Penyusuan Susu Ibu Pilihan Terbaik1

Assalamualaikum kalian.. PENYUSUAN SUSU IBU PILIHAN TERBAIK!! POLISI Semua ibu di galakkan menyusu anaknya dengan susu i...


Assalamualaikum kalian..


PENYUSUAN SUSU IBU PILIHAN TERBAIK!!




POLISI

Semua ibu di galakkan menyusu anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur 6 Bulandan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 Tahun.
Makanan Pelengkap perlu di berikan mulai umur 6 Bulan.


KEPENTINGAN PENYUSUAN SUSU IBU SEBAIK SAHAJA SELEPAS KELAHIRAN



  1. Sentuhan kulit bayi dan kalian dalam masa 1 jam yang pertama selepas kelahiran selama sekurang-kurangnya 10 minit akan mengeratkan hubungan kalian
  2. Ini penting untuk memudahkan proses pengeluaran susu
  3. Rooting refleks [mencari-cari payudara] dan gerak balas hisapan kuat dalam masa 1 hingga 2 jam pertama
  4. Mengelakkan bengkak payudara
  5. Pemberian susu awal [kolostrum] yang kaya dengan protein serta antibodi untuk mengelakkan bayi dari jangkitan
  6. Mengelakkan pendarahan selepas bersalin



FAEDAH-FAEDAH KOLOSTRUM



cecair yang sedikit likat dan bewarna kuning yang terhasil dalam masa 24 - 36 jam selepas melahirkan anak dan kembali menjadi susu biasa selepas hari ke 3.
  1. Kaya Antibodi - Melindungi bayi dari jangkitan dan alahan
  2. Kaya Sel Darah Putih - Melindungi dari jangkitan
  3. Kaya Vitamin A dan E - 5x ganda bekalan vitamin berbanding susu formula
  4. Faktor Pertumbuhan - Kematangan usus dan mencegah alahan
  5. Sejenis Laksatif - Mengeluarkan mekonium[najis baby warna hitam]- normal dan sihat
  6. Mencegah Jaundis - Mencegah baby kuning akibat hati tak matang

FAEDAH-FAEDAH SUSU IBU UNTUK BAYI

  1. Mengandungi bahan pencegah penyakit [antibodi]
  2. Mempunyai komposisi yang mencukupi dari suhu yang sesuai
  3. Mengelakkan dari kurang zat makanan dan cirit birit serta penyakit saluran pernafasan
  4. Mengurangkan risiko alahan
  5. Perkembangan daya intelek yang lebih baik [IQ tinggi]
  6. Kurang masalah pergigian dan pendengaran
  7. Mengurangkan penyakit kencing manis pada kanak-kanak,pneumonia dan jangkitan telinga
  8. Menggalakkan tumbersaran
  9. Penghadaman yang mudah

FAEDAH-FAEDAH SUSU IBU UNTUK IBU

  1. Membantu mengecutkan rahim-mengurangkan pendarahan
  2. Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
  3. Mengurangkan risiko barah payudara dan ovari
  4. Penyusuan susu ibu sepenuhnya membantu menjarakkan kehamilan
  5. Mnejimatkan masa dan wang
  6. Mudah dan tidak perlu persediaan


FAEDAH IBU DAN ANAK BERSAMA SEPANJANG MASA [ROOMING IN]

  1. Dapat disusukan mengikut kehendak bayinya
  2. Mengeratkan kasih sayang ibu dan anak
  3. Mudah meneruskan penyusuan susu ibu sepenuhnya
  4. Merangsang pengaliran dan pengeluaran susu
  5. Mengelakkan bengkak payudara
  6. Mengurangkan infeksi

KEPENTINGAN PENYUSUAN SEPENUHNYA[EXCLUSIVE]

  1. Tiada minuman lain di berikan selain susu ibu
  2. Tidak memberi puting tiruan kepada bayi
  3. Berikan penyusuan susu ibudengan kerap sekurang-kurangnya 8-12 kali sehari
  4. Antibodi dalam susu ibu memberi perlindungan dan mengurangkan penyakit pada bayi
  5. Mengurangkan alahan
  6. Menjaga kesihatan bayi dan ibu
  7. Mengeratkan kasih sayang



bersambung PART2..



You Might Also Like

22 insan comel komen

  1. rajinnya buat post pasal neh. tak terpk pulak. hehe

    ReplyDelete
  2. dear,ade kesan ape2 tak lau menyusu smpai umur 3 tahun????

    ReplyDelete
  3. PAS NIE BAGI SUSU IBU JE LA..:p

    FOLLOW

    AWK2...AWK BAIK HATIKAN,LEH X VOTE UNTU SAYE...

    JOM singgah blog saya nak... eh pilihan raye dah mule ke? kat mane? isk...owh....

    ReplyDelete
  4. Warghhh..beguna untuk aku entry ni..bila da kawen nanti,hehe.

    ReplyDelete
  5. info yg bgus..ini utk bayi je..bukn utk bapak bayi...kih kih kih kih...

    ReplyDelete
  6. cool entry for my child :D

    ReplyDelete
  7. Nice info :) utk perkongsian dan kesedaran pasangan suami isteri..yg masih lum kahwin utk pengetahuan

    ReplyDelete
  8. terrrbaeeekkkkk...!!! good info..!! good picture..!! hehehehe...

    IKLAN APAKAH???? http://wancikgumuzik.blogspot.com/2011/07/iisshhhkkk-apa-kejadahnya-iklan-ini.html

    layannn...

    ReplyDelete
  9. wah..bagusnya n3 nie..tp ada terkejut tgk picture nie..haha

    ReplyDelete
  10. Thanks syer faedah2 nie..
    Mmg sangat berguna ;)

    ReplyDelete
  11. Thanks syer faedah2 nie..
    Mmg sangat berguna ;)

    ReplyDelete
  12. kalau bc pasal susu ibu, mmg best la!!! hihii

    Susu ibu adalah yang terbaik..!!

    td akak ada tgk tanya ustaz tv9.. dia cakap kalau bg ank minum susu lembu, anak tu jd anak susuan lembu.. huhuuu

    ReplyDelete
  13. @intan berlian;
    haha mmg betol la kak. dah tu susuan lembu. tu sbb anak degil nakal...hish2..

    ReplyDelete
  14. jijahhhh~ entry nie bagus! but the picture kna cover2 sket..haha~ :P

    ReplyDelete
  15. banyaknya ilmu anda pasal susu..
    nnti bolh rekomen blog ni sapa2 yg nak tahu pasal susu badan..tq ^^

    ReplyDelete
  16. @ika; benda ni umum la dear. takde malu2. ni sekadar ilmu. tak ramai ibu nak myusukan anaknya!

    ReplyDelete
  17. dulu sy nyusu ibu smpai 3 tahun .. hoho :D

    ReplyDelete
  18. eee..nampak ting ting dia..hehehe...
    eh..sampai dua tahun jer ek?

    ReplyDelete
  19. Susu ibu memanglah yang terbaik...

    ReplyDelete
  20. xsabo nak meyusukan baby. hehe nak kawen nak kawen :D

    ReplyDelete
  21. excited pulak nak breastfeed baby sendiri nanti. harap-harap takde masalahlah nanti. hihi..

    jemput visit blog saya ^_^
    www.miszjueshoppe.com

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!