Khasiat Garam

Dalam hadis Nabi ada disebutkan tentang garam. " Garam penghulu kepada lauk-pauk. " Betapa garam asalnya dari laut, apabil...




Dalam hadis Nabi ada disebutkan tentang garam. "Garam penghulu kepada lauk-pauk." Betapa garam asalnya dari laut, apabila disejatkan menghasilkan kristal garam. Unsur tanah terdapat di dalamnya kerana dasar laut juga adalah tanah. Sebab itu garam juga diperoleh dari bukit dan dikenal sebagai garam bukit.


Kegunaan GARAM :

1. Membuang busuk ikan. Ikan apabila sudah lama terdedah di darat akan menjadi busuk. Untuk menghilangkan hanyir ini, ikan diredam dalam air garam.

2. Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

3. Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

4. Mengubat gout. Gout disebabkan pemakanan makanan laut yang berlebihan. Orang yang tinggal berhampiran pantai boleh menanam badan dalam pasir laut. Bagi mereka yang tinggal di bandar, garam kasar digoreng dan didemahkan di tempat sakit ketika garam masih panas.

5. Merawat cirit-birit. Ia boleh diubati dengan meminum air yang dicampur sedikit garam.

6. Merawat mabuk perjalanan. Sesetengah orang akan mengalami mabuk perjalanan setelah melepasi tempoh tertentu. Untuk merawat mabuk perjalanan, garam dicampur madu dan air dan diminum sebelum memulakan permusafiran.

7. Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

8. Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.

9. Menghilangkan penat kerana kerja berat. Amalan orang-orang Melayu tradisional yang bertani, bersawah atau bertukang ialah meminum air sejuk yang dicampur garam.

10. Mengelak sihir/gangguan jin bagi mereka yang bermalam di hutan. Garam adalah sumpahan jin. Garam yang dijampi dengan Al-Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah – 7 kali) ditabur di sekeliling khemah.

11. Mengelak gangguan syaitan/jin kepada bayi. Ada ketikanya bayi menangis waktu malam disebabkan dia nampak syaitan, bukan kerana lapar. Untuk mengatasi masalah ini, garam dicampur dengan bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Campuran itu diletak dalam gelas/cawan/bekas yang terbuka. Bekas itu diletakkan di bahagian kepala bayi.

12. Mengelak panahan iblis bagi lelaki yang beristeri kerana bekerja di kawasan hutan. Petua Melayu tradisional apabila ke hutan mereka akan terserempak dengan jin yang menjelma sebagai perempuan bogel di sungai. Akibatnya mereka teringat-ingat kepada jelmaan makhluk itu sehingga mengabaikan isterinya. Cara mengatasinya sama seperti yang dinyatakan dalam ( 10 ).

13. Mengubat orang yang diganggu jin. Bagi orang dewasa yang dikhianati (disihir) cara mengubatnya ialah dengan meletakkan garam yang dijampi dengan al-Fatihah di perdu lidah. Perdu lidah ialah bahagian bawah lidah yang apabila diangkat akan nampak urat hijau lidah.
selamat mencuba ^^



You Might Also Like

17 insan comel komen

  1. Jin taku t garam rupanya... Arang di Kl boleh tanya Jin samsudin tengok

    ReplyDelete
  2. banyak jugak khasiat garam ni kan

    ReplyDelete
  3. menarik info ini..baru tahu garam ni ada juga kegunaanya yang lain selain dari masakan...baru tahu info 10 ~13..terima kasih...

    ReplyDelete
  4. banyak betul khasiatnya.. nice info!!

    ReplyDelete
  5. no 11 tu
    penah tgk ustaz
    tabur garam sekeliling rmh org sakit

    ReplyDelete
  6. banyaknye guna garam ni sebenarnye..Eza nak tnya pasal untuk ubat gout tu..sebab abah eza ada gout..garam tu nak goreng mcm mana? garam biasa ke? hehe..berminat lak nak tau..::)

    ReplyDelete
  7. wah banyak jugak ye fungsi garam ni..selama ni tahu garam hanya digunakan untuk memasak jee..thanz for this info ye kak..=)

    ReplyDelete
  8. hehehe.tapi bleh wat darah tinggi gak..heheh

    ReplyDelete
  9. pergh lagi banyak rupanya kehebatan garam neh

    ReplyDelete
  10. sekian penerangan dari BOMOH JIJAH PECUT... kah kah kah kah.. good info..!!

    ReplyDelete
  11. garam boleh gune utk gout eh?
    xtau lak..nice info..:)

    ReplyDelete
  12. uwaaah byknye khasiat die eh ^^ nice ~

    ReplyDelete
  13. banyak juga khasiat garam....

    baru ku tahu...hehe

    ReplyDelete
  14. merawat cirit birit? huhu

    ReplyDelete
  15. antra garam dan gula,lbh bguna garam kan..

    p/s: hahah,xpnh jauh dari perak..ngeh3..

    ReplyDelete
  16. garam ngan lada hitam tu jin takut. combine skali :)

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!