Dr Halina lahirkan baby kaedah bersalin dalam air

Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor kini bergelar bapa apabila isterinya selamat melahirkan bayi sulung merek...





Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor kini bergelar bapa apabila isterinya selamat melahirkan bayi sulung mereka menerusi kaedah bersalin di dalam air. Dr. Halina Mohd. Yunos yang berkahwin dengan Sheikh Muszaphar pada 10 Oktober 2010 selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 21 Julai lalu.


Bayi seberat 3.6 kilogram itu dinamakan Sophea Isabella. Halina mengambil masa 18 jam untuk melahirkan bayi itu di Hospital Pantai Bangsar di sini. Halina kini adalah doktor bius di Hospital Selayang di sini. 

Dr Sheikh Muszaphar sangat teruja dengan kehadiran bayi tersebut yang dianggap sebagai anugerah Ilahi paling istimewa. "Isteri saya dimasukkan ke hospital pada pukul 2 pagi Jumaat dan berjaya melahirkan anak pada pukul 9.08 malam.

"Dr Halina memilih kaedah bersalin di dalam air kerana kurang sakit selain lebih semula jadi,''




Dr Sheikh Muszaphar yang kini bertugas sebagai Felo Penyelidik Utama Institut Sains Angkasa berkata, dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai bapa. 

"Kami banyak membaca tentang cara mendidik anak-anak malah mendapat nasihat daripada kedua-dua orang tua kami supaya anak kami kelak berjaya kepada agama, negara dan bangsanya," ujar beliau.


sumber: kosmo

You Might Also Like

30 insan comel komen

  1. wah! dah de kaedah dlm air lak. msti mahal eik..

    ReplyDelete
  2. berangan jugak klu kawen n nak dpt baby nnt, nk bersalin dlm air..tapi mesti mahal kn kosnya..dushh..berangan je taw..hihi

    ReplyDelete
  3. pelik2 lah angkasawan negara ni. tapi dah kurang sakit, boleh la heheh :D

    ReplyDelete
  4. hah..tetiba rasa takut dan ngeri pikir soal beranak ni jijah..tak kisahla dalam air, ats katil ke menda..hurmm T___T heheheheh

    ReplyDelete
  5. wahhh...
    dni duk bayang macam lagi sakit dalam air sebab darah banyak kua pastu nanti baby kua lemas dia nanti hehe

    ReplyDelete
  6. canggihkan zaman skrg jijah
    lawo la anak dia
    tgk la mak ayah dia he3

    ReplyDelete
  7. Pernah tengok clip bersalin dalam air ini... Memang natural....

    ReplyDelete
  8. mcm mana la rupanya bsalin dlm air ni? xpnh tgk plak....

    ReplyDelete
  9. comel betul le anak depa...tahniah dekat depa berdua...

    ReplyDelete
  10. comelnyeee
    bertuah kecik2 da pemes hhuhu

    ReplyDelete
  11. kaedah dalam air? okay, 1st time dengar. huhu :D

    ReplyDelete
  12. dah dapat anak dah,,
    comey2..

    ye ker kurang sakit..
    nak try jugak la nnti bila nak beranak...

    ReplyDelete
  13. eh kaedah bersalin dlm air ..
    wow!
    tak pernah didgr sblom ni .. huhu

    tak lemas ke ? haha

    ReplyDelete
  14. @alif haris; malaysia xde buat..negara luar ade lah..hehe
    xlemas lah..da lahir.doktor terus sambut baby..

    ReplyDelete
  15. uikk cuak aku..ada jugak cara mcm ni..kih kih kih

    ReplyDelete
  16. nnt azizah nk cara mcm ni jugak ke..
    arulchelsea tak kisah...kih kih kih

    *alamak apa aku merepek2 ni..kih kih

    ReplyDelete
  17. ada gak terbaca pasal beranak dalam air ni.. tapi kos dia mahal kot ek.. lgpun kt mlysia belum meluas lagi cara ni..

    ReplyDelete
  18. 3.6kg??.. huhuu besarnya 1st baby dia.. huhu

    ReplyDelete
  19. dah dapat baby...
    anak angkasawan..

    ReplyDelete
  20. eh knape ade kolam heh

    ReplyDelete
  21. mujur tak bersalin kat kapal angkasa lepas hahahah..

    anyway..anak mereka comel heheheh..:)

    ReplyDelete
  22. Kat Malaysia jarang orang guna kaedah bersalin dalam air nie. Apapun terserlah kepada si isteri. Sebab dia yang akan bersalin nanti.

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!