Boleh Naik Flight Semasa Hamil?

InsyaAllah ahad ni balik semenanjung! yippiii!! masa tu usia kandungan 32minggu/ 8bulan.. awal sungguh jijah dah cuti untuk bersali...



InsyaAllah ahad ni balik semenanjung! yippiii!!
masa tu usia kandungan 32minggu/ 8bulan..
awal sungguh jijah dah cuti untuk bersalin kan.. dua bulan tu...
satu bulan pakai cuti rehat.. satu bulan lagi cuti tanpa gaji..
terpaksa la korang... memandangkan suami jijah kerap belayar tiada siapa nak jaga jijah bila sarat nanti.
dah la rumah tingkat 2...nak menapak ke tingkat bawah mahu terberanak jijah nanti..huhuhu

InsyaAllah suami akan cuti dan hantar jijah balik kampung..
dapat la nak berpuasa dan berbuka sama-sama dengan suami sekejap di kampung. huhu 
tapi sudah pasti raya tak dapat raya bersama... sobsobsob :(

ramai yang bertanya pada jijah boleh ke time mengandung naik flight??
hahaha kalau ikutkan sepanjang mengandung ni dah 2x jijah naik flight..
pertama masa usia kandungan sebulan.. padahal masa tu tu benih baru nak jadi.. macam-macam boleh berlaku..
2nd masa usia 23minggu..



jijah selalu naik Air Asia dari Kota Kinabalu ke KLIA.. perjalanan 2jam setengah.. dan paling penting kalau tak nak rasa terhentak sangat time flight landing, duduk pada bahagian tengah flight... 

oklah..jijah nak share sikit prosedur dua company kapal terbang ni... 


Air Asia
*Kehamilan sehingga 27minggu, kami membenarkannya tanpa surat doktor dengan syarat penumpang kena sign surat  yang mana ada 3 copy, satu masa nak boarding, satu bagi dekat flight attendant & satu lagi copy kita pegang. Bila masa nak sign? Masa tengah check in @ masa tunggu nak boarding.
*Perempuan hamil dari 28 minggu sehingga 34 minggu penumpang kena bawak surat dari doktor yang mengesahkan usia kehamilan & anda tiada complication untuk penerbangan. Yang ni pun kena sign surat Limited Liability Statement
*Kehamilan dari 35minggu ke atas tidak dibenarkan menaiki flight. 
Malaysia Airlines
*Penumpang hamil normal boleh menaiki pesawat sehingga usia kehamilan 35minggu
*Surat keterangan doktor harus di bawa untuk mengesahkan bahawa penumpang tiada komplikasi untuk berada dalam pesawat bergantung pada tarikh kelahiran yang di jangkakan.
*MAS tidak membenarkan penerbangan bagi penumpang hamil pada bulan terakhir kehamilan sehingga tujuh hari sebelum tarikh melahirkan di jangkakan.



Alhamdulilah surat doktor dah di luluskan untuk naik flight! hehe


Harap dipermudahkan segala urusan la nanti...
Harap selamat sampai KLIA dengan tiada sebarang masalah...
InsyaAllah.. Aminnnnnn................







You Might Also Like

32 insan comel komen

  1. Fiza doakan yg terbaik buat jijah. Selamat pulang ke N9. Take care dear :)

    ReplyDelete
  2. jijah dah start cuti bersalin yer..ok la tu..time tu kena manjakan diri..jgn wat keja berat2 sgt..heheh

    ReplyDelete
  3. seronoknye die nak balik....

    ReplyDelete
  4. eh jijah kalo 32minggu tuh usia kandungan 7 bulan 14 hari kan kn?

    ReplyDelete
  5. moga selamat sampai kat semenangjung k...lama tul cuti bestnyer...

    ReplyDelete
  6. Jijah..
    Kalo MAS 35 weeks masih bleh naik flight eya?
    sy nak balek kampung masa 35 weeks and nak mintak surat dokter la lagi..
    Sebab nak pantang kat kampung.. Sabah..huhu

    ReplyDelete
  7. Hish susahnya kalau tak dapat naik..

    ReplyDelete
  8. klu xdibenarkan..akak buat muke kesian oke?!..hati2..eca jumpa akak & baby bila akak balik sabah,klu sempat,minggu ne eca jumpa akak sebelum balik k :)

    ReplyDelete
  9. oh..kene ade surat doktor eh jijah. take care jijah, maaf lmae x dtg blog jijah :)

    ReplyDelete
  10. huhu
    kak jijahhhh..
    bila laa boleh jumpa ni..
    dian asyik berkursus jak..
    silap2 jumpa kak jijah time kak jijah nak balik kampung.. huhu
    flight bila?
    kalu free, jumpa kat airport la masa tu yerr..
    sobsss sobbsss..
    rinduuuu..

    ReplyDelete
  11. Nanti dah balik semenanjung jangan lupa update blog tau!Hehehe...

    ReplyDelete
  12. @Mimi Azirah 32minggu= 8bulan la kak.. sebulan kan ada 4minggu...hehhe

    ReplyDelete
  13. @Emma Nyiu 35minggu boleh..tp kena ada surat doktor.. tp time tu baby dah nak matang takut gak tu terbersalin yunk!

    ReplyDelete
  14. @dian.dyan flight ahad 12.30pm dr KKIA..

    ReplyDelete
  15. wah..selamat menaiki flight...itulah adatnya kalau keluarga jauh kan..kena pulak suami outstation..apa2pun,hati2 naik flight nnt. all the best..

    ReplyDelete
  16. Oo boleh rupanya... patutlh masa nk ke kching hsritu tgk perempuan tu dah bsar prtnya... tapi elok ja nim flight... tertnya2 jgk boleh ka...
    tapi masa flight nk landing tu ok ja... smooth ja....

    ReplyDelete
  17. @IbuNoey InsyaAllah mudah2an selamat..

    ReplyDelete
  18. @Sayangku Zie memang boleh kak.. tp ada surat doktor.

    ReplyDelete
  19. yeay balik semenanjung ^^ xpela insya Allah nnt raya baby teman jijah ea :) bru tahu kena bawak surat nek flight klu mengandung...moga selamat sampai je jijah :)

    ReplyDelete
  20. semoga kak jijah sekeluarga selamat sampai ye.. =)

    ReplyDelete
  21. Terima kasih n dapat juga maklumat tentang macamana SOP nak naik flight untuk isteri saya yg hamil dah 19 minggu nie.

    Redha Allah swt kita chari.

    ReplyDelete
  22. terima kasih dengan informasi dan dapat lah juga hilangkan stress macamana nak naik flight nie dgn isteri yg dah mengandung 19 minggu nie.

    Redha Allah swt kita chari.

    ReplyDelete
  23. Baru terjumpa post jijah pasal ni..jijah naik air asia ke masa ni?

    ReplyDelete
  24. ASSALAMUALAIKUM JIJAH.

    SY AKAN NAIK FLIGHT MINGGU DEPAN. USIA KANDUNGAN 7W. APA NASIHAT JIJAH YE. RISAU SGT2 NI.

    ReplyDelete
  25. @syazwani ghazali nasihat eh.. kalau boleh duduk kat seat tengah.. then nnt bila kapal landing takut terhentak, awak cuba angkat punggung supaya xterhentak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum.. Usia kandungan sy 28minggu, kalau naik Mas xad keterangan dr doc bole lepas ka?

      Delete
    2. Assalamualaikum.. Usia kandungan sy 28minggu, kalau naik Mas xad keterangan dr doc bole lepas ka?

      Delete
  26. salam nak tanya
    web check in boleh ke klu pregnant?

    ReplyDelete
  27. @Norsuhana Osman boleh agaknya.. tp nnt kat airport staff sana akan bagi borang if tahu kita pregnant

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!