Lirik Lagu Aku Maafkan Kamu Jamal Abdillah feat Malique

Assalamualaikum ^^ , Dua tiga hari ni daku selalu terdengarkan lagu ni. Rupa rupanya ini single terbaru Malique. Lagu penuh ...


Assalamualaikum ^^



,


Dua tiga hari ni daku selalu terdengarkan lagu ni. Rupa rupanya ini single terbaru Malique. Lagu penuh dengan mesej yang mengandungi nasihat. tak lupa jua berduet dengan Jamal Abdillah rupanya. patutlah lagu bertambah seri dengan suara emas Jamal ^^. Korang pernah dengar lagu Aku Maafkan Kamu? Jamal Abdillah bersama Malique. Kita dengar dulu k...


*********************************************************************************








Malique feat Jamal Abdillah



Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Atas kepala murai sekawan
Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan


*********************************************************************************

paham tak dengan lirik lagu ni? mula mula tak paham juga sebab ayat die sangat tersirat. lama juga pikir dan hayati liriknya. apa yang daku paham dalam dunia ni macam-macam orang yang kita akan jumpa. ada yang jahil dalam berbagai perkara tetapi saja tunjuk eksyen die tahu segala. daku tak suka orang begini! hipokrit. macam dia sorang yang bagus!

tahu nasihat orang lain padahal diri sendiri tak betol. dan dalam dunia blog ni sebenarnya ada juga begitu (: ye tak. suka dengan lirik di bawah ini. kita kongsi warna mata. hitam,coklat,biru ke. tetapi warna hati lain-lain. ada yang baik ada yang busuk hati.

Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati


walau apa apa pon Aku Maafkan Kamu...

You Might Also Like

20 insan comel komen

  1. Aku maafkan kamu juga..hehehe..just nice lirik die

    ReplyDelete
  2. mula2 dgr tak besh..lama2 dh phm..hehe..

    ReplyDelete
  3. penah degar sekali lagu ni..lagu malique penuh dengar nasihat kan..

    terima kasih sudi memaafkan daku :D

    ReplyDelete
  4. mule2 dngr lgu nih cm klkr.,tp bile hyti t0l2 bru taw mksd dye.,unik jgk lgu nih :)

    ReplyDelete
  5. @nuyui a.k.a miss YUI tahu xpe. mula2 siapa la yg suara tak sedap ni..hehe lama2 sukeee..

    ReplyDelete
  6. @Qil_H0shi betol betol. memang unik. dalam maksud tu..memang sekali dengar tak paham..hehe

    ReplyDelete
  7. meaningful...beri kemaafan itu adalah dituntut...satu amalan mulia...

    ReplyDelete
  8. xdapat nk dgr.. tenet slow.. hihii

    ReplyDelete
  9. lagu yg mempunyai makna mendalam.. walaupun maksudnya agak sukar difahami tapi makna disebalik lagu ni sgt baik..

    ReplyDelete
  10. lagu ni ade seorg berckp dgn hantu atau roh yg xditerima bumi. waktu hidupnya penuh dosa. dia berdendam dgn org2 yg buat dia jd mcm tu. hanya dgn kemaafan sume org buat dia tenang dn bebas dr dalil busuk iatu memaafkn sesiapan pun sblom mati. sekiann....

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!