Bacalah Subhanallah,Alhamdulillah,Allahuakbar 33 kali l Penawar Keletihan
9:00:00 PMBagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. ini kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya. Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. "Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam." Dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata. Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan), Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.
12 insan comel komen
=) dengan ikhlas dan istiqamah tuh penting.
ReplyDeletecumil nye kucing tuhhhhhhhhhh..!!
ReplyDeleteTerima kaseh, insya allah sy akan amalkan.
ReplyDeletenice info..tenkiuuu cik azizah.. ^^
ReplyDeleteinsyaallah akan saya cuba praktikkan nya nanti...nice info...
ReplyDeletesuka entry u ni. and kucing tu comel la bila penat. hihi "))
ReplyDeleteamin..
ReplyDeletemengerbang bulu kucing tu :)
amboi penat sngt smpi tertido kat situ..p angkat letak atas tilam dalam bakul
ReplyDeletethanks for info... baru tau.. ^___^
ReplyDeleteKalau ada masa jemput joint contest hantaran idaman kat
www.akusyafrina.blogspot.com
blh amalkan lpas ni... moga ilang letih .. tengs ye jijah :)
ReplyDeletewah..entry yg sangat3 berpaedah..thanks share! ;)
ReplyDeleteTQ
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!