♥eMEDIK
♥Tips Pregnancy
penyusuan susu ibu
Penyusuan Susu Ibu Pilihan Terbaik3
11:15:00 PM
POSISI PENYUSUAN SUSU IBU
boleh di gunakan sebagai
1. Cross-cradle hold
2. Cradle hold
3. Football hold
4. Side-lying hold
[rujuk gambar di atas]
bayi kembar begini
TEKNIK PEMERAHAN SUSU
- Memerah dengan tangan pilihan terbaik jika perlu memerah susu pada hari-hari 1-3 selepas kelahiran
- Basuh tangan dengan bersih sebelum memerah
- Sediakan bekas yang bersih dan steril
- Lakukan pemerahan di tempat yang bersih,tenang dan selesa
- Boleh dilakukan dalam keadaan duduk atau berdiri
- Buat sedikit urutan pada payudara dan rangsang/gentel puting payudara untuk memberi rangsangan
- Melihat gambar bayi boleh menghasilkan refleks
- Tuam panas payudara boleh membantu menghasilkan refleks penghasilan susu
- Buat pegangan “C” pada payudara, letakkan ibu jari di sebelah atas payudara berdekatan areola manakala jari telunjuk di bahagian bawah (utara dan selatan)
- Tekan payudara ke belakang ke arah dada
- Perah/picit dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit selama 2 saat dan lepaskan
- Teruskan memicit sehingga susu keluar
- Buat berulang kali sehingga tiada lagi susu keluar
- Tukar ke payudara yang satu lagi
- Urut kedua-dua payudara dan mulakan sekali lagi
- Perah setiap payudara 5-10 minit secara bergilir
- Setelah selesai memerah, sapukan beberapa titik susu ke atas puting dan keringkan puting payudara
MEMERAH DENGAN PAM
- baca panduan penggunaan pam dan panduan pembersihan peralatan mengepam sebelum menggunakannya
- basuh dengan bersih dan sterilkan peralatan mengepam
- basuh tangan dengan bersih
- duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
- rangsang/gentel puting payudara untuk menghasilkan refleks oksitosin (let-down reflex)
- posisikan puting payudara ke dalam corong breast shield
- mula mengepam pada kelajuan hisapan paling rendah(jika menggunakan pam elektrik/bateri)
- boleh laraskan kelajuan hisapan mengikut keselesaan
- pam kedua-dua belah payudara secara bergilir-gilir
- masa mengepam antara 10-20 minit (berbeza mengikut individu)
CARA MENYIMPAN PERAHAN SUSU IBU
1. Simpan perahan susu ibu dalam bekas yang bersih dan bertutup
2. Tuliskan tarikh dan masa perahan di setiap bekas simpan susu
3. Simpan susu ibu:
2. Tuliskan tarikh dan masa perahan di setiap bekas simpan susu
3. Simpan susu ibu:
- Pada suhu bilik, susu tahan 4-6 jam
- Di dalam peti sejuk beku tahan 3 bulan
- Di bahagian rak pertama bawah 'freezer' tahan selama 72 jam
- Suhu dingin tahan 8 jam
4. Susu ibu tidak boleh di masak. Panaskan dengan merendam bekas susu ke dalam air suam
5. Baki susu perahan yang telah di panaskan tidak boleh di simpan semula.
ihsan google
PANDUAN PENYUSUAN SUSU IBU BAGI IBU BEKERJA
MEMULAKAN PERAHAN SUSU IBU 2 MINGGU SEBELUM MULA BEKERJA
Kejayaan penyusuan susu ibu untuk ibu bekerja bergantung kepada kejayaan ibu menyusukan bayinya semasa dalam pantang. Penyusuan susu ibu menjadi lebih mudah sekiranya ibu memahami cara perahan yang betul. Ingatlah tidak ada yang lebih baik selain dari susu ibu!
Keburukan Susu Botol
1. Lebih kerap mendapat jangkitan [batuk,selsema dan demam]
2. Kesihatan ibu terjejas- risiko mendapat kanser payudara dan ovari
3. Tidak membantu menjarakkan kehamilan
4. Jika susu di cairkan menyebabkan kekurangan zat makanan
5. Kurang membantu mengeratkan kasih sayang
6. Mudah tercemar
7. Kegemukkan
8. Mudah mendapat cirit birit
SAY NO BOTOL FEEDING!!
PENYUSUAN SUSU IBU PILIHAN TERBAIK!!
ihsan dari pihak google,pamplet HTAN Kuala Pilah..
6 insan comel komen
hmm boleh nasihatkn bakal bini buat mcm ni. . :)
ReplyDeletehajat ku tak kesampaian~
http://eleventx.blogspot.com/2011/07/my-story-hasrat-tak-kesampaian.html
ilmu ni amat2 berguna kpd sy...sbb sng la ajar bakal isteri nanti.haha
ReplyDeletenak komen ape ye
ReplyDeletesame2 la dgn pengkomen no satu tu :)
A good info..sy sndiri mmg amalkan full bf sjak anak kedua..masa anak ptama kurang info, so tumpas d tengah jalan..btway, klu ibu bekerjaya ni mmg WAJIB bg sy dapatkan deep freezer utk simpan susu spya klu outstation ada 'bank' tempat nak 'cucuk'..hahahha..srupa mesin atm gitu..
ReplyDeletemunamohammad
munamohammad60@yahoo.com
mummysnote.com
cikjijah, nak konfem, yg 3 bulan..bukan ke kalo freezer 6 bulan? ke saya salah paham? huhu
ReplyDeletebtw rakan2 jemputla lawat blog saya goldenlounge.blogspot.com. pasal kesihatan etc
@Golden Lounge kalau freezer yg macam kat pasaraya tu tahan 6bulan..
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!