Perhimpunan BERSIH l Kawalan elak kekacauan

askar berkawal dan menutup jalan di Dataran Merdeka Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar (gambar kecil) berkata, polis terpaksa mengambil...


askar berkawal dan menutup jalan di Dataran Merdeka


Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar (gambar kecil) berkata, polis terpaksa mengambil langkah mengetatkan kawalan di ibu kota mulai semalam menjelang perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) bagi memastikan keselamatan orang ramai dan ketenteraman awam terus dikekalkan.


"Sekatan-sekatan jalan di tempat-tempat tertentu terpaksa diadakan untuk mengelakkan kumpulan-kumpulan pengacau memasuki bandar raya," kata beliau di sini semalam.


Menurut beliau, tindakan itu juga ekoran penemuan senjata sebelum ini yang meningkatkan kebimbangan bahawa ada pihak yang berniat menimbulkan huru-hara.


"Maklumat juga menunjukkan mereka merancang untuk berdemonstrasi dan berarak di beberapa lokasi di dalam bandar raya ini," kata beliau.


Ismail mendedahkan kumpulan-kumpulan itu turut merancang menggunakan masjid-masjid di sekitar bandar raya untuk berhimpun.


"Mereka telah bergerak masuk ke Kuala Lumpur secara persendirian dan kumpulan kecil untuk mengelak dikesan dan ditahan polis," katanya.


wah askar dengan polis ni tengah sibuk standby la ni..

You Might Also Like

4 insan comel komen

  1. harap2 tak ada le kejadian yang tidak diingini berlaku...

    ReplyDelete
  2. jgn sampai bakar2 bangunan sudah la ..

    ReplyDelete
  3. dlm kes ni
    byk org salah polis
    kdg2 x phm la
    polis jg keamanan je

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!