♥Tips Pregnancy
penyusuan susu ibu
Masalah Payudara Tidak Sama Besar Akibat Menyusu Anak
9:34:00 AM
Payu dara yang besar itu mempunyai susu yang banyak dan payu dara yang kecil itu sedikit pula susunya. Adakah keadaan ini normal?
Kebanyakan bayi sememangnya menyukai sebelah payu dara samaada kanan atau kiri. Mungkin ia ada kaitan dengan posisi bayi sewaktu disusukan. Mitos yang mengatakan payu dara kiri lebih berisi makanan manakala payu dara kanan lebih berisi air pula atau sebaliknya tidak benar!
Jika anda lebih menyusukan bayi menggunakan payu dara kiri, payu dara yang aktif ini kekal pejal dan besar. Sebaliknya payu dara kanan yang kurang aktif pula lama kelamaan kurang menghasilkan susu akibat kurang rangsangan hisapan yang lebih bersifat refleks mekanikal. Ini menyebabkan payu dara kanan mengecil kembali.
Jika dibiarkan berterusan, perbezaan ini boleh menjadi lebih ketara walaupun dalam keadaan anda sudah memakai baju. Anda bolehlah menyamakannya semula secara merangsang payu dara kanan sama ada menggalakkan anak anda menyusuinya atau merangsangnya menggunakan tangan atau pam.Memulakan anak anda menyusu payu dara kanan dulu atau menukar cara anda mendakap atau memangkunya juga boleh mengubah “payu dara kegemarannya”.
Lama kelamaan, susu payu dara kanan boleh menjadi banyak kembali dan payu dara anda tidak jauh berbeza saiznya. Sedikit perbezaan pada payu dara kanan dan kiri adalah suatu keadaan yang biasa dialami ramai wanita.
penyusuan susu ibu adalah pilihan terbaik!!
20 insan comel komen
berguna..
ReplyDeletetp mmg ada dgr kata yg belah kiri mknn belah knn minuman pe gtu..
rupanya xbenar ea..
berguna kpd wanita mengandung!
cik jijah..thanks ya.. selalu baca majalah Harmoni, tpi tak pernah jumpa lg info pasal ni :)
ReplyDeletewah berguna sungguh awak punyer informasi di blog ini..=)
ReplyDeleteerr..sekali lagi speechless tapi tetap nak komen juga... :)
ReplyDeletethanks kongsi info :)
ReplyDeletememang ado perbezaan kan hehehe
ReplyDeleteerr sis ni penting ke?? nti lau da kwen,mana nk ingat info ni...
ReplyDelete@nuyui; org tua2 suka ckp gitu..sebenarnya tak. bg susu ibu dua2 belah yer..taklah berat sebelah..ekeke
ReplyDelete@tnytha lana; hehe maceh..selamat beramal..
@cik merah jambu; terima kasih.. sharing is loving!
@khairil; kahkahkah xde keje la tu.
@syiela; sesama :)
@ardini humaira; mmg nmpk ketara sis..
@cik gugu; xpyh ingat my dear..bg je anak hisap dua2 belah payudara gilir2..
Nak komen... tak komen...nak komen... tak komen... ahh... tak payah lah...
ReplyDeletenice jiejah..
ReplyDeleteboleh bt tips msa dah kawen nnt hehe ^_^
kono ingat jugak..anak yg menghisap sebelah sahaja akan membesar dan sihat ataupun sebaliknya..
ReplyDeleteitu sebab bayi memerlukan kedua-dua nya...hhahhahaaha..mcm doktor tak den?
Nice Tips jijah...
ReplyDeletesangat berguna
mari menyusu..hehehe
ReplyDeleteni kempen hospital rakan bayi..
patut bagi 22 belah la kan..
baru balance..
takde la ibu rase sebelah sakit..
oouh boleh jadi kecik sebelah eh ..
ReplyDeletebaru tawu .. huhu ..
bgs....satu pengamalan yg baik. ^_^
ReplyDeletesgt informative..thanx to u..kalau nak tau tips untuk payudara kekal anjal, leh cuba baca kat sini..hihi x risau breast kendur
ReplyDeleteTips ttgg payudara anjal..jom tgk
ReplyDeletehttp://mycutekids-myinspiration.blogspot.com/2011/10/esp-payudara-tak-anjal-jom-tgk-tips.html
Baru jumpa page ni ..nk tnya,payudara yg x sama bsar,ble me diatasi dgan cara yg ni??maaf,cuma nakkan kpastian..
ReplyDeleteBerkesan ke ni ??bagi bby mnyusu susu pada payudara yg kcil dn tinggalkn dahulu payudara yg bby tu suka??
ReplyDeletePerlu tips berkesan ttng payudara x sama besar akibat penyusuan ni ..hrap ada tips yg btul.tq
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!