Kursus Induksi Modul Umum dan Modul Khusus

Assalamualaikum... Semua anggota perkhidmatan awam dalam kumpulan pengurusan dan profesional serta kumpulan sokongan yang baru dilantik...


Assalamualaikum...


Semua anggota perkhidmatan awam dalam kumpulan pengurusan dan profesional serta kumpulan sokongan yang baru dilantik perlu mengikuti kursus induksi sebagai salah satu syarat pengesahan dalam perkhidmatan awam.

Kursus ini merupakan kursus wajib kepada kakitangan awam bagi memenuhi syarat pengesahan jawatan.

Terbahagi kepada 2 iaitu Modul Umum dan Modul Khusus

Objektif Kursus Induksi

  1. Memberi pendedahan yang sama kepada semua anggota perkhidmatan awam mengenai dasar-dasar utama kerajaan dan perancangan program pembangunan negara
  2. Memberi penjelasan mengenai sistem pentadbiran,prosedur-prosedur utama,arahan-arahan dan pekeliling pekeliling serta panduan panduan kerajaan
  3. Memberi kefahaman mengenai kaedah pengurusan serta keperluan keperluan asas bagi perkhidmatan agensi kerajaan
  4. Memupuk nilai dan etika kerja cemerlang di kalangan semua anggota dalam perkhidmatan awam



*****************************



itu serba sedikit tentang Kursus Induksi yang wajib bagi kakitangan kerajaan.


pada 2-9 jun 2010 tahun lalu jijah telah menghadiri Kursus Induksi Modul Umum dan Khusus ni. 
bertempat kat Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh.




dalam kursus ini jijah didedahkan dengan Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam iaitu Tonggak Dua Belas.Ia mengandungi panduan-panduan serta contoh nilai dan etika yang baik yang perlu di amalkan oleh setiap penjawat awam. untuk mewujudkan perkhidmatan awam yang cekap dan berkualiti.






Selain itu kami juga di dedahkan dengan Perintah Am Kerajaan [Bab A-G] di mana Peraturan-peraturan Pegawai Am. 

  1. Bahagian A [Pelantikan,Pengesahan,Pencen,Kenaikan Gaji] 
  2. Bahagian B [Elaun,Biasiswa dan Kemudahan dalam Perkhidmatan Awam] 
  3. Bahagian C [Kemudahan Cuti,Cuti Rehat,Cuti Bersalin,Cuti Tanpa Gaji dll] 
  4. Bahagian D [Tatakelakuan, Taat Negara dan Agong] 
  5. Bahagian E [Rumah dan Kuartes Kerajaan] 
  6. Bahagian F [Kemudahan Rawatan/Perubatan] dan Bahagian G [Waktu Bekerja dan Elaun Lebih Masa]





salah satu aktiviti kami semasa induksi. 
menggunakan tisu balut tanpa sebarang alatan mengikut kreativiti


Maka,sebagai kakitangan kerajaan Nilai Etika dalam Perkhidmatan Awam sangat lah penting kerana ia mendukung pembangunan bagi sesebuah negara, meningkatkan kualiti penghidupan rakyat selain dapat berkhidmat untuk negara apabila kesanggupan berkhidmat dengan kerajaan yang disertai keikhlasan dan kesetiaan.


Runtuh lah sebuah bangsa jika etika tidak dapat dipertahankan dalam sesebuah negara.


peace!



*27 july 2011~Alhamdulilah penantian selama setahun berjaya juga apabila jijah LULUS dalam Kursus Induksi ini.
tak sabar rasanya nak menunggu jijah telah di sahkan dalam jawatan!
boleh la jijah buat loan untuk beli rumah. *
weeee ^^

You Might Also Like

19 insan comel komen

  1. tahniah jijahh..tim juge sudah lulus :) alhamdulilahh...jemput ke blog Tim !

    ReplyDelete
  2. congratz jijah ^^

    harap2 sy lulus semua peringkat utk layak keje sebagai PTD...

    ReplyDelete
  3. @syafiqakarim; haha nak jd org kerajaan begini lah kursusnya..hee

    @tim cik kupukupu ungu; mekasih :)

    @aifa afiqah sulaiman; hehe betol. betol..

    @caliph; InsyaAllah jijah doakan yg terbaik buat caliph! mest dapat punya PTD. Aminn

    ReplyDelete
  4. tahniah zizah lulus kursus tu!!

    ReplyDelete
  5. kesian yang kene balut tu..haha

    ReplyDelete
  6. bagusnya prncg jijah..hehe tahniah..moga hajat tu tcapai kelak jijah ^_^

    ReplyDelete
  7. @khairil; Alhamdulilah lulus kursus induksi ni..maceh abg!

    @kamil.ace; haha kesian kan..nasib baik dia kecik. lalala

    @amir aizat; hehee :)

    @shida'R; Amin... harap2 tercapai. nak ade rumah sendiri..

    ReplyDelete
  8. ermm teringt blk induksi 2 bln lpas..letih penat sumer ade tp sgt best!!tahniah jijah nnt tggu ayu plak sah dlm prkhdmtn..hehe

    ReplyDelete
  9. aaaa..apik nampak mumia..lariiii

    ReplyDelete
  10. tahniah ye jijah..

    hehe teringat induksiku dulu².. ^^

    ReplyDelete
  11. @hafizah ayu; hehe lepas setahun nnti ayu pulak di sahkan dlm jawatan..wee~~


    @nadia fatihah; maceh dear!


    @apik pehe; haha penakut...ngehngehngeh


    @kinder buana; wah induksi jugak? maknanya keje gov la tu..hehe

    ReplyDelete
  12. kursus kawen nye bila lak tu.. kih kih kih

    ReplyDelete
  13. kurrsus kwen bila lak ni...

    ReplyDelete
  14. congrats dear..

    p/s;Hai saya singgah sini dari blog sinar raudah , salam kenal dan follow blog kamu , jemput ke sinar raudah ye. happy blogging..

    ReplyDelete
  15. @arulchelsea; kihkih arul kursus kawen dah amik dah awal2. hehe tinggal nak kawen je. ahakks :P


    @amy syaquena; maceh! happy berblogging too..

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!