku menumpang kasih dalam dakapan pelukanmu...berak kencingku dalam kain batik yang pernah kau hadiahkan suatu ketika dulu kepadaku....Masihkau engkau mencintaiku..????

## Tidak membuat persediaan, itulah kematian sebelum mati. Membiarkan diri dibius cinta, itulah racun pemusnah cinta..apabila cinta realiti, diterbangkan ke langit impian hingga kaki tak jejak bumi, tangan menggapai awan....Sebelum anda dibius cinta, soallah diri sejauh mana anda bersedia?? Jangan nanti mudah terlupa, isi dan kulit lafaz keramat AKU TERIMA NIKAHNYA...................


:: Dipetik dari buku "Bercinta Sampai Syurga"...





You Might Also Like

13 insan comel komen

  1. drpada buku tu eh.. ada orang adiahkan masa kawin, tapi belum sempat baca pun lagi.. :)

    ReplyDelete
  2. err.. termenung baca persoalan2 tu.. -_-

    ReplyDelete
  3. Sedih pulak baca.. Rasa takut nak kawen pun ada.. Huhu..

    ReplyDelete
  4. dugaan semua tu..tapi nauzubillah, memang dugaan yang sangat berat.

    ReplyDelete
  5. @Nia kan.. sedih sangat! adakah kita / suami kita bersedia..

    ReplyDelete
  6. persoalan demi persoalan.. yg membelengu akal dan fikiran..cehh.. mcm lirik lagu zz pulak..haha.

    ReplyDelete
  7. tiba2 tingat adik akak yg duk terlantar lg tu... kencing berak is3 dia la yg uruskan

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!