Rumah Kongsi Kotai hangus terbakar

Rumah Kongsi terbakar di kampung kerinchi Puluhan rumah kongsi (kotai) tapak projek pembangunan di Kampung Kerinchi, hangus...




Rumah Kongsi terbakar di kampung kerinchi



Puluhan rumah kongsi (kotai) tapak projek pembangunan di Kampung Kerinchi, hangus terbakar dalam kejadian jam 12 tengah hari semalam dan api yang marak dengan cepat hampir merebak ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pantai hanya beberapa meter dari lokasi kebakaran.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pantai, Zakaria Syed Yusof, berkata bomba lambat menerima maklumat kebakaran itu dan setibanya di tempat kejadian hampir 70 peratus kawasan rumah kongsi berkenaan sudah terbakar.


Menurutnya, tidak kurang 25 rumah kongsi didirikan di kawasan itu namun tiada sebarang kecederaan ataupun kehilangan nyawa kerana kawasan itu dikosongkan ekoran kerja pembinaan selesai sebulan lalu.


“Kami menerima panggilan kecemasan jam 12.16 tengah hari dan tiba di lokasi kurang 10 minit kemudian. Ketika jentera pertama tiba, kebakaran merebak hampir di keseluruhan kawasan rumah kongsi berkenaan dan kami percaya kebakaran itu terjadi lebih awal sebelum dimaklumkan kepada bomba.


“Api dikawal daripada merebak ke kawasan berhampiran 15 minit selepas itu, bagaimanapun semua rumah kongsi itu musnah,” katanya yang ditemui di tempat kejadian.


Katanya, punca kejadian belum dikenal pasti dan pihaknya menjalankan siasatan bagi mengetahui bagaimana api tercetus di kawasan itu sedangkan ia sudah lama tidak didiami.


nasib takde kehilangan nyawa dalam kebakaran ni.


You Might Also Like

4 insan comel komen

  1. alhamdulillah takde kehilangan nyawa

    ReplyDelete
  2. nasib diorg dh tak duk situu kan.. haha

    ReplyDelete
  3. Nasib baik...tak ada yang matikan....

    ReplyDelete
  4. ke salah satu cara de pihak nak halau mereka?

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!