Isteri Jimmy Shanley,Suhaila Lantik Peguam Minta Cerai,Hak Penjagaan Anak

Majlis cukur jambul Zahrah Shanley, anak kepada Jimmy Shanley, 32 & Nursuhaila Eliani, 25 berlangsung dalam suasana penuh keberkatan...



Majlis cukur jambul Zahrah Shanley, anak kepada Jimmy Shanley, 32 & Nursuhaila Eliani, 25 berlangsung dalam suasana penuh keberkatan di rumah keluarga sebelah Nursuhaila di Sungai Buluh, malam tadi. Seramai 100 jemputan hadir termasuk pihak media membanjiri perkarangan rumah agam Datuk Suhaimy & Datin Muniroh bermula pukul 8 malam.

Majlis Cukur Jambul Anak Jimmy Shanley Suhaila

Majlis dimulakan dengan solat secara berjemaah dan diikuti dengan bacaan yassin oleh penduduk sekitar yang hadir bersama. Selepas solat Isyak, kumpulan marhaban memulakan upacara dengan melafazkan ayat-ayat suci Al-Quran yang diketuai oleh Puan Rohana.

Majlis Cukur Jambul Anak Jimmy Shanley Suhaila

Upacara cukur jambul Zahray Shanley dilakukan oleh bapa kepada Nursuhaila, Datuk Suhaimy sambil disaksikan oleh ibunya, Datin Muniroh. Majlis cukur jambul ini turut meraikan kelahiran bayi abang & kakak ipar Suhaila.
Walau bagaimanapun, kelibat Jimmy Shanley tidak kelihatan sehingga berakhirnya majlis pada pukul 11 malam tadi.

Majlis Cukur Jambul Anak Jimmy Shanley Suhaila


Berikut ialah kenyataan dari Suhaila semasa majlis cukur jambul anaknya semalam:-

Buat masa sekarang anak dengan saya. Dan saya juga telah melantik peguam untuk menyelesaikan hak penjagaan anak dan saya mahu membuat tuntutan cerai dengannya. Saya nekad untuk bercerai kerana beranggapan kami sudah tidak bersefahaman. Saya tidak takut kalau ada perkara-perkara yang dia bongkar. Saya tidak kisah apa yang dia akan lakukan dan apa yang akan berlaku sekali pun. Saya memang tidak ada kawan luar, kawan-kawan yang saya ada pun semuanya kawan semasa di sekolah dahulu. Dia memang tidak benarkan saya keluar rumah, malah semua kena ikut cakap dia. Padanya, dia lebih sukakan suasana ‘privacy’ yang tidak perlu bercampur dengan orang ramai. Tidak bagi saya yang lebih sukakan suasana ramai, seperti malam ini. Dia mahu saya ikut cara dia, tetapi kenapa dia tidak mahu terima cara saya dengan keluarga yang sememangnya riuh


Dalam pada itu, bapa mentua Jimmy, Datuk Suhaimy yang dikatakan terkilan dengan sikap Jimmy Shanley berhubung pengumuman pembatalan majlis cukur jambul yang disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan, 24 Julai lalu



Jujurnya, saya tidak maafkan dia berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan. Nama saya tercemar sehinggakan saya jadi malu dengan kawan-kawan yang bertanyakan kesahihan sama ada majlis cukur jambul cucu saya jadi atau tidak. Bila ramai yang bertanya, saya jadi terkejut kerana majlis yang dirancang akan dilaksanakan dan dia sendiri tahu majlis ini akan dibuat pada 27 Julai. Bila itu terjadi, saya jadi sangat marah dengan tindakannya. Pada saya, jadi atau tidak majlis tersebut tidak perlu keluarkan kenyataan. Bukannya kita jemput satu stadium. Apa motif dia untuk keluarkan kenyataan sedemikian. Ini adalah majlis saya.


Ibu mertua Jimmy, Datin Muniroh juga turut kecewa dengan Jimmy Shanley:-

Memang Jimmy merancang untuk mengadakannya pada 23 Julai lalu. Tetapi, suami saya beritahu yang dia tidak boleh kerana ada mesyuarat dengan stokis. Justeru, Jimmy sendiri yang berikan tarikh 27 Julai kerana dia kata hanya hari Rabu dan Khamis sahaja dia ‘free’. Agak terkejut bila dia cakap majlis ini tidak jadi. Itu yang saya dan suami marah sangat. Apabila saya hubungi dan bertanyakan hal berkenaan kepdanya, dia tidak jawab pun. Kalau dia cakap dia tidak tahu menahu soal majlis ini, dia tipu. Malah, sebelum majlis ini berlangsung pada sebelah petangnya saya ada ingatkannya.


Dan nampaknya Datin Muniroh kini menyokong penuh anaknya Suhaila selepas pendedahan mengenai kisah sebenar yang terjadi:-

Memang sebelum ini saya sebelahi dia, tetapi bila saya dapat tahu yang dia bertindak sedemikian, saya rasa sangat kecewa. Sebelum ini, saya hanya diamkan sahaja kerana ingat anak saya yang bersalah sehingga sanggup memarahi anak sendiri kerana percayakan dia. Sehinggalah sidang media yang dilakukan anak saya, baharulah saya mengetahui hal sebenar. Anak saya memang tidak pernah ceritakan kepada kami apa yang berlaku. Cukup banyak yang saya lakukan untuknya, tapi dia balas seperti itu pula

p/s: tak tahu nak cakap ape. orang dah tak sudi kan..lepaskan aje.
walau ape2 pon doakan terbaik buat pasangan ini.

You Might Also Like

11 insan comel komen

  1. yg mane bek,wat aje..

    jgn menyeksa diri..

    moge terbaik utk mereka..aminn..

    ReplyDelete
  2. mkin lama mkin terbelit... kih kih kih

    ReplyDelete
  3. macam-macam hal diorang ni.. hope segalanya kembali jernih menjelang bulan yg dirahmati ini.. ^^

    ReplyDelete
  4. mungkin jodoh dorang takat tu jer kot :(..huhu..

    ReplyDelete
  5. ini yang susah hati nak kawan dgn #retis neyh...ada2 je halnye...


    hahaha.takde kaitan langsung :P

    btw,kita doakan kedua2 nya terbuka hati untuk saling memaafkan,menerima dan memahami :)

    ReplyDelete
  6. Susah susah sangat takyah kawin.Kawin pun buat sakit kepala je nak buat apa?

    ReplyDelete
  7. "setuju ngan cik scarlett,tp masalahnya sblm kawin tu semuanya elok..lps kawin baru terbongkar yg buruk2 pulak....nak buat camana dah terkawin..."

    ReplyDelete
  8. kpe la nk cerai2..mmg dah jadi habit aris kot..dah la batu kawen,pastu nk cerai lebih baik bsatu dr cerai..byk musibah kalo cerai berai ni kn jiejah..

    p/s: bg psgan yg nk kawen pkir btol2 b4 nikah..kalo rsa nk cerai2 bek xyah nikah huhu..sedih ngok..pdhal dorg sgt sepadan.

    ReplyDelete
  9. sebaiknya cuba berubah dan pulihkan.
    tp tu la, berat mata mandang kan....
    apa pon jika ada unsur2 siksa, lepaskan je la. kesian baby cute tu huhu

    ReplyDelete
  10. tu la..semoga hubungan kembali jernih menjelang ramadhan ni..

    ReplyDelete
  11. macam ni pulak yer... emmm xtau nak ckp pe.. doakaan yg terbaiklaah untuk mereka..

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!