Penyusuan Susu Ibu Pilihan Terbaik2

BAGAIMANA MEMASTIKAN SUSU IBU MENCUKUPI? Memulakan penyusuan awal dalam masa 1 jam selepas kelahiran Memberi penyusuan susu ibu d...


BAGAIMANA MEMASTIKAN SUSU IBU MENCUKUPI?

  1. Memulakan penyusuan awal dalam masa 1 jam selepas kelahiran
  2. Memberi penyusuan susu ibu dengan kerap 10-12 kali sehari dan bila-bila perlu[ on demand]
  3. Tidak memberi bayi minuman lain selain susu ibu
  4. Tenangkan fikiran dan rehat secukupnya
  5. Makan makanan seimbang dan minum secukupnya mengikut keperluan
  6. Teruskan penyusuan pada waktu malam kerana susu banyak di hasilkan pada waktu malam
  7. Menyusu dengan posisi dan cara pelekapan yang betul
  8. Pastikan tiada punting kosong / punting piring
  9. Makanan tambahan di mulakan pada umur 6 bulan

TANDA PENGHISAPAN YANG BERKESAN

  1. Hisapan perlahan dan dalam
  2. Nada hisapan : hisap telan.hisap telan
  3. Dengar bunyi bayi menelan
  4. Hisapan cepat dan cetek

TANDA BAYI MENDAPAT SUSU YANG CUKUP

  1. Bayi berhenti sendiri apabila kenyang
  2. Kencing lebih 6 kali dalam masa 24 jam
  3. Kekerapan membuang air besar yang normal [4-8 kali dalam masa 24jam]
  4. Bayi kelihatan puas,ceria dan kulit bayi sihat
  5. Payudara ibu penuh sebelum menyusu dan ringan selepas menyusu






CARA MEMBERHENTIKAN PENYUSUAN

  1. Biarkan bayi melepaskan puting payudara dengan spontan
  2. Payudara kedua diberi selepas bayi selesai menghisap payudara pertama
  3. Jangan alihkan bayi dari payudara selagi dia sedang menyusu kecuali membetulkan pelekapan
  4. Untuk memberhentikan pelekapan bayi,masukkan jari kelingking ke tepi mulut bayi untuk mengeluarkan puting payudara dari mulutnya.

cara dari mula penyusuan susu ibu hingga berhenti dengan cara guna jari kelingking



TEKNIK LEKAPAN DAN PENYUSUAN SUSU IBU

  1. Dukung bayi dalam posisi yang selesa
  2. Sentuh pipi bayi agar dia berpaling pada payudara ibu
  3. Sentuh bibir bayi dengan puting payudara agar dia mula membuka mulutnya dengan luas
  4. Gerakkan badan bayi ke arah ibu
  5. Pastikan mulut bayi merangkum sebahagian kawasan areola payudara
  6. Pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit bahagian bawah payudara ibu

CARA MENGAMPU PAYUDARA




  1. Ampu payudara dalam keadaan pegangan "C" [C-hold]
  2. Ibu jari di atas payudara manakala jari-jari lain mengampu bahagian bawah payudara
  3. Ampu dengan lembut jangan memicit atau menekan payudara dengan kuat dalam keadaan ini.

TEKNIK LEKAPAN BAYI



  1. Mulut bayi terbuka luas
  2. Dagu bayi mencecah payudara
  3. Bibir atas dan bawah melengkup keluar
  4. Mulut bayi merangkum sebahagian besar kawasan areola
  5. Pipi bayi mengelembung
  6. Ada nada hisapan glup,glup,hisap telan hisap telan


bersambung PART3


You Might Also Like

3 insan comel komen

  1. Yang saya tahu dan pasti , susu ibu adalah yang terbaik...

    ReplyDelete
  2. susu ibu is the best ^^..

    tgk anknye nih .. dah membesa da pn :)

    ReplyDelete
  3. nice info and sharing jiejah..berguna sgt2 nih ^_^

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!