perbarisan tamat latihan tentera dan polis
port dickson
tentera
Perbarisan Tamat Latihan Perdana Perajurit Muda dan Konstabel Polis Siri 1/2011
10:00:00 AM
Sticky Post till 30 july
PORT DICKSON – Perbarisan Tamat Latihan Perdana Perajurit Muda dan Konstabel Siri 1/2011 bakal mencipta sejarah tersendiri. Seramai 984 orang konstabel polis yang menjalani latihan asas bersama tentera selama enam bulan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) akan mengadakan perbarisan tamat latihan pada Sabtu ini bersama 2,107 perajurit muda.
gambar hiasan- tentera laut,tentera udara,tentera darat
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mencetuskan idea latihan bersama polis dan tentera itu, dijangka menyaksikan perbarisan tamat latihan perdana Angkatan Tentera Malaysia-Polis Diraja Malaysia siri 1/2011 itu.
Program latihan bersama antara ATM dan PDRM di satu tempat adalah yang julung kali diadakan dan dijangka dapat menjimatkan kos kerajaan sebanyak RM639 juta untuk tempoh lima tahun.
Sejak Januari tahun ni, 984 orang pelatih PDRM menjadi kumpulan pertama menjalani latihan selama enam bulan di Pusasda.
Tiga stesen televisyen antarabangsa akan membuat liputan perbarisan itu nanti dan dijangka seramai 20 ribu orang ramai bakal menyaksikan detik bersejarah menerima tabik hormat perbarisan daripada Perdana Menteri.
LATIHAN TERAKHIR ... Jurulatih Kawad Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sarjan Mejar Khalil Mohammad dan (dua, kiri) memeriksa perbarisan kehormat Konstabel Polis sambil diperhatikan oleh Jurulatih Kawad Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Rejimen Sarjan Mejar, Saaid Abd Rahman (kiri) ketika latihan Perbarisan Tamat Latihan Perdana bersama ATM di Port Dickson. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyempurnakan majlis yang penuh bersejarah ini di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Sabtu ini
***************************************
Kemudahan Di Pusat Latihan
Terdapat kira-kira 10 blok penginapan bagi menempatkan perajurit muda tentera di Pusasda sebelum ini, dengan 24 dormitori yang mampu memuatkan kira-kira 300 orang pada satu-satu masa.
Semasa sesi latihan, tiga blok dikhususkan bagi kegunaan PDRM. Ia juga diberi kemudahan menggunakan dewan kuliah, lapang sasar, padang bola dan padang kawad secara bersama.
"Cuma untuk latihan menembak, kami menggunakan senjata kami sendiri. Yang lain-lain kami gunakan prasarana ATM," kata Nekmat.
Mengenai kemudahan rawatan menggunakan Rumah Sakit Angkatan Tentera (Resat), Dzulkarnain berkata dalam kes kecemasan, pihaknya tidak mempunyai masalah untuk menerima dan merawat pesakit dari kalangan pelatih PDRM.
Pada masa ini, PDRM menggunakan kemudahan perubatan yang disediakan di Hospital Port Dickson
Susun Jadual
Memandangkan kerjasama ini yang pertama kali seumpamanya dijalankan antara kedua-dua agensi keselamatan itu, sudah tentunya perancangan jadual latihan di Pusasda perlu disusun rapi bagi mengelak pertindihan.
Dzulkarnain berkata pihaknya bersama wakil daripada PDRM mengadakan mesyuarat koordinasi setiap minggu bagi membincangkan perancangan masing-masing.
"Sebagai contoh kami(ATM) tak guna padang kawad sepanjang hari. Jadi, kalau polis pakai sebelah pagi, tentera akan pakai sebelah petang.
Beliau berkata sehingga kini tiada masalah yang timbul berkaitan penggunaan bersama kemudahan yang ada oleh polis dan tentera di bawah satu bumbung di situ.
Latihan Pasukan
Dzulkarnain berkata ATM dan PDRM tidak mengadakan latihan bersama kecuali bagi kawad kaki sahaja.
"Ia lebih dalam bentuk kawad sahaja latihan bersama yang kita ada. Tapi dalam bentuk eksesais lain, polis ada kepakaran atau perkara yang perlu diajar kepada pelatih-pelatih mereka.
"Manakala tentera pula, kita mengikuti mata pelajaran yang berlainan daripada polis. Sebab itu dalam subjek eksesais kita tidak buat penggabungan," katanya.
Meskipun begitu, beliau mengakui bahawa perbezaan corak latihan antara ATM dan PDRM telah memberi manfaat kepada pelatih kedua-dua agensi itu melalui pemerhatian melihat corak latihan masing-masing.
Catat Sejarah
Pada 30 Julai ini, sejarah bakal tercipta bagi PDRM dan ATM apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual merasmikan upacara perbarisan tamat latihan bagi kedua-dua pasukan keselamatan negara.
Upacara itu julung kali diadakan di negara ini di mana pelatih polis dan perajurit muda tentera berkawad bersama sempena perbarisan tamat latihan serentak.
"Ini tidak pernah lagi dibuat dan inilah pertama kali dibuat di Malaysia dan saya percaya di tempat-tempat lain pun belum pernah dibuat di mana pelatih tentera dan pelatih PDRM tamat latihan bersama.
"Kita akan menggunakan satu padang kawad di mana ketua perbarisan diketuai seorang daripada tentera dan seorang lagi polis dan kontijen juga dicampurkan," kata Dzulkarnain.
Selain Perdana Menteri, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain akan turut hadir pada acara itu
sumber: BERNAMA
p/s *jom pakat pergi Pee Dee tengok perbarisan askar dan polis. boleh jumpa jijah sekali..
minat sangat dengan askar sebab tu dapat encik navy tapi langsung tak minat polis!! grrr!!*
27 insan comel komen
wah..xleh la nak gini..
ReplyDeletekalau bergabung mcm ni
ReplyDeletebaru terbaik
malaysia juga aman :0
wah..senang, semua perbarisan tamat latihan buat sekali...jimat belanja..
ReplyDeletelor..den ingat cikk jijah yg tamat latihan perbarisan tu..adehhh..rupa2 ulasan berita ya..hehehe
ReplyDeletetahniah kepada sesiapa yg telah tamat latihannnn :D
ReplyDelete@nuyui; hehe jauh yer..ngehngehngeh..
ReplyDelete@terbelog; yup bergabung la baik..1st nak buat gabungan cmni..
@khairil; mmg jimat sebanyak rm639 juta selama 5 tahun! duit kerajaan tu..
@tyntha lana; hehe sebab dah buat kat Pee Dee tu yg ulas berita tu..hehehe
@sarah mohamad; yes! tahniah kepada mereka.
tahniah tahniah . kpd sape yg telah tamat latihan ye :)
ReplyDeletetak tahu siapa yang tamat nie...hehe
ReplyDeleteaikk?? apesal date awal sehari??
ReplyDeletewahhh..da tamat tu..bleh kerja leklok
ReplyDelete@ini belog saya.cinta hati saya; yer..tahniah siapa yg ade sedara mara yg tamat latihan..
ReplyDelete@nizam ijam; hehe tak de sedara yg masuk askar eh. hehe
@zuraini; asal sehari cmner tu?
@apik pehe; haha bukan jijah yg join lah..kalau join takde ms nak blogging nyer...
tahniah yer...
ReplyDelete@isteri encek bard; hee tahniah kepada rekrut yg terlibat..
ReplyDeleteLatihan asas bersama tentera... mesti lasak ni...
ReplyDeletebergaya2
ReplyDeleteSemua nampak kemas dan seragam... Tentera dan polis buat latihab sama-sama---Hmm..
ReplyDeletewuming: yup..biarkan je..polis selalu latihan dia tak teruk sgt!
ReplyDeleteshawn razaleigh; haha mmg bergaya dan smart!!
wuming; bagus kan dia buat latihan bersama2.. biar kerah je polis tu! haha
ReplyDeleteuitss .. siap sticky post ni ... :)
ReplyDeleteerk.ramai gila ye.muat ke tempatnya..
ReplyDeleteee adik i pun kat sini.. army!!tahniah buat pahlawan kita!!!
ReplyDeleteini kisah tia; haha semnagat askar!
ReplyDeletezoul; muat kot. gilir2 perbarisan..
kikihanako; tahniah buat adik u!
bf ade kt situ eh .. hehehe
ReplyDelete@alif haris; hehe bukan lah...sebab buat kat tempat jijah. tu yg jijah buat entry!
ReplyDeleteakak 2x pergi intrview polis tp xbjaya sbb berat xcukup.. hahhahhaha
ReplyDeletex best la kongsi huhu
ReplyDeletecantik kan baju diaorang
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!